Deskripsi Produk doTERRA Cheer
Dengan aroma yang mekar, segar,
doTERRA Cheer Uplifting Blend telah direka untuk membantu membangkitkan rasa optimis di samping melawan emosi negatif yang biasa dilalui dalam kehidupan seharian. Apabila anda berasa muram atau sedih, campuran minyak esensial doTERRA bersedia untuk membantu menggantikan perasaan negatif dengan perwatakan yang tenang dan ceria.
Cara untuk Mendapatkan doTERRA Cheer
Adakah anda sudah bersedia untuk menikmati manfaat doTERRA Cheer Uplifting Blend? Lawati halaman minyak esensial doTERRA Cheer untuk mengetahui maklumat tentang pesanan. Sebagai sebahagian daripada doTERRA Emotional Aromatherapy™ System, doTERRA Cheer telah diformulasikan dengan minyak esensial
CPTG®.yang direka untuk membantu pengguna menangani emosi-emosi negatif. Benarkan aroma segar dan ciri-ciri pemanasan doTERRA Cheer menceriakan hari anda sementara mengabaikan perasaan pesimis, dan biarkan cahaya gemerlapan menyinari hidup anda.
Kelebihan dan kegunaan doTERRA Cheer
- Apabila tekanan melanda atau perasaan yang luar biasa berlimpah ruah, menyembur doTERRA Cheer dapat membantu membangkitkan persekitaran yang menaikkan semangat dan positif. Cuba semburkan doTERRA Cheer di dalam bilik darjah untuk menyebarkan suasana positif di kalangan pelajar. Letakkan beberapa titisan doTERRA Cheer di dalam penyembur anda di rumah untuk membantu keluarga anda menikmati haruman segar dan hangat yang akan membantu mewujudkan persekitaran yang menarik dan bahagia. Semburkan doTERRA Cheer di meja anda atau di pejabat rumah anda apabila anda memerlukan sedikit perangsang.
- Anda berharap aroma semerbak doTERRA menemani anda sepanjang hari? Rasai aroma doTERRA yang membangkitkan semangat, membahagiakan ketika memandu dengan menggunakan beberapa titis minyak esensial pada plat terra cotta ataupun pada bola kapas dan letakkan di dalam kereta anda. Semasa anda menjalankan tugas, jadikan perjalanan pagi anda, atau ketika membawa anak-anak bersiar, anda memiliki aroma indah doTERRA Cheer sebagai peneman anda, membuat anda kekal bersemangat sepanjang hari.
- Terasa kesunyian? Apabila anda bersendirian, jangan biarkan tekanan perasaan membebankan dan mematahkan semangat anda— semburkan doTERRA Cheer di dalam penyembur minyak esensial kegemaran anda untuk merangsang perasaan gembira, ceria yang akan menyemarakkan emosi anda.
- Apabila emosi negatif menyelubungi hari anda, cuba sapu satu titis doTERRA Cheer ke tangan anda, gosok kedua telapak tangan bersama, dan ambil nafas panjang untuk menyedut aroma yang menyelesakan dan hangat dari minyak ini. Harumannya akan tahan lama, sehinggakan anda dapat menekap hidung atau mulut anda sepanjang hari dan menghirup aroma doTERRA Cheer untuk meningkatkan kesan optimis.
- Mempunyai rakan, jiran, atau orang tersayang yang bermuram kebelakangan ini? Jika seseorang yang rapat dengan anda berasa tidak bersemangat, pertimbangkan untuk memberi mereka pakej penjagaan "kotak sinar matahari". Kumpulkan barangan yang akan menghiburkan mereka untuk disertakan dalam pakej penjagaan— anda juga bahkan boleh menjadikan semua barangan berwarna kuning, supaya semuanya tampak ceria dan gembira. Anda juga boleh memasukkan benda-benda seperti gula-gula kuning, jurnal kuning untuk mereka menulis, selimut kuning atau sarung bantal, dan sudah tentu, doTERRA yang berlabel kuning. Pakej penjagaan ini akan memberi ketenangan kepada sesiapa yang mungkin sedang bergelut, atau yang memerlukan dorongan cinta dan sinar matahari.
- Sedang mencari campuran penyembur yang baik yang menggunakan minyak esensial Cheer doTERRA? Campurkan tiga titisan doTERRA Cheer, satu titis Douglas Fir, dan satu titis Wild Orange ke dalam penyembur anda untuk campuran menaikkan semangat, menyegarkan. Sekiranya anda mempunyai rakan yang boleh menggunakan sedikit pendorong semangat, pertimbangkan untuk memberikan mereka sebotol doTERRA Cheer beserta satu senarai idea untuk mencipta campuran penyembur yang akan mengangkat semangat mereka.
- Sekiranya anda cenderung untuk berasa marah atau tidak bersemangat pada waktu pagi, cuba semburkan doTERRA Cheer semasa melakukan yoga pagi, minum teh pagi, atau membaca surat khabar pagi untuk membantu menggalakkan perasaan optimis semasa memulakan hari anda.
Bahan-bahan
- Kulit Wild Orange
- Tunas Cengkih
- Buah/Biji Star Anise
- Daun Lemon Myrtle
- Nutmeg Kernel
- Ekstrak Kacang Vanila
- Rizom halia
- Kulit Kayu Manis
- Herba Zdravetz
Bahan Kimia doTERRA Cheer
doTERRA Cheer diperbuat daripada sitrus dan minyak esensial rempah, yang menyumbang kepada ciri semulajadinya yang hangat, menarik. Rekaan kimia doTERRA Cheer termasuk aldehydes dan monoterpenes, yang dikenali dapat menggalakkan cetusan perasaan positif. Sepertimana minyak-minyak lain dalam Sistem Aromaterapi Emosi doTERRA, doTERRA Cheer secara spesifik dan kimia direka untuk membantu menghilangkan emosi negatif dan membawa cahaya dan sinar matahari di hari yang gelap atau suram.
Amaran
Kemungkinan sensitiviti kulit. Jauhkan daripada kanak-kanak. Jika anda mengandung, menyusukan anak, atau di bawah jagaan doktor, sila berunding dengan doktor anda. Jauhi sentuhan pada mata, dalam telinga dan kawasan sensitif.