Produk Tumpuan: AromaTouch®

Pilihan Minyak Esensial


Deskripsi Produk AromaTouch

Sebagai satu campuran yang penting dalam doTERRA AromaTouch Technique, campuran minyak esensial AromaTouch menggabungkan sekumpulan minyak yang unik yang dapat menyediakan keselesaan dan merehatkan pada seluruh tubuh badan. Dengan minyak esensial seperti Peppermint, Cypress, Basil, Grapefruit, Marjoram, dan Lavender, campuran ini ialah minyak yang sesuai untuk urutan kerana ianya dapat mengurangkan ketegangan dan menyediakan kelegaan sensasi yang dapat membantu dalam keberkesanan mana-mana urutan. Haruman bersih dan segar pudina minyak AromaTouch ini dapat memberikan galakan aromatik tambahan kepada semua urutan AromaTouch. Minyak AromaTouch juga boleh digunakan di dalam AromaTouch Hand Technique yang membantu dalam menimbulkan rasa kesejahteraan.

Dimanakah untuk membeli AromaTouch

Untuk membeli botol AromaTouch, layari laman produk AromaTouch Massage Blend.

Apabila membeli minyak esensial, ianya sangat penting untuk kita mencari minyak yang asli dan berkesan. Minyak yang asli dan berkesan adalah lebih efektif dan dapat membantu dalam keperluan individu. Malangnya, kebanyakan minyak yang dijual sekarang adalah tidak asli atau berkesan atau mempunyai bahan-bahan penambah yang mencairkan atau mengubah keberkesanan semula jadi minyak esensial tersebut.

Apabila anda membeli minyak daripada doTERRA, anda tidak perlu risau kerana mengetahui bahawa minyak yang anda perolehi itu asli dan berpotensi tinggi, bersesuaian dengan keperluan anda dan keluarga anda. Untuk memastikan kualiti minyak tersebut, doTERRA mengambil berat di dalam penanaman dan penuaian tumbuhan minyak esensial dengan baik untuk menghasilkan minyak yang sangat berkesan. Setelah tumbuhan tersebut disuling, minyak esensial tersebut akan diuji melalui protokol CPTG (Certified Pure Therapeutic Grade® ) untuk penilaian penulenan dan keberkesanan, selain ujian kualiti-kualiti yang lain. sekiranya minyak tersebut melepasi ujian yang ketat ini, minyak ini akan dijual sebagai minyak individu, atau sebagai campuran minyak esensial atau dalam produk minyak esensial supaya semua manusia di seluruh dunia dapat merasai keberkesanan minyak esensial yang berkualiti tinggi dan berkesan.

Kegunaan dan Kelebihan AromaTouch

  1. Selepas menjalani hari yang memenatkan, urutan AromaTouch ialah apa yang anda perlukan. Kesan keselesaan dan merehatkan campuran minyak ini adalah antara kelebihan AromaTouch dan dapat membantu dalam menenangkan deria-deria anda. Gunakan kelebihan yang terdapat dalam ciri-ciri ketenangan ini dengan menggunakan AromaTouch dalam urutan setiap hari.
  2. Kebaikan lain bagi AromaTouch ini ialah keupayaannya untuk mengurangkan ketegangan (tension). Tension dapat dirasai melalui perasaan sempit, ketegangan emosi, kegelisahan atau stress. Sekiranya anda sedang mengalami satu atau lebih daripada perasaan ini, sapukan minyak Aromatouch pada tengkuk dan bahu anda untuk mengurangkan kesan tersebut.
  3. Minyak Aromatouch sangat ideal untuk segala jenis urutan. Selain daripada kelebihannya dalam urutan, minyak Aromatouch juga dapat menambahkan pengalaman aromatik untuk mana-mana urutan. Aromatouch mempunyai aroma serbuk dan bauan pudina yang bersih dan menyegarkan. Haruman ini akan membantu dalam meningkatkan pengalaman urutan tradisional untuk kesejahteraan seluruh badan.
  4. Apabila melakukan atau menerima urutan dengan minyak AromaTouch, pastikan untuk cairkannya dengan doTERRA Fractionated Coconut Oil. Penambahan Fractionated Coconut Oil pada mana-mana aktiviti urutan dapat membantu meningkatkan resapan minyak esensial dan meninggalkan kulit anda licin dan lembut. Apabila anda mencampurkan minyak Aromatouch dengan Fractionated Coconut Oil, anda boleh merehatkan lebih banyak kawasan pada kulit anda dengan kebaikan campuran minyak AromaTouch, dan menjadikannya lebih tahan lama. Fractionated Coconut Oil juga boleh mengurangkan sensitiviti kulit.
  5. Nikmati mandian mewah menggunakan campuran minyak esensial AromaTouch. Penuhkan tab mandian anda dengan air mengikut suhu kesesuaian anda, kemudian tambahkan beberapa titis campuran minyak esensial AromaTouch dan garam Epsom ke dalam air tersebut, dan kemudian berehat menikmati mandian tersebut.
  6. Sekiranya anda pernah ke spa, anda pasti tahu bahawa suasana di dalam spa sangat nyaman dan menenangkan. Jika anda ingin mencari cara untuk membawa suasana ketenangan seperti di spa ke rumah anda, tambahkan minyak AromaTouch ke dalam alat penyebar udara anda.

Bahan-bahan Utama

  • Cypress Plant 
  • Peppermint Plant 
  • Marjoram Leaf 
  • Basil Leaf 
  • Grapefruit Peel 
  • Lavender Flower 

Langkah berjaga-jaga

Tidak digalakkan untuk kulit sensitif. Jauhi daripada kanak-kanak. Sekiranya sedang mengandung, menyusu atau di bawah pantauan doctor, sila dapatkan nasihat pakar. Elakkan terkena mata, bahagian dalaman telinga dan tempat-tempat sensitif. Elakkan daripada sinaran matahari selepas 12 jam penggunaan.


There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda