Produk Tumpuan: dōTERRA Console®

Pilihan Minyak Esensial


Penerangan Produk doTERRA Console
doTERRA Console direka untuk menggalakkan perasaan selesa dan harapan, terutama pada waktu-waktu kehilangan seseorang atau sesuatu, kesedihan atau kepiluan. Haruman doTERRA Console yang menyenangkan dapat membantu untuk meningkatkan positiviti dan menghapuskan perasaan negatif dan perasaan putus harapan apabila digunakan secara topikal atau aromatik. Apabila kesedihan menyelubungi, doTERRA Console membantu untuk memupuk kekuatan emosi agar anda dapat meneruskan hari yang seterusnya.
 
Di manakah untuk Membeli doTERRA Console
Untuk mengetahui tentang cara untuk membuat pembelian doTERRA Console, layari laman produk doTERRA Console Comforting Blend.
 
Campuran yang terdapat di dalam sistem doTERRA Emotional Aromatherapy direka secara kimia untuk menyeimbangkan emosi dan perasaan melalui kegunaan minyak esensial CPTG Certified Pure Therapeutic Grade®. Sistem ini menggabungkan tradisi aromaterapi yang tak lapuk dek zaman dengan penyelidikan semasa untuk memberikan solusi bagi peningkatan positiviti, keselesaan dan kekuatan kepada pengguna. 
 
Kelebihan dan Kegunaan doTERRA Console
  1. Dengan haruman manis dan bungaannya, doTERRA Console telah direka untuk memberikan perasaan keselesaan dan harapan. Pada hari yang anda memerlukan dos keselesaan yang lebih, gunakan doTERRA Console apabila anda bersendirian untuk muhasabah dan memperbaiki diri. Letakkan satu ke dua titis minyak tersebut ke dalam alat penyebar udara dan nikmati saat-saat nyaman apabila anda menghirup haruman campuran doTERRA Console yang menyenangkan.
  2. Bukan sahaja campuran doTERRA Console menggalakkan perasaan selesa dan harapan, ia juga direka untuk mengatasi emosi seperti putus asa atau kesedihan. Apabila bertarung dengan perasaan seperti ini, kita sering mencari pelbagai sumber untuk menanganinya, namun di saat anda menghirup haruman lembut bungaan doTERRA Console, anda mampu untuk menjauhkan diri daripada perasaan sedih, marah atau bersalah. 
  3. Seperti yang dikatakan, perasaan sedih, kecewa, atau putus harapan tidak akan hilang dengan segera, ia juga boleh mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun untuk mengatasi emosi ini. Apabila anda melalui proses penyembuhan ini, doTERRA Console boleh membantu anda untuk bersabar dengan diri anda dan orang-orang di sekeliling anda. Sapukan campuran doTERRA Console pada dada anda setiap pagi dan malam untuk mengingatkan diri anda untuk bersabar dengan proses penyembuhan dan berfikir secara positif. Apabila menggunakan doTERRA Console secara topikal, sapukan satu atau dua titis pada kawasan yang diingini dan cairkannya dengan doTERRA Fractionated Coconut Oil untuk mengelakkan sensitiviti pada kulit.
  4. Apabila perasaan sedih melanda anda, anda boleh membawa haruman doTERRA Console yang menyenangkan bersama-sama dengan anda sepanjang hari. Letakkan beberapa titis campuran tersebut pada kolar baju anda untuk mengekalkan haruman tersebut dengan anda sepanjang masa.  
Bahan-bahan
  • Kulit Frankincense
  • Daun Patchouli
  • Bunga Ylang Ylang
  • Daun/Tangai Labdanum
  • Dahan Amyris
  • Kayu Sandalwood
  • Bunga Rose
  • Bunga Osmanthus
Kimia doTERRA Console
Untuk setiap campuran minyak esensial Sistem Aromaterapi Emosi doTERRA, komponen kimia akan menentukan kesan setiap minyak tersebut kepada pengguna. doTERRA Console dikomposkan oleh komponen pokok dan bunga yang kaya dengan alkohol dan monoterpenes. 
 
Langkah berjaga-jaga
Tidak digalakkan untuk kulit sensitif. Jauhi daripada capaian kanak-kanak. Sekiranya anda sedang hamil atau di bawah jagaan doktor, dapatkan nasihat pakar anda terlebih dahulu. Elakkan terkena mata, bahagian dalaman telinga dan kawasan-kawasan yang sensitif. 

There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda