Minyak Esensial untuk Tidur Lebih Nyenyak


Minyak Esensial Untuk Tidur Lebih Nyenyak

 

Kegunaan Minyak Esensial Untuk Membantu Tidur Lebih Nyenyak

Kesukaran untuk tidur dan kekal tidur adalah suatu masalah yang lazim. Walaupun ada yang mungkin terdorong untuk mengabaikan situasi kekurangan tidur mereka, mengurangkan masa tidur anda boleh mengakibatkan pelbagai kesan negatif pada tubuh badan anda. Antara sebabnya termasuk masyarakat moden yang bertekanan tinggi, penggunaan alat-alat elektronik, dan penambahan masalah yang berkaitan dengan tidur. Terdapat banyak alat bantu tidur di pasaran yang berjanji untuk mengurangkan masalah ini, tetapi kebanyakan kaedah mempunyai kesan sampingan yang tidak diingini. Satu faedah utama minyak esensial termasuklah kesan mereka atas kemampuan untuk tidur secara lebih semula jadi dan seimbang.

 

Minyak Esensial yang Menenangkan Hati

Banyak minyak esensial untuk tidur menbawa kebaikan menenangkan badan. Minyak esensial seperti Lavender dan Bergamot kaya dengan linalool dan asetat linalyl; kedua-dua sebatian mempunyai sifat santai yang terkenal. Minyak ini boleh disebarkan secara aromatik di dalam bilik tidur untuk mewujudkan persekitaran yang damai sebelum tidur.

 

Selain Lavender dan Bergamot, banyak minyak juga boleh disebarkan untuk membantu mewujudkan persekitaran yang menenangkan yang anda perlukan untuk tidur.

  • doTERRA Balance®
  • doTERRA Easy Air®
  • Cilantro
  • Clary Sage
  • Melissa
  • Sandalwood
  • Lavender Peace
  • Thyme
  • Roman Chamomile  

 

L-theanine khususnya telah mempamerkan kebolehan untuk meningkatkan kecekapan tidur yang merujuk kepada jumlah masa anda sebenarnya masuk tidur. Ia juga meningkatkan kependaman tidur, atau jumlah masa yang diperlukan untuk anda masuk tidur sebaik sahaja lampu dipadamkan. Kedua-duanya penting untuk tidur yang sihat kerana mereka yang dapat masuk tidur lebih cepat biasanya lebih cenderung untuk mempunyai tidur yang berkualiti tinggi.

 

Petua Lain Untuk Membantu Anda Tidur

 

Makan dengan baik.

Elakkan makanan berkarbohidrat tinggi yang membanjiri otot dengan glukosa, menyebabkan pergerakan otot yang tidak diingini semasa tidur, dan masalah gangguan tidur. Apabila anda mencari snek pada waktu malam, kebanyakannya bermakna bahawa badan anda sudah letih dan tiba masanya untuk anda pergi tidur. Jika tidak, cuba hanya makan snek seperti kacang. Kacang membekalkan protein dan lemak, yang bukan sahaja memuaskan selera makan tetapi ia boleh dicerna dengan perlahan dan ia boleh memberikan tidur yang tenang. Ia juga kaya dengan magnesium, iaitu mineral yang membantu menenangkan sistem saraf.

 

Bersenam pada masa yang betul, atau lakukan jenis senaman yang betul.

Banyak bersenam boleh mengekalkan berat badan kita, malah, ia juga boleh membantu dengan tidur kita. Kelemahannya adalah waktu senaman yang terlalu dekat dengan waktu tidur meningkatkan metabolisme dan suhu badan kita, maka ia boleh menyebabkan kesukaran untuk masuk tidur. Jika anda lebih suka bersenam pada waktu malam, cuba lakukan senaman anda pada waktu petang sekurang-kurangnya tiga atau empat jam sebelum waktu tidur.

 

Jadikan ia rutin.

Cuba untuk mengekalkan jadual tidur yang tetap, tidur pada masa yang sama dan bangun pada masa yang sama. Irama ini boleh membantu mengawal jam dalaman badan anda dan boleh membantu anda tidur dengan lebih lena.

 

Elakkan cahaya terang dan alat elektronik.

Keluarkan semua alat elektronik dari bilik tidur, termasuk televisyen, komputer, dan peranti elektronik lain. Cuba elakkan cahaya terang sekurang-kurangnya sejam sebelum tidur. Kegelapan akan membantu tubuh anda mula menghasilkan melatonin, iaitu hormon yang mengawal tidur secara semula jadi.

 

Wujudkan suasana indah yang sesuai untuk tidur.

Gunakan pelbagai minyak esensial untuk tidur. Pastikan bilik tidur anda adalah persekitaran yang tenang, gelap, dan santai, tidak terlalu panas, atau terlalu sejuk. Katil dan bantal anda harus memberi sokongan dan mempunyai keselesaan tinggi. Tubuh badan anda memerlukan masa untuk beralih ke mod tidur, luangkan masa sejam terakhir sebelum tidur untuk melakukan aktiviti yang menenangkan seperti membaca atau mandi air suam.


There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda