Produk Tumpuan: Correct-X®


Penerangan produk Correct-X

Minyak esensial sudah lama digunakan untuk melegakan, menenangkan dan menghidratkan kulit. Memandangkan minyak esensial bersifat semulajadi dan asli, ia sangat bagus untuk kulit dan dapat melegakan iritasi kulit, memberikan kelembapan pada kulit, menyuburkan kulit dan banyak lagi. Mengetahui kehebatan minyak esensial pada kulit, doTERRA mencipta krim esensial Correct-X untuk membantu dalam merawat kulit yang bermasalah. Diperkaya dengan minyak esensial yang mempunyai ciri-ciri pembersihan dan rawatan yang signifikan, rumusan Correct-X telah direka untuk memberikan kelegaan apabila iritasi kulit berlaku.

Di manakah untuk membeli Correct-X?

Sekiranya anda ingin merasai kehebatan minyak esensial pada kulit anda, layari laman infomasi produk doTERRA Correct-X untuk mengetahui cara membuat pembelian. Seperti produk doTERRA yang lain, Correct-X menggunakan minyak esensial yang telah melalui proses CPTG Certified Pure Therapeutic Grade®. Ianya diperolehi dari sumber yang boleh dipercayai, dituai dengan berhati-hati, dan diuji secara mendalam. Hanya minyak esensial yang kuat dan asli sahaja digunakan di dalam produk-produk doTERRA untuk memastikan tahap kualiti produk yang tinggi. 

Kelebihan dan Kegunaan Correct-X

  1. Minyak esensial di dalam doTERRA Correct-X dikenali dengan ciri-ciri rawatan kulit. Apabila kulit anda memerlukan kelegaan daripada iritasi kulit yang kadang kala melanda, formula Correct-X dapat memberikan keselesaan kepada kulit tanpa mengurangkan lembapan. Selain melegakan kulit, Correct-X menyediakan lapisan lembapan pada kulit untuk menghidratkan di samping melegakan kulit anda. Sekiranya anda sudah penat menggunakan krim atau produk-produk yang mengeringkan kulit anda, tukarlah kepada Correct-X dan rasai kehebatan minyak esensial yang dapat melegakan dan memberikan keselesaan kepada kulit anda.
  2. Bagi mereka yang mempunyai kulit yang sensitif, ianya sangat sukar untuk mencari produk yang dapat menghilangkan iritasi kulit tanpa menimbulkan masalah kulit yang lain. Kebanyakan minyak tidak sesuai untuk kulit yang sensitif dan hanya akan menambahkan iritasi kepada kulit. Correct-X menyerap ke dalam kulit dengan pantas. Ianya menggunakan kelembutan formula anti-iritasi yang sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif.
  3. Salah satu kelebihan menggunakan minyak esensial ialah dapat memberikan kulit yang bersih dan sihat. Setelah menggunakan Correct-X, kulit anda akan berasa bersih dan lembab. Memandangkan Correct-X menggunakan bahan-bahan yang selamat dan semulajadi, pori-pori anda tidak lagi tersumbat dengan toksin dan fillers. Disebabkan Correct-X dapat mengurangkan iritasi dan kerosakan pada kulit, ada pasti dapat menikmati wajah kulit yang bersih dan sentiasa terhidrat.
  4. Anda tidak akan pernah tahu waktu iritasi kulit akan melanda, dan anda juga bukan sentiasa mempunyai minyak esensial di tangan. Correct-X dicipta sebagai produk yang mudah dibawa kemana-mana sahaja untuk melegakan iritasi kulit anda dan keluarga anda. Letakkan satu tiub Correct-X di dalam kereta, dompet, peti kecemasan atau beg melancong kegemaran anda supaya anda sentiasa mempunyai minyak esensial apabila anda memerlukannya. Correct-X sangat membantu semasa aktiviti luar, sama ada di taman permainan, tapak perkhemahan atau di bukit.
  5. Kegunaan bahan-bahan semulajadi di dalam Correct-X adalah untuk membersihkan dan memberikan kulit yang licin. Bukan sahaja formula Correct-X dipenuhi dengan minyak esensial yang dapat merawat kulit, malah ia juga bebas daripada bahan pengawet dan petroleum yang dapat menghalang daripada mendapat kulit yang bersih dan licin. Dengan bahan-bahan yang tulen dan kuat di dalam minyak esensial, anda boleh mempercayai formula doTERRA Correct-X untuk memberikan kulit yang bersih dan sihat.

Bahan-bahan Utama

Frankincense: Memiliki kelebihan yang sangat banyak, Minyak Frankincense dikenali dapat mengurangkan kecacatan pada kulit.

Melaleuca: Dikenali sebagai Minyak Tea Tree, minyak esensial Tea Tree mempunyai ciri-ciri pembersihan yang sangat hebat yang menjadikannya sesuai untuk keremajaan kulit.

Bisabolol: Dikenali dapat memberikan kelegaan pada kulit, Bisabolol ialah komponen yang penting dalam formula doTERRA Correct-X

Helichrysum: Sering digunakan untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan, minyak Helichrysum mempunyai ciri-ciri keremajaan yang dapat memberikan kulit yang sihat.

Lavender: Dikenali dengan ciri-ciri kelegaan pada kulit, Minyak Lavender dapat membantu dalam melegakan iritasi kulit.

Jojoba: Disebabkan ianya sama dengan minyak asli yang terdapat dalam badan kita, Jojoba dapat membantu dalam menghidratkan dan memperbaiki tekstur kulit.

Cedarwood: Minyak Cedarwood dapat mempunyai ciri-ciri pembersihan apabila dicampur secara topikal. Ianya boleh dijadikan sebagai satu rawatan yang sangat berkesan dalam rutin penjagaan kulit.

Langkah berjaga-jaga

Hanya untuk kegunaan luar sahaja. Elakkan daripada menyentuh mata.  


There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda