Produk Tumpuan: SPA Moisturizing Bath Bar


Penerangan Produk doTERRA Spa Moisturizing Bath Bar
Dengan bahan semula jadi yang lembut, doTERRA SPA Moisturizing Bath Bar bukan sahaja membersihkan kulit, malah memberikan kelebihan kelegaan yang meninggalkan kulit kelihatan dan rasa lembut. Di antara bahan-bahannya yang unik, penggunaan minyak esensial di dalam doTERRA SPA Moisturing Bath Bar menjadikan ia produk yang anda boleh percaya dan selesa untuk digunakan seharian. Harumannya yang membangkitkan dan menaikkan semangat dapat mencipta pengalaman aromatik spa yang menyegarkan dengan setiap kali penggunaan.
 
Di manakah untuk membeli doTERRA SPA Moisturizing Bath Bar 
Sekiranya anda berminat untuk membeli produk ini, anda boleh ketahui dengan lebih lanjut dengan melayari laman produk doTERRA SPA Moisturizing Bath Bar.
 
Setiap doTERRA SPA Moisturizing Bath Bar dimasukkan dengan bahan-bahan semula jadi yang selamat dan minyak esensial untuk membersihkan, melicinkan dan melembutkan kulit. Sabun-sabun lain berkemungkinan mengandungi bahan-bahan kimia yang berbahaya atau surfaktan kasar, namun Moisturizing Bath Bar menggunakan bahan-bahan semula jadi di bumi dengan sehabis baik untuk memberikan kulit anda penjagaan yang sepatutnya.
 
Kegunaan dan Kelebihan doTERRA SPA Moisturizig Bath Bar
  1. Salah satu kelebihan Moisturizing Bath Bar ialah ianya menggunakan minyak esensial dengan ciri-ciri pembersihan semula jadi untuk membersihkan badan. Minyak Citrus seperti minyak Grapefruit dan Bergamot dikenali sebagai pembersih udara dan menyediakan cara yang selamat untuk membersihkan kulit.
     
  2. Bukan sahaja minyak esensial CPTG Certified Pure Therapeutic Grade® di dalam Moisturizing Bath Bar membantu membersihkan kulit, malah ia juga mencipta pengalaman aromatik yang menyenangkan, bagai berada di dalam spa kepada si pengguna. Apabila digabung, Minyak Bergamot dan Grapefruit menyumbang kepada pengalaman aromatik yang membangkitkan dan merangsangkan, yang hanya datang dengan setiap kegunaan Moisturizing Bath Bar.
     
  3. Selain penggunaan minyak esensial, bahan-bahan lain yang terdapat di dalam Moisturizing Bath Bar menjadikannya lembap dan kelegaan pada kulit. Jus daun Aloe menyediakan elemen kelegaan untuk kulit, manakala bahan-bahan seperti biji Jojoba dan gliserin yang berasaskan sayuran memberikan kulit penghidratan dan mengekalkan kelembapan yang sedia ada.
Bahan-bahan 
Grapefruit: Sebagai minyak sitrus, ia boleh membersihkan kulit, di samping memberikan aroma yang menaikkan apabila digunakan secara topikal.
 
Biji Jojoba: Kebiasaannya digunakan di dalam industri kosmetik, biji jojoba menyerap ke dalam kulit dengan pantas dan memberikan kelembapan yang mendalam.
 
Bergamot: Dengan aroma yang menaikkan, minyak Bergamot berfungsi sebagai pembersih untuk kulit.
 
Jus daun Aloe: Jus daripada daun aloe mempunyai kebaikan dari segi pembersihan, kelegaan, kelembapan dan kelembutan kepada kulit. 
 
Gliserin berasaskan minyak: Bahan ini memberikan penghidratan kepada kulit, di samping mengekalkan kelembapan pada kulit dengan setiap penggunaan sabun.
 
Cara Menggunakan doTERRA SPA Moisturizing Bath Bar
Tambahkan air pada sabun mandian tersebut untuk menghasilkan buih yang banyak. Gunakan semasa di dalam mandian atau di sinki. Untuk tahan lebih lama, pastikan sabun tersebut sentiasa kering selepas setiap penggunaan. Simpan di dalam suhu bilik. Elakkan haba melampau.
 
Langkah berjaga-jaga
Untuk kegunaan luar sahaja. Elakkan terkena mata.

There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda