Produk Tumpuan: Minyak Arborvitae

Essential Oil Spotlight


Deskripsi Minyak Esensial Arborvitae 
 
Berasal dari Barat Laut Pasifik Amerika Syarikat, Arborvitae adalah pokok konifer malar hijau yang sangat bernilai kerana mempunyai banyak manfaat istimewa. Pelbagai komponen kimia yang terdapat di dalam minyak esensial Arborvitae menjadikannya minyak yang perlu ada untuk pengawetan kayu. Arborvitae mempunyai sifat pengawet semula jadi yang memelihara kayu daripada mereput. Disebabkan kebolehannya untuk mengawet, Arborvitae biasanya digunakan untuk membuat peralatan kayu dan untuk melindungi permukaan kayu. Kayu dan komponen semula jadi Arborvitae juga dikenali dalam kalangan Orang Asli Amerika, mereka menggunakannya untuk membuat kapal, tiang totem, bakul, dan pakaian. Arborvitae bukan sahaja melindungi kayu, tetapi elemen organiknya juga melindungi individu daripada musim dan persekitaran sebagai pencuci yang berkesan. Minyak esensial yang dihasilkan dari pokok Arborvitae ini sesuai digunakan secara aromatik dan topikal untuk membersih dan mencuci. Minyak Arborvitae juga menjadi pilihan yang terbaik untuk aktiviti luar kerana ia bertindak sebagai penghalau serangga semula jadi. Dengan begitu banyak ciri dan kegunaan yang bermanfaat, tidak dapat disangkal lagi mengapa Arborvitae telah memperoleh nama samaran "pokok kehidupan." 
 
Cara untuk Mendapatkan Minyak Esensial Arborvitae  
 
Untuk membeli sebotol minyak Arborvitae, kunjungi halaman produk minyak esensial Arborvitae
 
Manfaat istimewa Arborvitae diperoleh daripada minyak esensial yang berkualiti, tulen dan bebas daripada pencemaran yang berbahaya. Kebiasaannya, kebanyakan minyak esensial yang terdapat di pasaran mengandungi bahan tambahan atau pencemaran yang mengurangkan tahap keberkesanan minyak esensial. doTERRA mengetahui bahawa apabila sesuatu minyak itu tulen, ia mampu mengubah kehidupan menjadi lebih baik. Oleh sebab itu, kami berdedikasi untuk menghasilkan minyak esensial yang tulen, selamat, dan berkesan. doTERRA memastikan ketulenan minyak kami melalui protokol  CPTG Certified Pure Therapeutic Grade®. Protokol ini adalah untuk memastikan bahawa setiap kumpulan minyak menjalani satu siri ujian ketat yang menentukan kandungan minyak esensial. Apabila minyak tersebut telah diuji dan didapati memenuhi piawaian yang tinggi, maka ia sedia untuk memberikan manfaat maksimum kepada mereka yang membeli produk minyak esensial ini. 
 
Kegunaan dan Kelebihan Minyak Arborvitae 
 
  1. Jadikan minyak Arborvitae sebagai semburan di dalam rumah anda dengan cara yang mudah yang anda boleh lakukan sendiri. Tambahkan beberapa titis minyak esensial Arborvitae ke dalam botol semburan dan tambahkan air. Gunakan semburan ini di permukaan atau di tangan anda. Minyak Arborvitae adalah agen pembersih dan pencuci yang berkuasa. Dengan adanya semburan ini di dalam rumah anda, ia boleh melindungi diri anda dan keluarga anda daripada ancaman bermusim dan persekitaran di samping memastikan rumah anda sentiasa segar dan bersih. 
     
  2. Adakah anda suka melakukan aktiviti luar, tetapi tidak menyukai banyak serangga? Anda tidak keseorangan. Serangga boleh menyebabkan aktiviti luar anda menjadi tidak selesa. Elakkan sebarang ketidakselesaan yang disebabkan oleh serangga dengan membawa minyak esensial Arborvitae untuk aktiviti yang seterusnya. Minyak esensial Arborvitae bagus digunakan ketika mendaki dan berkhemah kerana komponen kimianya— tropolones. Tropolones mempunyai sifat kimia yang bertindak sebagai penghalau serangga semula jadi. Disebabkan minyak esensial Arborvitae kaya dengan bahan kimia organik ini, Arborvitae membantu menghalau serangga. Untuk pengalaman mendaki atau pengalaman aktiviti luar yang menyeronokkan, sapukan minyak esensial Arborvitae pada pergelangan tangan dan buku lali anda. 
     
  3. Sesetengah musim sering mendatangkan serangga menyeramkan yang tidak diingini ke dalam rumah. Jangan biarkannya, anda boleh gunakan minyak esensial Arborvitae! Masukkan beberapa titis minyak esensial Arborvitae ke dalam alat penyebar dan biarkan aroma hangat memenuhi rumah anda. Disebabkan Arborvitae mengandungi banyak tropolones, minyak ini bertindak sebagai penghalau serangga semula jadi. Oleh itu, semasa anda menikmati aroma berkayu Arborvitae, anda boleh duduk dengan tenang kerana makhluk-makhluk kecil itu telah meninggalkan rumah anda dengan aman. 
     
  4. Mencari cara untuk mengawet kayu? Cubalah campuran minyak esensial ini dengan minyak esensial Arborvitae. Campurkan 4 titis minyak Arborvitae dan 2 titis minyak esensial Lemon untuk mengawet kayu secara semula jadi. Ciri-ciri Arborvitae berfungsi sebagai bahan pengawet dan boleh membantu melindungi kayu daripada mereput. Disebabkan komponen semula jadi yang terdapat di dalam Arborvitae, ia sering digunakan untuk kerja kayu atau produk-produk kayu untuk memastikan kayu tersebut sentiasa dalam keadaan baik, segar dan tahan lama.  
     
  5. Minyak esensial Arborvitae mempunyai kebolehan untuk membangkitkan perasaan damai dan tenang. Jika anda sedang mencari cara terbaik untuk berehat selepas melalui hari yang panjang, masukkan beberapa titis minyak Arborvitae ke dalam alat penyebar atau gosokkan setitis minyak Arborvitae di pergelangan tangan anda untuk menghasilkan rasa yang damai dan tenang. Selain itu, menggunakan minyak esensial Arborvitae semasa yoga atau Pilates boleh meningkatkan pengalaman anda dengan membangkitkan perasaan yang santai dan melegakan. Arborvitae juga membantu membersihkan udara dan menghasilkan aroma yang menenangkan. 
     
  6. Kembalikan perabot anda seperti asal dengan penggilap kayu DIY dengan menggunakan minyak esensial. Jika anda ingin menjadikan kayu sentiasa kelihatan baru dan bersih, maka anda perlulah melabur untuk membeli bahan-bahan pencuci yang bagus dan rutin yang bagus. Salah satu cara yang paling berkesan untuk membersihkan kayu adalah dengan menggunakan penggilap yang semula jadi dan bebas daripada sebarang bahan kimia berbahaya. Kebanyakan penggilap kayu komersial mengandungi bahan kimia dan wangian tiruan yang boleh menyebabkan iritasi atau masalah kesihatan apabila tidak digunakan mengikut langkah keselamatan yang betul. Ikut arahan ini untuk menghasilkan penggilap kayu semula jadi yang bebas daripada toksin yang berbahaya. Tambahkan minyak esensial Arborvitae ke dalam campuran penggilap ini bagi membantu melindungi perabot kayu dari persekitaran dan mencegahnya daripada mereput. Penggilap ini juga akan membantu menjadikan kayu agar kelihatan baru dan bersinar. Penggilap kayu DIY ini juga boleh digunakan untuk membersihkan dan mengawet lantai kayu. 

    Perabot kayu hanya boleh digilap setiap beberapa bulan, tetapi untuk mengekalkan rupa dan kualiti perabot kayu, pastikan anda kerap menyapu debu atau mengelapnya dengan kain microfiber yang lembap. Ini akan membantu menyingkirkan habuk dan bahan-bahan yang merosakkan kayu dan akan membantu memelihara kayu daripada kelihatan usang. 
     
  7. Cipta pewangi yang berbau haruman kasturi anda sendiri dengan minyak esensial Arborvitae. Aroma minyak Arborvitae adalah berkayu dan lembut dan apabila digabungkan dengan Cedarwood dan Frankincense, ia memberikan aroma yang menyegarkan, yang sempurna untuk aroma kologne menyegarkan. Menggunakan campuran minyak ini akan menghasilkan kologne yang hebat untuk apa-apa majlis dan juga akan menghasilkan wangian yang membangkitkan semangat dan melegakan. 
 
Fakta menarik 
 
Disebabkan pokok Arborvitae mempunyai ketahanan yang kuat dari pereputan dan serangga perosak, pokok-pokok Arborvitae besar yang tumbang boleh bertahan selama lebih dari 100 tahun dan bahkan kayunya masih dapat diselamatkan untuk dijadikan atap dan produk kayu yang biasa digunakan. 
 
Deskripsi Tumbuhan 
 
Arborvitae (Thuja plicata) adalah tumbuhan malar hijau yang biasa dijumpai di sekitar barat laut Pasifik. Ciri-ciri pokok ini adalah kulitnya yang berwarna coklat kemerah-merahan, dahan-dahan mendatar, dan tumbuh-tumbuhan hijau yang gelap bersisik dengan kon coklat tegak. Pokok Arborvitae boleh mencapai ketinggian sehingga 100-200 kaki dan dikenali sebagai pokok terbesar dalam keluarga cypress. Pokok Arborvitae biasanya hidup sehingga 400-1000 tahun. 
 
Bahan Kimia Minyak Esensial Arborvitae  
Komponen Kimia utama: Metil thujate, metil myrtenate, α-terpineol 
 
Salah satu komponen kimia utama Arborvitae ialah Metil thujate. Bahan kimia ini mempunyai tulang belakang monoterpene dengan kumpulan fungsi ester. Kerana ciri kimia utama minyak Arborvitae, ia mempunyai kesan pembaharuan yang kuat. 
 
Kombinasi Minyak yang Baik dengan Minyak Esensial Arborvitae  
 
Minyak esensial Arborvitae boleh bergabung dengan baik dengan minyak esensial Birch, Cedarwood, Cassia, Cinnamon Bark, dan Eucalyptus  untuk sebaran. 

Video disabled by your privacy settings

 
Amaran 
Kemungkinan sensitiviti kulit. Jauhkan daripada kanak-kanak. Jika anda mengandung, menyusukan anak, atau di bawah jagaan doktor, berunding dengan doktor anda. Jauhi sentuhan pada mata, dalam telinga dan kawasan sensitif.  
 

There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda