Produk Tumpuan: dōTERRA Forgive®


Deskripsi Produk doTERRA Forgive 
 
Sebagai salah satu daripada campuran enam doTERRA Emotional Aromatherapy, campuran minyak esensial doTERRA Forgive menawarkan bantuan organik untuk mengatasi masa lalu yang negatif dan maju ke hadapan kepada masa depan yang cerah. Seringkali, proses untuk mengatasi pengalaman, hubungan, atau perasaan yang sukar dapat menjadi tugas yang mencabar, akan tetapi hidup dengan emosi yang menyakitkan, kemarahan, dan kesedihan juga dapat menjadi duri dalam hidup anda yang semakin lama menjadi semakin teruk. Minyak doTERRA Forgive diformulasikan dengan bahan-bahan semula jadi yang khusus, apabila digabungkan, bertindak sebagai bantuan kepada mereka yang ingin menghilangkan perasaan negatif atau terluka untuk mengalami rasa tenang dan gembira di samping kemaafan yang jujur. Apabila anda menggabungkan faedah aromatik doTERRA Forgive di dalam usaha anda untuk memaafkan, anda akan mendapat kekuatan yang lebih besar untuk maju ke hadapan dan meninggalkan masa lalu. 
 
Cara untuk Mendapatkan doTERRA Forgive 
 
Untuk membeli sebotol doTERRA Forgive, lawati laman produk doTERRA Forgive Renewing Blend. 
 
doTERRA Forgive adalah salah satu daripada campuran minyak esensial CPTG® doTERRA. Ini bermaksud bahawa minyak esensial yang digunakan dalam campuran ini telah melalui protokol CPTG® dan ianya tulen, berpotensi, dan berkualiti tinggi. Dalam proses protokol CPTG®, setiap kumpulan minyak esensial perlu menjalani satu siri ujian yang ketat yang menilai ketulenan dan potensi setiap minyak. Jika minyak tersebut lulus ujian ini, ia kemudiannya dijual sebagai satu minyak esensial atau digunakan dalam campuran minyak esensial dan produk minyak esensial tulen. Dengan setiap produk doTERRA yang anda beli, anda boleh merasa yakin dengan mengetahui bahawa minyak yang anda terima adalah berkualiti tinggi dan sangat berkesan. 
 
Kegunaan dan Kelebihan doTERRA Forgive 
 
  1. Campuran minyak esensial doTERRA Forgive memberi rasa kepuasan, kelegaan, dan kesabaran. Jika anda berusaha merasakan emosi ini dalam kehidupan seharian anda, sapukan minyak doTERRA Forgive ke titik nadi dan jantung anda sepanjang hari. 
     
  2. Luangkan masa untuk bermeditasi dengan doTERRA Forgive untuk membantu mengurangkan emosi negatif. Setiap kali anda memulakan meditasi, tambahkan satu hingga dua titis doTERRA Forgive ke dalam alat penyebar udara pilihan anda dan sebarkan. Disebabkan minyak doTERRA Forgive dapat menangkis emosi rasa bersalah dan kemarahan, menyebarkan doTERRA Forgive akan membantu anda dalam melepaskan emosi yang merosakkan ini. 
     
  3. Jika anda sedang mencari perasaan ingin memaafkan, maka campuran minyak doTERRA Forgive adalah minyak yang bagus untuk digunakan sepanjang hari. Memiliki minyak esensial ini berdekatan anda akan membantu mengatasi emosi negatif yang mungkin timbul dari situasi yang tidak diingini. 
 
Bahan Kimia doTERRA Forgive 
 
Campuran minyak esensial doTERRA Forgive menggunakan gabungan minyak esensial pokok dan herba. Campuran minyak ini menghasilkan profil kimia yang pelbagai yang mempunyai ester monoterpena dan alkohol yang berkepekatan tinggi. Bahan kimia ini membantu keseimbangan emosi dalam keadaan kecewa dan tertekan. Selain itu, minyak esensial seperti minyak Thyme dan minyak pokok lain menghasilkan ciri-ciri yang baharu kepada doTERRA Forgive. Disebabkan kombinasi saintifik minyak ini, ciri-ciri kimia doterra Forgive dapat membantu dalam menghilangkan emosi negatif di samping membebaskan rasa kemaafan. 
 
Bahan-bahan utama 
  • Daun Spruce 
  • Kulit Limau Purut 
  • Buah Juniper Beri 
  • Resin Myrrh 
  • Kayu Arborvitae 
  • Kayu Pokok Nootka 
  • Daun Thyme 
  • Herba Citronella 
 
Amaran 
Kemungkinan sensitiviti kulit. Jauhkan daripada kanak-kanak. Jika anda mengandung, menyusukan anak, atau di bawah jagaan doktor, berunding dengan doktor anda. Jauhi sentuhan pada mata, dalam telinga dan kawasan sensitif. Elakkan sinar matahari atau sinaran UV sehingga 12 jam selepas menggunakan produk. 

There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda