Asal: perkataan Latin yang bermaksud
"Hadiah dari Bumi".
Pengenalan
Disuling daripada daun dan ranting pokok Citrus aurantium L. (oren pahit), minyak esensial Petitgrain mempunyai sejarah panjang dalam penggunaan minyak wangi dan juga manfaat kesihatannya. Walaupun berasal dari pokok sitrus yang mempunyai linalil asetat dan linalool berkepekatan tinggi, Petitgrain sebenarnya lebih menyerupai minyak esensial bunga dan herba secara kimia. Kombinasi buah sitrus, bunga, dan nota aromatik berkayu yang menyegarkan memberikan beberapa gambaran mengenai spektrum faedahnya yang unik. Bersama dengan aroma yang tersendiri, Petitgrain menawarkan ketenangan, kebersihan, dan beberapa manfaat yang menyokong sistem badan.
Sejarah
Dari segi sejarah, minyak esensial Petitgrain sering digunakan secara aromatik. Kepekatan linalil asetat yang tinggi memberikan manfaat yang serupa dengan Clary Sage atau Lavender, yang menawarkan sifat menenangkan dan mengharmonikan. Penyelidikan eksperimental menunjukkan bahawa menyedut Petitgrain dapat membantu meningkatkan ketenangan dan menggalakkan relaksasi. Jika ingin beristirahat selepas hari yang panjang atau ingin mewujudkan persekitaran yang selesa, aroma bunga sitrus Petitgrain yang tersendiri adalah pelengkap aromatik yang sempurna.
Kegunaan
Seperti minyak esensial sitrus lain, Petitgrain mempunyai pelbagai kegunaan untuk membersihkan permukaan. Penyelidikan eksperimental menunjukkan bahawa minyak esensial Petitgrain mengandungi sifat-sifat pembersih permukaan, menjadikannya alternatif menarik bagi minyak sitrus untuk dapur, bilik mandi, atau pembersihan bahagian rumah anda yang lain. Gunakan kudua-dua minyak esensial Petitgrain dan Lemon untuk menghasilkan pembersih isi rumah buatan sendiri yang semula jadi.
Manfaat Petitgrain yang menenangkan, membersihkan, dan kelebihannya dalam meningkatkan kesihatan menjadikannya tambahan unik untuk rangkaian minyak esensial tunggal doTERRA.