Produk Tumpuan: Minyak Cardamom

Pilihan Minyak Esensial


Produk Deskripsi Cardamom Oil
Dikenali sebagai “permaisuri rempah” dalam dunia masakan, cardamom merupakan rempah yang popular dalam pelbagai hidangan dunia. Cardamom mempunyai rasa yang tersendiri dan rasa pedas yang berbeza berbanding yang lain. Penggunaan biji cardamom dalam minyak esensial telah meluas selain daripada digunakan di dapur. Dengan ciri-ciri menenangkan dan meredakan, minyak Cardamom boleh memudahkan proses pencernaan, kesukaran pernafasan dan melegakan sakit perut dan banyak lagi.
 
Di manakah minyak Cardamom boleh dibeli?
Jika anda sudah bersedia untuk membeli Cardamom Oil, Lawati laman minyak Cardamom untuk mengetahui cara untuk melakukan pesanan. Sama ada anda mahu menggunakan minyak Cardamom untuk penggunaan topikal, atau aromaterapi, ketulenan minyak pasti menjadi ciri yang harus diteliti. Melalui Co-Impact Sourcing, doTERRA telah menjalani proses penuaian dan penyulingan untuk memastikan kualiti dan keberkesanan dalam keadaan yang baik. Dengan itu, doTERRA telah menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak yang terlibat dalam penyulingan dan penanaman di Guatemala untuk menjamin kualiti minyak yang tinggi melalui proses penyulingan yang telah ditetapkan.
 
Kegunaan dan kelebihan Minyak Cardamom
  1. Minyak Cardamom juga mampu membantu menenangkan fikiran dengan menjadikan minyak esensial penyerap yang terbaik menghilangkan ketidakselesaan badan. Dengan menggunakan diffuser, minyak Cardamom boleh memberikan perasaan lega di kepala  dan kesan menenangkan dan meredakan.
  2. Ciri-ciri meredakan dan menenangkan yang ada pada minyak Cardamom akan dapat diperoleh secara topikal. Apabila anda mahukan kesegaran badan, sapukan minyak Cardamom pada atas kulit untuk ketenangan segera. Ingat, apabila menyapu minyak esensial Cardamom pada atas permukaan kulit, titis satu atau dua pada bahagian yang dikehendaki dan campurkan minyak esensial dengan doTERRA Fractionated Coconut Oil untuk mengelakkan keradangan kulit. 
  3. Minyak esensial cardamom mempunyai aroma unik yang kuat dan berguna di rumah jika anda mahukan bau yang hangat. Minyak cardamom yang berempah, hangat dengan aroma balsam adalah campuran terbaik untuk rumah yang selesa. Jika anda ingin bau minyak esensial Cardamom tersebar ke seluruh ruang rumah, potpourri minyak Cardamom ialah solusi terbaik. Anda boleh meletakkannya di tempat yang anda mahukan aroma hangat dan berempah.
 
 
Deskripsi Tumbuhan
Ia merupakan sebahagian dari kumpulan halia, cardamom sangat dikenali dalam kulinari masakan dengan meluas. Tumbuhan yang terkenal di Asia Tenggara ini mampu menghasilkan sejenis biji yang mempunyai rasa dan bau yang tersendiri sekaligus mendatangkan banyak kebaikan termasuk pemprosesan minyak Cardamom. Meskipun ia tumbuhan yang popular di beberapa kawasan di dunia, cardamom merupakan produk eksport utama Guatemala dan proses penuaian yang menggunakan tenaga yang tinggi menjadikan cardamom antara rempah yang termahal di dunia.
 
Minyak Cardamom dari segi kimia
Bahan komposisi kimia utama: Terpinyl-acetate, 1,8-cineole, linalyl acetate, sabinene, linalool
 
Cardamom diperbuat daripada monoterpenoid esters iaitu terpinyl acetate dan linalyl acetate. Minyak lain seperti Lavender, Clary Sage, dan Roman Chamomile juga mengandungi monoterpenoid esters, yang mana minyak dikenali menghasilkan ciri-ciri tenang dan menyegarkan. Melalui pemprosesan yang berkualiti tinggi, doTERRA mengandungi kandungan 1,8-cineole yang tinggi berbanding minyak esensial cardamom yang lain. 1,8-cineole atau eucalyptol merupakan monoterpenoid yang membebaskan kesan positif apabila digunakan. Komposisi kimia dalam minyak Cardamom mampu menghasilkan keselesaan dalam sistem pernafasan.
 
Minyak campuran Cardamom
Sebagai bahan yang mempunyai banyak kegunaan, minyak Cardamom dicampuri dengan rempah minyak, minyak citrus dan bunga-bungaan. Anda juga boleh mencipta sendiri campuran minyak esensial Cardamom dengan menambahkan minyak esensial Cinnamon, Clove, Ginger, Cedarwood, Vetiver, atau jenis citrus.
 
Sumber bahan
Minyak esensial doTERRA Cardamom dihasilkan daripada biji cardamom yang ditanam di Guatemala, di mana doTERRA menubuhkan Co-Impact Sourcing sebagai inisiatif untuk membantu penanam tempatan meningkatkan kualiti hidup mereka. Dengan menyediakan kemudahan pengeringan baru untuk tumbuhan cardamom di Sika'abe, Guatemala, doTERRA telah membantu meningkatkan kecekapan proses penuaian dan pengeluaran buah cardamom. Sebelum ini, penanam Cardamom terpaksa melakukan perjalanan jarak yang jauh untuk mengeringkan produk. Oleh itu, ia telah menimbulkan masalah dari segi jangka hayat biji cardamom yang pendek. Selain membantu dengan peralatan dan proses pengeluaran, doTERRA telah memberikan bantuan kepada para penanam di Guatemala dengan menawarkan pendidikan mengenai penanaman, penuaian, dan aktiviti pertanian yang lain. Proses pendidikan ini merupakan hasil dari doTERRA Healing Hands Foundation™.
 
Di wilayah Polochic Guatemala, doTERRA Healing Hands Foundation bersama dengan CHOICE Humanitarian membiayai pembinaan Sika’abe Training Center - sebuah pusat yang berfungsi sebagai pusat pembelajaran untuk ahli komuniti. Di pusat Sika'abe, individu menerima persijilan dan menghadiri kelas yang mengajar kemahiran pekerjaan, amalan pertanian baru dan banyak lagi. Objektif pusat latihan ini adalah untuk membantu keluarga-keluarga di kawasan Guatemala membantu diri mereka daripada kemiskinan.
 
 
 
Amaran
Tidak sesuai untuk kulit yang sensitif. Jauhi dari kanak-kanak. Jika anda mengandung, menyusu, atau di bawah penjagaan doktor, sila berunding dengan doktor anda. Elakkan sentuhan dengan mata, telinga dalaman, dan kawasan yang sensitif.

There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda