Produk Tumpuan: Elevation

Essential Oil Spotlight


Deskripsi Produk Elevation
Diperkaya dengan kombinasi minyak esensial yang menenangkan, menyantaikan, dan memulihkan tenaga, Elevation Joyful Blend bersesuaian dengan namanya. Minyak ini akan membantu merangsang minda dan emosi untuk mewujudkan suasana yang menggembirakan dan menenangkan. Manfaat berkuasa minyak esensial Elevation boleh didapati secara aromatik dan topikal. Apabila disembur, campuran tumbuhan dan buah-buahan sitrus yang manis ini dapat membantu mengurangkan rasa tekanan di samping membebaskan aroma yang menyegarkan dan memberikan tenaga. Elevation juga boleh digunakan secara topikal untuk meningkatkan kecergasan, keyakinan, dan emosi yang positif. 

Cara untuk mendapatkan Elevation 
Untuk membeli sebotol Elevation yang tulen, lawati halaman produk Elevation Joyful Blend.

Ketulenan adalah faktor utama kepada keberkesanan minyak esensial. Minyak esensial yang tulen adalah lebih berkesan dan boleh membantu memenuhi keperluan peribadi. Malangnya, kebanyakan minyak esensial yang terdapat di pasaran hari ini mengandungi bahan tiruan dan bahan tambahan yang mengurangkan keberkesanan dan kuasa minyak esensial. 

Sejak doTERRA ditubuhkan, syarikat ini telah menetapkan matlamat mereka untuk menghasilkan minyak esensial yang berstandard tinggi- terutamanya yang tulen. Untuk memastikan ketulenan dan keberkesanan minyak esensial, doTERRA mewajibkan setiap kumpulan minyak esensial untuk melalui protokol CPTG Certified Pure Therapeutic Grade® . Protokol yang ketat ini menguji setiap kumpulan minyak esensial, memeriksa ketulenan selain menguji kualiti yang lain. Sekiranya ia didapati tulen, maka ia telah sedia untuk dipasarkan agar setiap individu dan keluarga di seluruh dunia dapat menikmati kelebihannya yang dapat memperbaiki kehidupan. 

Campuran minyak Elevation terdiri daripada beberapa minyak esensial CPTG. Disebabkan setiap minyak yang digunakan dalam campuran ini telah ditanam dan dituai dengan teliti dari tumbuhan asalnya dan kemudian diuji kualitinya melalui proses CPTG, Elevation mengandungi minyak-minyak yang penuh impak, berkualiti tinggi dan berkesan yang akan membantu membangkitkan dan memperbaharui semangat.
 

Kegunaan dan Kelebihan Minyak Esensial Campuran Elevation 

  1. Apabila anda mula merasakan emosi negatif, gunakan Elevation secara topikal atau aromatik. Kombinasi ini akan membantu meningkatkan emosi dan memberikan kecergasan.  
     
  2. Ia mengandungi minyak esensial dari bunga dan buah-buahan sitrus. Aroma campuran minyak esensial Elevation juga dapat memberikan tenaga. 
     
  3. Apabila anda menggunakan campuran minyak esensial Elevation secara sebaran atau disapu pada kulit, ia membantu memberikan suasana yang memulihkan kekuatan yang dapat membangkitkan semangat dan membantu anda menikmati hidup yang gembira. 
     
  4. Sebelum menghadiri temuduga, semburkan campuran minyak esensial Elevation untuk meningkatkan tahap keyakinan dan nilai diri. Anda akan hadir pada hari temuduga itu dengan berkeyakinan dan cergas. 
     
  5. Mulakan hari anda dengan keyakinan dan bersedia dengan menggunakan campuran minyak esensial Elevation secara topikal. Untuk hasil yang segera, sapu campuran minyak esensial Elevation di sekitar kawasan jantung, pelipis kepala, atau pergelangan tangan untuk meningkatkan emosi dan membangkit semangat. Cara mudah dan pantas ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang hari untuk membuat anda berasa lebih baik. 
     
  6. Mengejutkan kanak-kanak dan remaja dari tidur malam kadang-kadang menjadi tugas yang sukar. Kebiasaannya, rasa mamai selepas bangun dari tidur yang nyenyak akan memberi emosi negatif pada waktu pagi. Untuk membantu anak-anak anda bangun dalam keadaan yang lebih ceria, semburkan Elevation pada waktu pagi sebelum mengejutkan anak-anak anda untuk mewujudkan emosi yang positif dan bertenaga. 
     
  7. Apabila tekanan dan tugasan harian menyelubungi anda, berhenti dan berehat untuk seketika, atau lebih baik lagi, mandi air suam dengan campuran minyak esensial Elevation. Untuk pengalaman yang lebih santai, isikan air mandian dengan suhu yang dikehendaki dan tambahkan beberapa titis campuran minyak esensial Elevation untuk pengalaman yang merehatkan dan menaikkan semangat. Elevation dapat membantu mengurangkan tekanan dan mewujudkan suasana yang membangkitkan semangat. 
     
  8. Elevation adalah campuran minyak esensial pilihan untuk sebaran. Sekiranya anda memerlukan perangsang keyakinan atau ingin melegakan tekanan, sekarang adalah waktu yang tepat untuk mengeluarkan alat penyebar anda dan sebarkan Elevation. Untuk meningkatkan keyakinan diri di samping mengurangkan tekanan, tambahkan tiga hingga empat titis Elevation ke dalam alat penyebar pilihan anda dan sebarkan. 
     
  9. Adakah anda cenderung berasa tertekan semasa berhadapan dengan orang ramai atau penonton? Kurangkan tekanan yang anda rasakan ketika pengucapan awam dengan menggunakan Elevation sebelum detik besar anda. Hanya semburkan Elevation atau sapu ia secara topikal untuk hasil yang segera. Elevation akan membantu mengurangkan tekanan supaya anda boleh bercakap di depan umum tanpa hadirnya perasaan yang tidak perlu. 
     
  10. Emosi positif kadangkala sukar didapati; itulah sebabnya campuran minyak esensial Elevation sangat penting untuk dimiliki. Apabila anda memerlukan lebih keyakinan kerana mengalami perubahan suasana yang sukar, mengajar mata pelajaran yang mencabar di dalam kelas, atau inginkan suasana yang lebih positif di rumah, sebarkan Elevation untuk merangsang emosi positif dan meningkatkan keyakinan dan nilai diri. 
     

Bahan-bahan

  • Bunga Lavandin 
  • Bunga Lavender  
  • Hawaiian Sandalwood 
  • Kulit Tangerine 
  • Bunga Melissa  
  • Bunga Ylang Ylang  
  • Bunga Osmanthus  
  • Daun Lemon Myrtle  
     

Amaran
Kemungkinan sensitiviti kulit. Jauhkan daripada kanak-kanak. Jika anda mengandung, menyusukan anak, atau di bawah jagaan doktor, berunding dengan doktor anda. Jauhi sentuhan pada mata, dalam telinga dan kawasan sensitif. Elakkan sinar matahari atau sinaran UV sehingga 12 jam selepas memakai produk. 


There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda