Produk Tumpuan: doTERRA Balance

Essential Oil Spotlight


Deskripsi Produk doTERRA Balance 
 
Direka bertujuan untuk menyeimbangkan emosi, doTERRA Balance diformulasikan dengan minyak esensial yang bermanfaat untuk emosi yang berfungsi untuk mewujudkan rasa tenang dan sejahtera. Campuran minyak esensial doTERRA Balance mempunyai pelbagai kegunaan dan kelebihan yang boleh diperolehi secara aromatik dan topikal. Apabila disapu pada kulit atau disebarkan, doTERRA Balance dapat melegakan perasaan cemas dan mewujudkan persekitaran yang menenangkan dan melegakan —menggalakkan ketenangan yang maksima. Aroma doTERRA Balance adalah manis dan berkayu dan ia adalah haruman yang unggul untuk memberikan keseimbangan dan ketenangan emosi. Dirumus dengan minyak esensial spruce, ho wood, blue tansy, blue chamomile, dan frankincense, doTERRA Balance adalah gabungan minyak yang sesuai untuk menstabilkan emosi. 
 
Cara untuk Mendapatkan doTERRA Balance 
 
Untuk membeli sebotol doTERRA Balance, kunjungi halaman produk doTERRA Balance Grounding Blend. 
 
doTERRA Balance adalah salah satu daripada campuran minyak esensial doTERRA yang diformulasikan dengan minyak esensial CPTG®.  Minyak esensial tulen ini adalah minyak esensial yang berkesan yang berasal dari tumbuh-tumbuhan yang telah ditanam dan dituai dalam persekitaran idealnya dan kemudian disuling dan diuji keaslian dan potensinya. Proses-proses yang penuh penelitian ini menghasilkan minyak esensial yang berkualiti tinggi, tulen, dan berkesan. Apabila anda membeli produk dari doTERRA, anda tidak hanya membeli minyak esensial biasa, anda membeli minyak yang mujarab dan berkesan. Jika anda mencari penyelesaian semulajadi yang akan meningkatkan kecergasan dan kesejahteraan, produk minyak esensial doTERRA adalah produk yang sesuai untuk anda. 
 
Kegunaan dan Kelebihan doTERRA Balance  
 
  1. Kerehatan tubuh anda bermula dengan minda. Bantu tubuh anda berehat dengan memberi tumpuan kepada emosi anda terlebih dahulu. Gunakan campuran minyak esensial doTERRA Balance untuk membantu menyeimbangkan emosi supaya seluruh tubuh anda merasa benar-benar tenang apabila anda sangat memerlukannya. Campuran penstabil emosi ini adalah minyak yang baik untuk digunakan semasa meditasi atau yoga. 
     
  2. Mulakan hari anda dengan meletakkan sedikit doTERRA Balance pada langkah anda. Selepas anda bangun, sapukan satu hingga dua titis doTERRA Balance di bahagian bawah kaki anda. Ini akan membantu memberikan perasaan tenang dan damai sepanjang hari. doTERRA Balance juga boleh disapukan pada kaki anda sepanjang hari untuk membantu mengurangkan tekanan. 
     
  3. Sekiranya anda merancang untuk menyertai perjalanan jauh, pastikan anda membawa doTERRA Balance. Untuk perjalanan jauh yang memerlukan anda membawa kereta dalam tempoh yang lama, sebarkan doTERRA Balance bagi membantu mewujudkan persekitaran yang menenangkan dan melegakan. Sebaik sahaja mengalami perasaan tenang yang disebabkan oleh doTERRA Balance, anda akan sentiasa membawanya untuk perjalanan yang jauh. 
     
  4. doTERRA Balance adalah salah satu minyak esensial yang digunakan dalam teknik AromaTouch. Campuran minyak esensial doTERRA Balance adalah penting untuk merasai pengalaman AromaTouch kerana ia membantu mencetus emosi harmoni dan tenang. Alami pelbagai manfaat doTERRA Balance semasa sesi AromaTouch Hand Massage, sama ada menyapunya pada tangan sendiri atau meminta orang lain melakukan urutan tangan. AromaTouch Hand Massage juga boleh dilakukan pada datuk dan nenek untuk membantu mereka merasa santai dan tenang. 
     
  5. Jika anda mengalami perasaan cemas sesekali, sapukan doTERRA Balance pada pergelangan tangan dan leher anda. Aplikasi topikal minyak esensial doTERRA Balance akan membantu melegakan perasaan cemas ketika ia muncul. 
     
  6. Salah satu kelebihan utama doTERRA Balance adalah keupayaannya untuk membangkitkan rasa tenang. Sekiranya anda merasa emosi anda seakan terganggu, berhenti sejenak dan berikan diri anda kedamaian yang diperlukan oleh minda. Sebar doTERRA Balance atau gunakan doTERRA Balance secara topikal untuk mewujudkan suasana tenang supaya anda dapat menjaga keseimbangan emosi dan bersedia untuk melakukan tugasan yang mendatang. 
     
  7. Adakah anda mendapati diri anda memiliki hanya sedikit masa untuk duduk dan merehatkan minda? Untuk mendapatkan kestabilan emosi dalam tempoh singkat, sapukan satu atau dua titis doTERRA Balance pada tangan anda dan tekapkan tangan pada hidung, hidu secara mendalam. Hasil yang sama dapat dirasai dengan hanya menanggalkan penutup botol campuran minyak esensial doTERRA Balance dan hidu secara mendalam sambil botol dipegang beberapa inci dari hidung. 
     
  8. Sebelum anda tidur, sapukan doTERRA Balance pada bahagian bawah kaki. Campuran yang menenangkan dan melegakan ini akan memberikan tidur malam yang nyenyak. 
     
  9. Berikan kerehatan pada seluruh badan dengan memasukkan doTERRA Balance dalam rutin mandian anda. doTERRA Balance akan membantu melegakan badan dan memberikan pengalaman yang menyelesakan dan menenangkan. Untuk saat ketika anda memerlukan waktu untuk berehat dan bertenang, tambahkan beberapa titis doTERRA Balance bersama sedikit garam Epsom ke dalam air mandian anda. Anda akan teruja memandangkan betapa mudahnya ia dapat membangkitkan keseimbangan dan ketenangan emosi. 
     
  10. doTERRA Balance adalah gabungan minyak CPTG® yang berkuasa yang direka untuk memberikan keharmonian pada minda dan badan serta membantu mengimbangi emosi. Jika anda perlu menghadiri majlis atau mesyuarat yang penting, pastikan anda menggunakan doTERRA Balance supaya anda dapat merasai kestabilan dan ketenangan emosi semasa situasi yang berisiko mencemaskan dan meresahkan perasaan. 
 
Kombinasi Minyak yang Baik dengan doTERRA Balance 
 
doTERRA Balance sesuai dicampur dengan minyak esensial Frankincense, Bergamot, Peppermint, Coriander, dōTERRA Forgive®, Citrus Bliss, dan Wintergreen untuk sebaran. 
 
Bahan utama 
  • Daun Spruce  
  • Daun Ho Wood  
  • Frankincense Resin 
  • Bunga Tansy Biru 
  • Bunga Chamomile Biru 
  • Fractionated Coconut Oil 
Amaran 
Kemungkinan sensitiviti kulit. Jauhkan daripada kanak-kanak. Jika anda mengandung, menyusukan anak, atau di bawah jagaan doktor, berunding dengan doktor anda. Jauhi sentuhan pada mata, dalam telinga dan kawasan sensitif. 

There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda