Produk Tumpuan: dōTERRA Passion®


Deskripsi produk doTERRA Passion 
 
Ucapkan selamat tinggal kepada kebosanan, rutin yang biasa, yang dapat dijangka dalam hidup dan ucapkan selamat datang kepada  kehidupan yang penuh semangat dan menyeronokkan dengan doTERRA Passion Inspiring Blend. Diperkaya dengan kombinasi minyak esensial rempah dan herba, doTERRA Passion akan membantu memberi ilham kreativiti dan mencetuskan semangat hidup ketika terasa serba kekurangan. Campuran ini akan mengisi deria anda dengan semangat baru dan perasaan ingin tahu yang akan membuat anda berani mencuba perkara baharu dan akan membantu anda memperoleh kebahagiaan yang lebih besar melalui persekitaran positif. Oleh itu, lupakan kebosanan dan perkara yang tidak anda minati dengan sedikit dorongan daripada doTERRA Passion blend dan lonjakkan tahap keseronokan, kreativiti dan inspirasi anda.   
 
Cara untuk Mendapatkan doTERRA Passion 
 
Dengan begitu banyak ciri yang menarik, doTERRA Passion sudah pasti adalah minyak yang wajib dimiliki untuk memberi inspirasi kepada emosi dan memulihkan kehidupan secara menyeluruh. Jika anda ingin membeli sebotol campuran minyak esensial doTERRA Passion, kunjungi halaman produk doTERRA Passion Inspiring Blend. doTERRA Passion merupakan sebahagian daripada doTERRA Emotional Aromatherapy™ System. 
 
Seperti semua campuran minyak esensial doTERRA yang lain, doTERRA Passion diformulasikan dengan  minyak esensial CPTG®, ini bererti bahawa minyak esensial ini telah melalui ujian yang ketat untuk menilai ketulenan dan potensinya dan ia telah pun memenuhi standard minyak esensial yang tinggi yang telah ditetapkan doTERRA bagi setiap minyak esensial. Sekiranya anda membeli produk minyak esensial dari doTERRA, anda pasti mendapatkan produk yang tulen dan berpotensi, bagi memastikan kualiti dan keberkesanannya supaya pengalaman anda bersama dengan minyak esensial ini adalah positif dan menaikkan semangat. 
 
Kegunaan dan Kelebihan doTERRA Passion 

  1. Jika anda merasakan rutin harian anda hambar dan membosankan, gunakan doTERRA Passion untuk membuat perubahan. Untuk merasa terinspirasi dan bersemangat sepanjang hari, sapukan campuran Passion doTERRA pada nadi anda sepanjang hari. Dengan rumusan khusus dan saintifik minyak esensial rempah dan herba, doTERRA Passion akan membantu mencetuskan perasaan gembira, bersemangat, dan seronok. 
     
  2. doTERRA Passion boleh mengatasi perasaan negatif kerana rasa bosan dan tiada minat, menjadikan minyak ini sangat diperlukan oleh semua. Setiap orang pasti kadangkala mengalami ketidakaktifan dalam hidup, tetapi itu bukan bererti mereka harus membiarkannya. Bebaskan diri anda dari tabiat lama dan kebosanan dengan menggunakan minyak doTERRA Passion pada kulit atau dengan memasukkannya ke dalam alat penyebar. Anda akan berasa kagum dengan sedikit pemakaian Passion dapat memberi kesan bersemangat kepada anda untuk masa yang lama. 
     
  3. Bangunlah dengan matlamat, dengan semangat, dan dengan doTERRA Passion. Pada waktu pagi, tambahkan satu hingga dua titis doTERRA Passion blend ke dalam alat penyebar pilihan anda dan sebarkan. Semburan awal pagi ini akan membuatkan anda berasa bertenaga dan bersemangat untuk hari yang penuh dengan kemungkinan baru dan menerujakan. 
     
  4. Jika anda merasakan diri anda kurang imaginasi dan inspirasi di tempat kerja, tidak mampu menghasilkan idea dan bahan baru atau merasa sukar untuk menikmati suasana bekerja, sudah tiba masanya untuk anda menyuntik sedikit semangat di tempat kerja anda. Untuk membantu mencetuskan kreativiti, ketajaman minda, dan rasa ingin tahu di tempat kerja anda, bawa alat penyebar ke tempat kerja anda dan sebarkan campuran minyak esensial doTERRA Passion. 
 
Bahan Kimia doTERRA Passion 
 
doTERRA Passion blend menggabungkan minyak esensial rempah dan herba seperti  Cinnamon Bark, Ginger, Cardamom, dan Clove. Campuran minyak ini menghasilkan profil kimia dengan kepekatan fenol dan ether yang tinggi, yang menyumbang kepada manfaat pemanasan dan kesan memperbaharui doTERRA Passion blend. 
 
 
Bahan-bahan utama 
  • Fractionated Coconut Oil 
  • Biji Cardamom 
  • Cinnamon Bark 
  • Rizom halia 
  • Tunas Cengkih  
  • Kayu Sandalwood  
  • Absolut Bunga Jasmin  
  • Absolut Kacang Vanila  
  • Daun Damiana 
 
Amaran 
Kemungkinan sensitiviti kulit. Jauhkan daripada kanak-kanak. Jika anda mengandung, menyusukan anak, atau di bawah jagaan doktor, sila berunding dengan doktor anda. Jauhi sentuhan pada mata, dalam telinga dan kawasan sensitif.  

There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda