Produk Tumpuan: Minyak Cypress

Pilihan Utama Minyak Esensial


Minyak Cypress

Minyak Cypress boleh memberi faedah topikal dan aromatik dengan menggalakkan kecergasan dan perasaan bertenaga. Minyak Cypress terdiri daripada monoterpenes, yang boleh membantu mengurangkan penampilan kulit berminyak. Ia juga boleh digunakan secara topikal untuk memberi tenaga pada badan. Struktur kimia minyak Cypress juga menyumbang kepada aroma memperbaharui dan meningkatkan semangat. Apabila digunakan secara aromatik, Cypress menghasilkan bau bersih yang mempunyai kesan segar dan stabil pada emosi. Oleh sebab minyak Cypress mempunyai aroma yang memperbaharui dan memberi faedah pada kulit, ia biasa digunakan di spa dan oleh ahli terapi urut.

Di Manakah Membeli Minyak Cypress

Untuk membeli minyak Cypress yang kuat dan tulen, layari halaman produk minyak Cypress.

Selalunya, minyak esensial yang dijual mengandungi bahan pencemar atau bahan penambah. Bahan tambahan ini melemahkan kekuatan minyak esensial dan mengurangkan keberkesanannya dalam membantu memenuhi keperluan individu. Oleh sebab itu, penting untuk mendapatkan minyak esensial yang kuat dan tulen. Untuk menjamin minyak esensial yang berkesan, doTERRA memastikan setiap kumpulan minyak esensial melalui protokol CPTG®. Protokol ini mengandungi satu siri ujian menyeluruh untuk memastikan kekuatan maksimum dan ketulenan setiap minyak yang dijual. Apabila pelanggan membeli daripada doTERRA, mereka dapat merasa yakin bahawa minyak esensial yang mereka terima adalah kuat dan tulen, menjadikannya paling berkesan untuk keperluan mereka.

Bersedia untuk mempelajari lebih lanjut mengenai faedah minyak Cypress dan bagaimana menggunakannya? Teruskan membaca!

Penggunaan dan Faedah Minyak Esensial Cypress

  1. Kulit berminyak adalah masalah biasa bagi kebanyakan orang. Sekiranya anda mencari cara untuk mengurangkan kulit berminyak yang berkilat, tambah minyak esensial Cypress dalam rutin harian anda. Untuk menghilangkan kulit wajah yang berminyak, campur satu hingga dua titik minyak Cypress pada toner anda untuk membantu memperbaiki penampilan kulit berminyak. Penambahan ini akan memberi kulit anda kelihatan sihat dan berseri.
  2. Penuhkan udara dengan aroma minyak esensial yang segar dengan membuat campuran penyebar Cypress anda sendiri. Tambah minyak Lime dan Cypress dalam penyebar pilihan anda untuk bau yang menyegarkan. Aroma lembut dan berkayu daripada minyak Cypress akan berfungsi untuk memperbaharui dan meningkatkan deria manakala bau Lime akan membantu membersih udara. Gabungan penyebar ini adalah sempurna untuk disebar semasa tempoh peralihan atau ketika kekurangan tenaga.
  3. Beri diri anda sedikit ketenangan pada penghujung hari dengan menggunakan minyak Cypress dalam mandian. Untuk hasil yang optimum, tambah setengah cawan garam Epsom dan tiga titik minyak Cypress dalam tab hangat untuk membantu badan anda berehat dan menghidupkan semula selepas hari yang penuh tekanan.
  4. Apabila anda merasa lesu, hidu minyak esensial Cypress terus daripada botol. Menghidu Cypress memberi banyak faedah dan kesan yang stabil serta merangsang emosi. Oleh sebab minyak Cypress mengandungi pelbagai monoterpenes, sebatian aromatiknya membantu meningkatkan dan memberi anda rangsangan tambahan yang mungkin anda perlukan.

Fakta Menarik

Pokok Cypress biasanya digunakan untuk landskap tanah perkuburan kerana cirinya yang tegak dan hijau. 

Penerangan Tumbuhan

Pokok Cypress, yang biasa digunakan dalam landskap, adalah malar hijau saka. Ciri-ciri khusus pokok ini dengan bentuknya yang tegak dan tinggi. Pokok-pokok ini boleh tumbuh hingga ketinggian 60-80 kaki. Dedaun pokok Cypress adalah hijau gelap dan seperti bersisik. Pokok ini juga menghasilkan kon yang bersaiz 1.5 inci. Kon ini adalah berkayu dan bersisik dan biasanya mengambil masa dua tahun untuk matang. Asal pokok Cypress adalah kawasan Mediterranean dan Asia barat.

Kimia Minyak Esensial Cypress

Komponen Kimia Utama: α-pinene, carene, limonene

Tiga komponen kimia utama minyak Cypress adalah α-pinene, carene, dan limonene. Kedua-dua limonene dan α-pinene adalah sebahagian daripada kumpulan monoterpenes dan mempunyai ciri-ciri meningkatkan semangat yang kuat. α-pinene juga dikenali sebagai bahan kimia yang mempunyai sifat pembaharuan yang berkuasa.

Minyak yang Sesuai Digabung dengan Minyak Esensial Cypress

Minyak Cypress sesuai digabung dengan minyak sitrus seperti Lemon, Lime, dan Wild Orange, dan juga minyak lain seperti Bergamot, Clary Sage, Frankincense, Juniper Berry, Lavender, Marjoram, dan Rosemary untuk penyebaran.

Langkah berjaga-jaga

Kemungkinan berlaku sensitiviti kulit. Jauhkan daripada kanak-kanak. Jika anda mengandung, menyusukan anak, atau di bawah jagaan doktor, berunding dengan doktor anda. Elakkan sentuhan pada mata, dalam telinga dan kawasan sensitif.


There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda