Produk Tumpuan: Clary Sage


Produk Tumpuan: Clary Sage

Penerangan Produk Minyak Clary Sage

Diperkaya dengan bahan kimia organik linalyl acetate, minyak Clary Sage dikenali sebagai salah satu minyak esensial yang paling santai, menenangkan, dan menyeimbangkan apabila digunakan secara aromatik. Minyak berherba ini boleh digunakan secara luaran untuk pelbagai tujuan. Pada Abad Pertengahan, Clary Sage digunakan untuk kulit dan terus dikenali dengan manfaat topikalnya. Apabila digunakan secara topikal, minyak Clary Sage menenangkan dan melegakan kulit. Minyak Clary Sage juga dapat digunakan untuk memberi rambut dan kulit kepala penampilan yang lebih sihat. Jika digunakan secara aromatik, minyak Clary Sage meningkatkan perasaan ketenangan sebagai persediaan untuk tidur malam yang nyenyak.

Di Mana untuk Membeli Minyak Clary Sage

Untuk membeli sebotol minyak Clary Sage yang tulen dan berkesan, lawati halaman produk minyak Clary Sage. Di doTERRA, kami mengetahui bahawa minyak esensial mesti tulen dan berkesan untuk memenuhi keperluan mereka yang menggunakannya. Selalunya, minyak esensial yang tersedia dalam pasaran mengandungi bahan cemar dan bahan pengisi yang melemahkan keberkesanan minyak esensial. Dengan tujuan utama untuk menyediakan minyak esensial yang tulen dan berkesan, doTERRA memastikan bahawa minyaknya bebas daripada bahan cemar dan pengisi berbahaya melalui protokol CPTG®. Protokol ini merangkumi satu siri ujian ketat yang menentukan kualiti setiap kumpulan minyak esensial. Apabila sekumpulan minyak esensial memenuhi protokol ini dan telah dipastikan berkesan dan tulen, barulah minyak itu dibungkus dan dijual. Ujian ketat dan penjagaan rapi setiap kumpulan minyak esensial memastikan pelanggan mengetahui dengan yakin bahawa minyak esensial doTERRA yang mereka terima adalah berkualiti tinggi dan dapat memenuhi keperluan mereka dengan berkesan. Orang biasanya menggunakan minyak Clary Sage untuk tidur, kulit, rambut, mengurangkan tekanan, dan untuk urutan.

Penggunaan dan Kebaikan Minyak Clary Sage

Pengering rambut, alat pelurus rambut, alat mengerinting rambut dan besi curling semuanya boleh menjadikan rambut anda kelihatan bergaya, tetapi untuk berapa lama? Dengan penggunaan alat penggaya rambut yang panas dengan kerap, rambut akan mula pecah dan bercabang, menjadikan rambut kelihatan rosak dan tidak sihat. Pastikan rambut anda kelihatan berseri dengan Semburan Pelindungan Panas buatan sendiri dengan minyak Clary Sage dan minyak Geranium. Minyak Clary Sage terkenal dengan kemampuannya untuk mempromosikan rambut supaya kelihatan sihat dan merupakan minyak esensial yang sempurna untuk menjadikan rambut anda kelihatan lebih kuat, dengan lebih lama! Semasa kitaran haid anda, legakan perut anda dengan menggunakan minyak Clary Sage. Hanya dengan meletakkan minyak Clary Sage pada bahagian perut yang diperlukan dan sapu untuk urutan yang menenangkan. Komponen kimia semula jadi minyak Clary Sage adalah antara sebatian yang paling menenangkan dan melegakan, menjadikan minyak Clary Sage sebagai minyak yang ideal untuk urutan perut yang menenangkan semasa haid. Setelah seharian bekerja, menjaga anak-anak, atau belajar untuk peperiksaan, manjakan diri anda dengan mandian menenangkan menggunakan minyak Clary Sage dan Lavender. Mandian dengan minyak esensial ini bukan sahaja dapat meningkatkan deria bau anda, tetapi juga berfungsi untuk menghilangkan tekanan. Kedua-dua minyak Clary Sage dan Lavender mengandungi linalyl acetate, menjadikan minyak ini antara minyak yang paling berkesan untuk melegakan dan menenangkan badan. Kenapa biarkan diri terus berasa tertekan apabila anda dapat menikmati manfaat aromatik yang menenangkan dan melegakan daripada minyak Clary Sage? Semasa hari-hari cuti, sapu satu hingga dua titik minyak Clary Sage pada bahagian bawah kaki anda atau titik nadi anda. Minyak Clary Sage mempunyai aroma menenangkan yang kuat, maka penggunaan minyak pada kawasan ini akan meningkatkan perasaan keseimbangan dan ketenangan. Sering kali, apabila orang bersiap untuk tidur, namun mereka mendapati bahawa minda mereka ingin kekal berjaga. Kepala mereka tiba-tiba dipenuhi dengan senarai perkara untuk dibuat, aktiviti pada hari itu, atau mungkin juga persoalan falsafah mengenai alam semesta yang menyebabkan mereka tetap berjaga atau gelisah sepanjang malam. Macam pernah berlaku? Jangan biarkan pemikiran anda memakan waktu tidur yang penting. Sebaliknya, tenangkan minda dan badan anda dengan menggunakan minyak Clary Sage secara aromatik. Sapu satu hingga dua titik minyak Clary Sage pada bantal anda untuk mewujudkan persekitaran santai supaya dapat tidur malam yang nyenyak. Tingkatkan kesan syampu dan perapi anda dengan menambah minyak Clary Sage. Untuk rambut yang kelihatan sihat, tambah tiga hingga empat titik minyak Clary Sage ke dalam syampu atau perapi anda. Tambahan herba ini akan menjadikan rambut anda berbau segar secara semula jadi dan memberi manfaat yang akan menjadikan rambut anda kelihatan kuat dan cantik. Gabungkan minyak sitrus dan herba yang terbaik untuk campuran penyebar yang meningkatkan semangat ini. Campur dua titik minyak Clary Sage, dua titik Grapefruit, dan empat titik minyak esensial Lime dalam penyebar anda dan nikmati aroma yang ceria dan manis. Aroma sitrus Lime yang kuat akan meningkatkan perasaan keseimbangan dan tenaga sambil membantu menaikkan mood, sementara Grapefruit akan memberi kejelasan minda. Aroma minyak Clary Sage yang halus akan membantu menenang dan melegakan. Gabungan minyak-minyak esensial ini memberi aroma meningkatkan mood yang akan menenangkan dan menyeimbangkan minda dan badan. Minyak Clary Sage mengandungi linalyl acetate, ia merupakan satu komponen kimia kuat yang memberi kesan besar terhadap ciri-ciri minyak yang menenang, menyeimbang dan melegakan ketika digunakan secara aromatik. Cuba bereksperimen dengan minyak Clary Sage untuk melihat bagaimana minyak yang menenang dan menyeimbangkan ini dapat memenuhi keperluan individu dan keluarga anda dengan sebaik-baiknya.

Penerangan Tumbuhan

Dari manakah minyak Clary Sage berasal? Clary Sage adalah herba dwitahunan atau berabad yang cepat tumbuh. Pada tahun pertama pertumbuhan, bahagian bawah tumbuhan menghasilkan daun kasar hijau. Pada tahun kedua pertumbuhan, tumbuhan Clary Sage menghasilkan bunga daripada tangkai tegak. Bunga-bunga ini berwarna ungu atau putih. Minyak Clary Sage diekstrak daripada bunga. Tumbuhan Clary Sage tumbuh paling subur di bawah sinar matahari penuh dan pengairan tanah yang baik.


There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda