Produk Tumpuan: Salon Essentials Root to Tip Serum


Penerangan Produk Root to Tip Serum
Minyak esensial Natural CPTG Certified Pure Therapeutic Grade®  boleh membantu mengekalkan kelembutan rambut dan memberikan kulit kepala yang sihat. Lengkap dengan minyak esensial yang menyuburkan seperti Cedarwood, Lavender, Peppermint, Marjoram dan banyak lagi, formula doTERRA Salon Essential Root to Tip Serum dicipta khas untuk memberikan penghidratan dan perlindungan kepada rambut tanpa memberatkan rambut seperti produk-produk lain. Penggunaan minyak esensial membenarkan Root to Tip Serum untuk menyuburkan dan menguatkan kulit kepala di samping memberikan kelembapan yang bersesuaian untuk setiap helai rambut anda. Formula ini menyediakan penjagaan rambut sama seperti di Salun tanpa meninggalkan sebarang lebihan minyak, menjadikan rambut lebih ringan dan sihat.
 
Di manakah untuk Membeli Root to Tip Serum
Sekiranya anda sudah bersedia untuk menyuburkan akar rambut anda dengan kelembutan formula ini, layari laman produk doTERRA Salon Essentials Root to Tip Serum untuk mengetahui tentang cara pembelian. 
 
Kegunaan dan Kelebihan Root to Tip Serum
  1. Salah satu cara untuk mendapatkan rambut yang sihat ialah dengan mengekalkan tahap kelembapannya. Formula Root to Tip Serum mengandungi perlindungan lipid yang akan membantu untuk menyuburkan dan melindungi rambut dan kulit kepala di samping memberikan kelembapan. Apabila rambut anda terasa kering dan tidak bermaya, Root to Tip Serum boleh membantu melembapkan dan menyuburkan, mengembalikan rambut anda kepada zaman kegemilangannya.
     
  2. Pada hari-hari yang anda perlukan rambut anda sentiasa dalam keadaan terkawal, Root to Tip Serum boleh memberikan keelokan, kelembutan dan sinaran pada rambut anda. Dengan kelembutan dan kelembapan CPTG® essential oils, Root to Tip Serum boleh memberikan rambut anda kebaikan yang diperlukan.  
     
  3. Minyak esensial yang menyuburkan dan bahan-bahan penjagaan yang lain menjadikan formula Root to Tip Serum sempurna untuk mendapatkan rambut yang sihat, di samping mengurangkan jumlah hujung rambut yang bercabang. Sekiranya anda sudah penat mempunyai hujung rambut yang menjengkelkan dan mahukan rambut yang sihat, Root to Tip Serum ialah solusi yang terbaik.
     
  4. Apabila anda mahukan rambut anda kelihatan lembut dan bersinar, Root to Tip Serum memberikan pengurusan yang mendalam di samping merawat permukaan luar rambut. Untuk mendapatkan rambut yang lembut dan bersinar bak sutera, gunakan Root to Tip Serum sebagai rutin penjagaan rambut anda pada setiap hari.
     
Bahan-bahan Utama
Lavender: Tambahan yang sempurna untuk mana-mana syampu, perapi rambut atau rawatan rambut, Minyak Lavender dikenali dapat mengekalkan rambut agar sentiasa sihat dan bersih.
 
Peppermint: Sifat simulasi semula jadi milik minyak Peppermint menjadikan ianya minyak yang sempurna untuk  urutan kulit kepala.
 
Cedarwood: Minyak esensial Cedarwood mempunyai ciri-ciri kelegaan yang dapat melegakan kulit dan rambut.
 
Rosemary: Minyak esensial yang popular untuk rambut, Minyak Rosemary boleh digunakan untuk rangsangan urutan kulit kepala atau membantu menjadikan kulit kelihatan sihat.
 
Eucalyptus: Minyak Esensial yang mempunyai ciri-ciri kelegaan yang lain iaitu minyak Eucalyptus kebiasaannya digunakan untuk melegakan kulit, rambut atau bahagian-bahagian ltubuh badan yang lain.
 
Marjoram: Mempunyai kelebihan yang banyak, Minyak Marjoram boleh bercampur dengan Minyak esensial Lavender dan Rosemary dengan baik sekali.
 
Cara Menggunakan Root To Tip Serum
Sapukan beberapa titis doTERRA Salon Essentials Root to Tip Serum pada rambut yang bersih dan lembap sehingga ke kulit kepala, urut dengan perlahan menggunakan hujung jari. Sekiranya anda mahukan rambut yang sihat dan licin, sapukan serum pada hujung rambut anda. Selepas menggunakan Root to Tip Serum, keringkan dan gayakan rambut anda seperti biasa.
 
Langkah berjaga-jaga
Untuk kegunaan luar sahaja.

There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda