Asal: perkataan Latin yang bermaksud
"Hadiah dari Bumi".
Walaupun sering disalahertikan dengan lalang, tumbuhan lemongrass (serai) bukanlah sejenis lalang. Tumbuhan Cymbopogon atau lemongrass (serai) berasal dari keluarga rumput, dan ianya antara herba yang mempunyai pelbagai kegunaan. Secara tradisionalnya, lemongrass memerlukan iklim yang panas lembap, cahaya matahari dan hujan yang banyak untuk tumbuh dengan baik meskipun ianya boleh tumbuh dimana-mana sahaja, asalkan terdapat pengairan yang baik dan rumah hijau sekiranya anda ingin menanamnya dalam iklim yang sejuk.
Sejenis pokok saka: Ia akan berbunga setiap musim. Lemongrass sebenarnya berasal dari India dan negara-negara jirannya. Di India, lemongrass tumbuh dengan sangat baik di Ghats, di mana jajaran gunung selari dengan semenanjung India. Secara spesifiknya, minyak doTERRA Lemongrass (Cymbopogon flexuosus) berasal dari Selatan India, ditanam oleh keluarga para petani.
Sentiasa Tenang dan Sediakan Kari
Orang India Timur dan Barat menanam tumbuhan tersebut untuk tujuan memasak kari. Menerusi masakan mereka dapat melihat betapa banyaknya kebaikan Lemongrass untuk kesihatan. Daun-daun tersebut disuling menjadi minyak, yang mana mempunyai pelbagai kegunaan seperti kemasan di dalam minyak wangi, sabun, detergen dan bahan solek. Beberapa tukang masak juga mengatakan bahawa tukang masak yang hebat sentiasa menyimpan sebotol minyak esensial Lemongrass tulen di dapur mereka.
Tidak Semua Bilah adalah Sama
Sama seperti personaliti manusia yang pelbagai, setiap 50 atau lebih spesis lemongrass memiliki ciri-ciri tersendiri. Meskipun begitu, ianya boleh ditukar ganti dalam bentuk minyak esensial. Cymbopogon nardus ialah contoh yang betul untuk digunakan di dalam sabun dan wangian, manakala Cymbopogon flexuosus dan Cymbopogon citratus sangat bagus untuk tujuan masakan dan dalaman.
Memelihara Masa Lalu
Minyak Lemongrass memainkan peranan yang penting di Oriental Research Institute di Mysore, India. Institusi tersebut menggunakan minyak Lemongrass untuk memelihara telapak daun yang digunakan untuk menulis manuskrip pada zaman dahulu daripada rapuh. Minyak tersebut berfungsi untuk mengekalkan kelembutan supaya ianya tidak mudah terkoyak dan kering. Selain itu, ia juga dapat mengelakkan daun tersebut daripada reput atau serangan serangga. Meskipun manuskrip-manuskrip telah diawet di atas mikrofilem, sejarah pengawetan pada daun-daun tersebut adalah jauh lebih bernilai. Dengan lebih 45,000 ikatan manuskrip telapak daun, anda boleh bayangkan betapa pentingnya kepentingan minyak Lemongrass ini.
Ingin mengetahui tentang cara menggunakan minyak yang unik ini dengan lebih lanjut? Layari laman Kegunaan dan Kelebihan Lemongrass kami.