Produk Tumpuan Healthy Hold Glaze


Deskripsi Produk doTERRA Salon Essentials Healthy Hold Glaze  
 
Meskipun produk penggayaan rambut direka untuk menyerlahkan penampilan rambut, ia sering boleh menjadi kasar pada kulit kepala, meninggalkan sisa berat, atau mendedahkan rambut kepada bahan kimia berbahaya. doTERRA Salon Essentials Healthy Hold Glaze menggunakan minyak esensial Certified Pure Therapeutic Grade CPTG® untuk melindungi, memperkaya, melembap, dan melembutkan rambut, tidak kira seberapa panjang, warna atau gaya rambut anda. Selain mengandungi bahan yang selamat dan semulajadi, Salon Essentials Healthy Hold Glaze doTERRA memberikan rambut pegangan yang ringan dan fleksibel, dan tidak meninggalkan anda dengan sisa pekat dan berminyak. Untuk gaya rambut yang cantik, ambil manfaat dari aroma menarik dan aplikasi lembut Salon Essentials Healthy Hold Glaze doTERRA. 
 
Cara untuk Mendapatkan Healthy Hold Glaze 
 
Healthy Hold Glaze adalah sebahagian daripada barisan produk doTERRA Salon Essentials. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pembelian produk ini, lawati halaman maklumat produk doTERRA Salon Essentials Healthy Hold Glaze. Jika anda sedang mencari produk rambut yang disebatikan dengan minyak esensial yang boleh membantu menggalakkan penampilan rambut sihat dan lembut, cuba lihat produk doTERRA Salon Essentials yang lain seperti Smoothing Conditioner, Protecting Shampoo, atau Root to Tip Serum
 
Kegunaan dan Kelebihan Healthy Hold Glaze 
 
  1. Jika anda ingin menawan rambut yang liar, tetapi tidak menyukai tekstur produk rambut pekat yang merosakkan rambut cantik anda, Healthy Glaze memberikan pegangan yang ringan lagi fleksibel yang akan menjadikan rambut anda tetap berada di tempatnya sebagaimana yang anda inginkan. Membuat gaya yang sempurna dan lembut, Healthy Hold Glaze akan memberikan anda pegangan ringan sepanjang hari. 
     
  2. Jika anda bimbang alat penggayaan rambut merosakkan rambut anda atau terdedah kepada cahaya matahari, Healthy Hold Glaze memberikan formula yang sempurna untuk memastikan rambut anda kelihatan sihat. Tidak perlu berasa tertekan dengan kesan cahaya matahari atau pengering rambut bakal berikan kepada rambut anda, Healthy Hold Glaze menyediakan perapian haba aktif dan perlindungan terma untuk memastikan rambut anda selamat. 
     
  3. Dengan nanopartikel yang kaya dengan protein yang direka untuk memulihkan kelembapan dan kelembutan pada rambut, Healthy Hold Glaze boleh menyediakan pelembutan, perapian, dan penyinaran serta-merta kepada rambut yang tidak bermaya atau kusam. Kelembapan dan kelembutan tambahan akan memberikan rambut anda kilauan yang indah, manakala minyak esensial CPTG® dapat menyuburkan dan melembutkan rambut dari atas ke bawah. 
 
Bahan-bahan utama 
 
Lavender: Bahan tambahan yang sempurna kepada formula Healthy Hold Glaze, minyak Lavender  boleh membantu kulit kepala supaya kelihatan dan terasa bersih dan sihat. 
  
Pudina: Dengan sifat yang menyegarkan dan merangsangkan, minyak Peppermint boleh digunakan untuk membuat urutan kulit kepala yang menguatkan. 
  
Cedarwood: Sifat semula jadi minyak Cedarwood yang melegakan menjadikannya berguna untuk rawatan kulit dan rambut. 
  
Rosemary: Dikenali kerana menggalakkan penampilan kepala rambut yang penuh lagi sihat, minyak Rosemary adalah bahan tambahan yang sangat membantu bagi formula Healthy Hold Glaze. 
 
Melaleuca: Sering digunakan dalam produk kosmetik disebabkan sifat pembersihan semula jadinya, minyak Tea Tree dapat menghasilkan kulit kepala yang sihat dan kelihatan bersih. 
  
Eucalyptus: Dikenali dengan ciri-cirinya yang menenangkan, minyak Eucalyptus boleh digunakan untuk melembutkan kulit dan rambut. 
  
Cara Penggunaan Healthy Hold Glaze 
 
Sapukan doTERRA Salon Essentials Healthy Hold Glaze untuk membersih, melembap rambut dengan memicitnya sedikit ke tangan anda dan sapukan produk ke seluruh rambut, rautkannya dengan sekata. Gayakan rambut seperti yang diingini. Produk ini juga boleh digunakan pada rambut kering sebelum menggunakan alat penggaya rambut yang dipanaskan. 
 
Amaran 
Untuk kegunaan luar sahaja. 

There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda