Produk Tumpuan: Minyak Douglas Fir


Deskripsi Produk Minyak Douglas Fir 
 
Bersumberkan pokok cemara malar hijau di New Zealand, minyak Douglas Fir mempunyai komposisi kimia yang unik yang memberikannya haruman membersihkan, mencetus semangat, dan menyegarkan. Cemara Douglas sering digunakan dalam industri pokok Krismas kerana aromanya yang segar dan bau kayu yang mengingatkan kita pada suasana di luar rumah. Selain bau yang menarik, menyegarkan, minyak Douglas Fir dapat membantu membersihkan kulit apabila dipakai secara topikal. 
  
Cara untuk Mendapatkan Minyak Douglas Fir  
 
Untuk membeli sebotol doTERRA Douglas Fir anda sendiri, lawati halaman minyak Douglas Fir untuk mengetahui bagaimana untuk membuat pesanan. Sebagai spesies yang invasif di New Zealand yang mana mengancam alam sekitar, pokok Douglas Fir menyediakan peluang kepada  doTERRA untuk mendapatkan sumber minyak Douglas Fir secara  berterusan dan bertanggungjawab dari pokok-pokok malar hijau muda. Dengan menggunakan pokok-pokok ini untuk pengeluaran minyak esensial, doTERRA membantu mengurangkan impak buruk kepada alam sekitar disebabkan spesies invasif yang mengambil alih tanah di New Zealand. Apabila anda membeli minyak esensial dari doTERRA, anda akan tahu bahawa minyak anda telah didapatkan dari sumber yang bertanggungjawab, diuji dengan teliti, dan dibuat dengan berhati-hati. 
 
Kegunaan dan Kelebihan Minyak Douglas Fir 
 
  1. Disebabkan pokok cemara Douglas sering digunakan dalam industri pokok Krismas, aroma minyak esensial Douglas Fir banyak digunakan ketika musim cuti. Anda boleh mereka holiday room spray anda sendiri, dan mengundang bau musim ini ke rumah anda. Hanya dengan mencampurkan 15 titisan Frankincense, 15 titisan Grapefruit, dan 30 titisan Douglas Fir ke dalam botol semburan kaca. Isi air di atasnya dan semburkan! 
     
  2. Ramai yang menggunakan minyak Douglas Fir untuk kulit, kerana ia mempunyai sifat membersihkan dan menyucikan apabila digunakan secara topikal. Oleh kerana unsur kimianya, minyak esensial Douglas Fir sangat berguna untuk pembersihan— sama ada anda mengelap kaunter atau membersihkan kulit anda ketika mencuci wajah pada waktu pagi. Untuk menikmati kelebihan minyak Douglas Fir pada kulit anda, tambahkan beberapa titisan minyak ini dalam pelembap wajah anda untuk membantu mencuci dan membersihkan kulit. 
     
  3. Dengan kombinasi sitrus dan kayu, aroma minyak Douglas Fir dapat membantu mewujudkan persekitaran yang positif dan menaikkan semangat. Apabila anda ingin mewujudkan emosi positif di rumah, di pejabat, atau di dalam bilik tidur anak-anak, semburkan beberapa titis minyak esensial Douglas Fir. Disebabkan ciri kimianya yang unik, minyak Douglas Fir sangat serasi digabungkan dengan minyak-minyak esensial sitrus, kayu, dan rempah. Seiring dengan mewujudkan suasana positif, minyak Douglas Fir juga akan menyegarkan dan membersihkan udara— satu bonus tambahan! 
     
  4. Bawa aroma yang menyegarkan ke dalam rutin pembersihan harian anda dengan menambah beberapa titisan minyak esensial Douglas Fir ke dalam pencuci dan sabun kegemaran anda. Tambah satu titisan minyak Douglas Fir ke dalam pembersih wajah anda, dan nikmati sifat-sifat pembersihan dan penyucian yang ditawarkan minyak ini. Sebelum mandi, tambahkan satu atau dua titis minyak Douglas Fir pada sabun buku atau sabun badan untuk merasai manfaat pembersihan tambahan dengan aroma yang menyegarkan. 
     
  5. Untuk pengalaman urutan santai dan menenangkan, cuba untuk gabungkan minyak esensial Douglas Fir dengan satu atau dua titik minyak Wintergreen. Perlu diingat, doTERRA Fractionated Coconut Oil merupakan minyak gunaan yang bagus untuk urutan kerana ia selamat dan berkualiti tinggi. Mencampurkan minyak-minyak dengan Fractioned Coconut Oil dapat membantu anda menghindari kulit sensitif, terutamanya ketika menggunakan minyak yang sangat berpotensi. 
     
  6. Inginkan campuran penyembur menyegarkan yang akan menaikkan emosi dan membantu anda untuk fokus? Campurkan minyak Douglas Fir, Wild Orange, dan Lemon atau Bergamot  ke dalam alat penyembur anda untuk campuran yang akan menyegarkan udara, menaikkan emosi, dan merangsang fokus. Perlu bantuan tambahan untuk fokus? Tarik nafas secara langsung dari botol minyak Douglas Fir. 
 
 
Fakta menarik: Pokok Cemara Douglas mendapat namanya dari David Douglas, seorang ahli botani Scotland yang terkenal. Walau bagaimanapun, nama saintifik pokok ini, Pseudotsuga menxiesii, dinamakan sempena nama Archibald Menzies, salah seorang ahli botani saingan Douglas. 
  
Deskripsi Tumbuhan 
 
Berasal dari Amerika Utara, Cemara Douglas konifer adalah spesies yang besar dan kuat serta berpotensi untuk membesar beratus-ratus kaki tinggi. Walaupun Cemara Douglas adalah spesies yang biasa terdapat di Amerika Utara, ia telah menjadi spesies invasif di New Zealand kerana ia menghalang tumbuh-tumbuhan lain untuk tumbuh di tanah sekitarnya. Merupakan pokok konifer yang kedua tertinggi, Cemara Douglas bercirikan jarum cemaranya, yang dikenali kerana aromanya yang berbeza. 
 
Bahan Kimia Minyak Douglas Fir 
Komponen Kimia utama: B-pinene, a-pinene, 3-carvene, sabinene 
 
Pembentukan kimia minyak esensial Douglas Fir adalah unik, kerana ia menggabungkan beta-Pinene, unsur yang terdapat dalam minyak esensial Lemon dan Lime, dengan monoterpenes yang biasa terdapat pada minyak esensial kayu. Kombinasi ini menghasilkan aroma berbeza yang menyerupai minyak esensial kayu seperti Frankincense, Juniper Berry, dan Cypress, sementara masih mengekalkan rasa sitrus. Dengan menggabungkan komponen kimia ini, hasil darinya adalah aroma kayu, berbau lemon yang mempunyai sifat memperbaharui dan menaikkan semangat bagi penggunanya. 
  
Perolehan Sumber 
 
Walaupun Cemara Douglas berasal dari Amerika Utara, ia telah menjadi spesies invasif dan agresif di New Zealand, di mana ia mengancam landskap sekitarnya. Disebabkan iklim dan faktor persekitaran yang lain, pokok Cemara Douglas tumbuh 25 kali lebih cepat di New Zealand berbanding di Amerika Utara, menjadikannya sukar untuk dibendung. Selain cepat membiak dan tidak terkawal, pokok ini menyebabkan masalah yang lebih serius kepada landskap di New Zealand. Akar Cemara Douglas menyebabkan tanah di sekeliling pokok-pokok menjadi tandus— menjadikan mustahil untuk tumbuhan asal New Zealand tumbuh. Pada asalnya dibawa ke New Zealand untuk industri kayu, cemara Douglas kini merupakan ancaman alam sekitar terhadap landskap. 
 
Dengan menggunakan pokok cemara Douglas untuk membuat minyak esensial, ini menyediakan alternatif yang lebih mesra alam dari hanya menebang pokok tersebut. Melalui perkongsian perolehan sumber yang bertanggungjawab, doTERRA dapat mengelakkan pokok-pokok ini daripada dibazirkan— sebaliknya memanfaaatkan spesies invasif. Bekerja rapat dengan kerajaan New Zealand, doTERRA telah menyediakan penyelesaian yang mesra alam kepada satu masalah yang sangat serius dengan menebang pokok Cemara Douglas untuk penggunaan minyak esensial. 

Minyak apa yang sesuai digabung dengan minyak esensial Douglas Fir?

Minyak Douglas Fir sesuai digabung dengan minyak sitrus seperti minyak Lemon dan minyak Wild Orange.

Video disabled by your privacy settings

 
Kombinasi Minyak yang Baik dengan Minyak Douglas Fir 
 
Oleh kerana kandungan kimianya, aroma Douglas Fir yang segar dan berkayu sangat serasi digabungkan dengan minyak esensial sitrus, kayu, dan rempah. Cuba untuk mencampurkan minyak Douglas Fir dengan minyak esensial sitrus seperti Citrus Bliss®, ataupun minyak Lemon untuk menghasilkan aroma segar yang boleh digunakan dalam campuran pembersih buatan sendiri. Untuk campuran penyembur hangat, campurkan minyak Douglas Fir dengan minyak esensial pedas seperti Cinnamon
 
Amaran 
Kemungkinan sensitiviti kulit. Jauhkan daripada kanak-kanak. Jika anda mengandung, menyusukan anak, atau di bawah jagaan doktor, berunding dengan doktor anda. Jauhi sentuhan pada mata, dalam telinga dan kawasan sensitif. 

There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda