Produk Tumpuan: Minyak Cedarwood

Pilihan Minyak Esensial


Bau minyak Cedarwood, atau minyak Cedar yang hangat dan berkayu menawarkan banyak faedah kepada pengguna. Minyak Cedarwood bukan sahaja menghasilkan aroma kuat yang menggalakkan perasaan kecergasan dan kesejahteraan, tetapi ia juga mempunyai banyak kegunaan dalam kehidupan seharian. Sama ada anda menggunakan minyak Cedarwood secara topikal ataupun aromatik untuk mengurangkan kecelaan kulit, menangkis serangga, atau meningkatkan daya hidup semasa senaman, kegunaan dan faedah minyak ini hampir tidak terbatas. 

Di Mana Membeli Minyak Esensial Cedarwood

Adakah anda bersedia menikmati faedah minyak esensial Cedarwood untuk diri anda sendiri? Layari laman minyak Cedarwood kami untuk mengetahui lebih lanjut cara memesan sendiri. Semasa anda membina rangkaian minyak esensial anda, anda akan memastikan bahawa anda menggunakan minyak esensial tulen dan berkualiti tinggi—bukannya minyak sintetik, yang tidak diuji dengan baik yang terkenal dalam industri hari ini. Dengan proses ujian doTERRA CPTG®, minyak doTERRA kekal pada tahap yang berkualiti tinggi. Sebaik sahaja anda membeli minyak doTERRA Cedarwood anda sendiri, lihat bahagian penggunaan dan faedah di bawah untuk mendapatkan hasil terbaik daripada produk anda.

Penggunaan dan Faedah Minyak Esensial Cedarwood

  1. Oleh sebab minyak esensial Cedarwood merupakan minyak stabil yang boleh membantu keseimbangan emosi, ia sesuai untuk disebar selepas hari yang panjang jika anda mahu mencipta persekitaran yang tenang. Minyak Cedarwood mempunyai sifat yang stabil dan tenang pada minda dan tubuh badan, menjadikannya minyak yang terkenal untuk kegunaan topikal dan aromatik. Apabila menyebarkan minyak Cedarwood, guna tiga hingga empat titik dalam penyebar minyak esensial pilihan anda dan nikmati kesan yang menstabil dan menenang, yang ditawarkan oleh minyak ini.
  2. Jika anda ingin memperbaiki rutin senaman anda, minyak Cedarwood dapat memberi peningkatan tambahan tenaga sebelum senaman. Minyak Cedarwood adalah teman yang sesuai untuk sebarang aktiviti fizikal kerana ia menggalakkan kesejahteraan dan kecergasan—tidak kira gaya latihan anda. Sebelum bersenam, urut satu hingga dua titik pada dada anda untuk mengekalkan kecergasan sepanjang senaman anda, dan nikmati faedah meningkatkan tenaga minyak Cedarwood.
  3. Tahukah anda bahawa ramai orang menggunakan minyak Cedarwood pada kulit kerana sifat pembersihannya? Anda boleh menggunakan minyak Cedarwood dengan mudah dalam rutin muka harian anda dengan menambah satu hingga dua titik minyak Cedarwood dalam toner muka atau pelembap anda. Sifat pembersihan minyak Cedarwood juga boleh membantu mengurangkan kecelaan kulit. Apabila anda melihat kecelaan kulit yang baru, sapu terus satu titik minyak ini pada kawasan yang terjejas untuk memperbaiki penampilan dengan segera.
  4. Ciri kimia minyak Cedar menjadikannya berkesan untuk menghalau serangga. Apabila bekerja di taman, anda boleh menambah minyak esensial Cedarwood pada mulsa atau atas tanah untuk membantu menghalau serangga. Untuk memastikan ancaman serangga berada jauh semasa musim, anda boleh membuat rumusan penghalau serangga minyak esensial anda sendiri menggunakan doTERRA Fractionated Coconut Oil dan minyak Cedarwood (hanya sapu pada badan sebelum pergi ke luar).
  5. Minyak Cedarwood dikenali untuk menggalakkan ketenangan dan boleh digunakan dalam beberapa keadaan untuk menenangkan minda. Sebagai contoh, apabila anak anda bangun selepas mimpi ngeri, sapu minyak Cedarwood pada tapak kakinya untuk membantu memberi perasaan damai dan tenang. Apabila anda mendapati diri anda tertekan oleh situasi yang tidak biasa, hidu bau minyak Cedarwood untuk menggalakkan emosi yang tenang.  
  6. Sebarkan minyak Cedarwood di kediaman, pejabat, atau ruang kerja anda untuk membantu menggalakkan perasaan yakin dan harga diri. Aroma herba dan hangat minyak Cedarwood adalah stabil dan boleh membantu meningkatkan perasaan kesejahteraan. Apabila berusaha untuk meningkatkan perasaan yakin atau perasaan harga diri, sebar dua titik minyak Cedarwood dengan dua titik Wintergreen dalam penyebar minyak esensial pilihan anda.

Penerangan Tumbuhan

Terdapat banyak jenis pokok cedar, tetapi semuanya adalah pokok-pokok malar hijau daripada keluarga Cypress. Pokok cedar merah mampu menahan iklim yang melampau, dan boleh menerima kebanyakan jenis tanah. Keupayaan ini mungkin berasal dari iklim sejuk dan altitud yang tinggi, yang mana tempat asal pokok cedar. Bergantung pada keadaan tanah, pokoknya boleh mencapai mana-mana ketinggian daripada 16 kaki hingga hampir 100 kaki. Ia juga merupakan spesies yang mempunyai jangka hayat panjang yang luar biasa, dengan beberapa pokok mencapai umur 900 tahun. doTERRA Cedarwood berasal daripada kayu spesies Juniperus virginiana, lebih dikenali sebagai cedar merah. Cedar merah adalah spesies juniper yang memberi bau yang sangat wangi—menjadikannya sempurna untuk pengeluaran minyak esensial.

Sejarah yang Lama

Penggunaan minyak cedar daripada pokok-pokok yang berlainan, dan kayu cedar secara umum mempunyai sejarah masa lalu yang panjang. Cedar Lebanon dianggap sebagai salah satu minyak esensial pertama yang diekstrak daripada alam semula jadi. Orang Sumeria menganggap pokok cedar sebagai Pokok Kehidupan. Suku kaum purba percaya bahawa Tuhan meletakkan tenaga Kosmos dalam cedar dan kayu itu suci, serta memberi orang yang layak dengan kuasa, kebesaran, dan keabadian. Orang-orang Mesir menggunakannya dalam ritual pengawetan mereka. Orang Phoenicia dan Assyria juga menggunakan cedar untuk membina armada kapal.

Kimia Minyak Esensial Cedarwood

Komponen Kimia Utama: α-cedrene, cedrol, thujosene

Cedarwood jatuh di bawah sekumpulan bahan kimia yang dikenali sebagai sesquiterpenes. Minyak esensial yang mengandungi sesquiterpenes biasanya terkenal dengan keupayaan mereka untuk memberi kesan yang stabil dan untuk keseimbangan emosi apabila digunakan secara aromatik. Minyak Cedarwood mengandungi komponen utama sesquiterpene iaitu cedrene dan thujopsena, yang membantu meningkatkan penampilan kulit dan meningkatkan emosi yang stabil dan keseimbangan emosi.  

Minyak yang Sesuai Digabung dengan Minyak Esensial Cedarwood

Sebagai minyak yang hangat dan berkayu, Cedarwood menghasilkan aroma yang seolah berada di luar. Oleh sebab sifat yang hangat, minyak Cedarwood sesuai digabung dengan minyak berherba seperti Clary Sage, dan minyak berkayu seperti Cypress, dan juga minyak esensial pedas yang lain seperti Frankincense. Cedarwood juga sesuai digabung dengan Bergamot, Cinnamon Bark, Lemon, Thyme, dan Vetiver.

Langkah berjaga-jaga

Kemungkinan berlaku sensitiviti kulit. Jauhkan daripada kanak-kanak. Jika anda mengandung, menyusukan anak, atau di bawah jagaan doktor, berunding dengan doktor anda. Elakkan sentuhan pada mata, dalam telinga dan kawasan sensitif.

There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda