Deskripsi Produk Minyak Eucalyptus
Berasal dari daun pohon malar hijau yang tinggi, minyak
Eucalyptus menawarkan banyak manfaat topikal dan aromatik. Oleh kerana komponen kimia utama minyak Eucalyptus adalah eucalyptol dan alpha-terpineol, minyak esensial ini mengandungi wap yang melegakan, dan menyejukkan. Efek ini menjadikan minyak Eucalyptus sesuai untuk urutan melegakan. Manfaat minyak Eucalyptus dapat diperoleh dengan menghidu atau dengan cara sebaran. Secara aromatiknya, sebatian minyak Eucalyptus dapat merangsang ketenangan fikiran dan rasa santai. Minyak Eucalyptus juga mengandungi ciri pembersihan yang berkuasa yang berfaedah untuk kulit dan boleh digunakan untuk membersihkan mana-mana permukaan dan udara. Oleh kerana ciri pembersihannya, minyak Eucalyptus juga didapati di dalam produk kumur mulut untuk menyegarkan nafas dan menjaga kesihatan mulut.
Cara untuk Mendapatkan Minyak Eucalyptus
Untuk pembelian minyak esensial yang tulen dan berkesan, lawati halaman produk minyak Eucalyptus atau membuat pesanan dari doTERRA Wellness Advocate tempatan.
Bagi menjamin keberkesanan minyak Eucalyptus, ianya mestilah tulen dan berkesan. Malangnya, minyak esensial yang sedia ada di pasaran seringkali mengandungi bahan tiruan dan bahan tambahan. Bahan-bahan yang tidak diingini ini akan mengurangkan kemujaraban minyak esensial dan dapat mengurangkan keupayaannya untuk memenuhi keperluan individu. Untuk memastikan bahawa semua produk minyak esensial doTERRA adalah berkesan, berpotensi, dan tulen, doTERRA memastikan setiap kumpulan minyak esensial melalui protokol
CPTG®. Protokol ini mengandungi satu siri ujian ketat yang menguji dan menilai setiap kumpulan minyak esensial. Sekiranya minyak esensial tersebut adalah berpotensi dan tulen, maka diluluskan untuk dibungkus dan dijual. Langkah berjaga-jaga ini merupakan faktor penting untuk menghasilkan minyak yang berkesan yang dapat memenuhi keperluan mereka yang membelinya.
Kegunaan dan Kelebihan Minyak Eucalyptus
- Pastikan permukaan anda bersih dan bebas dari cap jari dengan manfaat pembersihan minyak semburan Eucalyptus. Untuk mereka pembersih mudah ini, campurkan 10 titis minyak Eucalyptus, minyak Peppermint, dan minyak Wild Orange dengan 1/4 cawan cuka putih dan 1 3/4 cawan air dalam botol semburan kaca berukuran 16. oz. Kemudian, hanya goncangkan botol dan semburkan pada permukaan yang diperlukan. Semburan ini sesuai untuk pembersihan sekitar rumah yang pantas dan berbau menakjubkan!
- Cipta pengalaman mandi yang lebih santai. Letakkan dua titis minyak Eucalyptus secara terus pada lantai bilik air semasa anda mandi. Wap dari air mandian akan menghasilkan semburan semula jadi minyak Eucalyptus, memberikan anda rasa tenang dan segar.
- Selepas hari yang panjang, hilangkan ketegangan anda dengan bantuan minyak Eucalyptus. Letakkan sedikit minyak Eucalyptus dalam alat penyebar sebelum tidur. Aroma minyak Eucalyptus akan memberikan rasa santai, memberikan persiapan tidur malam yang lebih baik.
- Jangan hanya menggunakan losen secara biasa. Ubah pelembap anda menjadi produk yang bermanfaat untuk kulit dan deria anda. Tambahkan satu titis minyak esensial Eucalyptus ke dalam pelembap pilihan anda. Gosokkan campuran ini bersama-sama dan kemudian sapukan pada kulit anda untuk kesan yang menghidupkan semula.
- Jika anda berasa tertekan tetapi mempunyai sedikit masa untuk berehat, jangan susahkan perasaan anda, biarkan ia berlalu pergi dengan bantuan minyak esensial Eucalyptus. Sekiranya anda merasa tertekan, letakkan beberapa titis minyak Eucalyptus pada tangan anda, tekapkan tangan pada hidung, dan hidu aromanya secara mendalam. Proses yang mudah dan cepat ini akan membuatkan anda berasa tenang dan bertenaga.
- Gunakan minyak Eucalyptus dalam urutan anda untuk menghasilkan pengalaman urutan yang melegakan. Eucalyptus boleh digabungkan dengan mudah bersama krim atau losen pilihan anda untuk membantu menyerlahkan kesan minyak ini di samping memberi manfaat melembap untuk kulit anda. Komponen kimia yang terdapat dalam minyak Eucalyptus juga menghasilkan wap yang melegakan, dan menyejukkan, menjadikannya ideal untuk kegunaan mengurut.
- Manfaat aromatik minyak Eucalyptus dapat diperoleh dengan mudah melalui sebaran. Ketika musim sejuk atau pada hari yang dingin dan suram, gunakan minyak Eucalyptus untuk menyegarkan, melegakan dan menaikkan semangat.
- Yoga dan meditasi boleh menjadi aktiviti menenangkan yang dapat membantu mengumpul kekuatan dan mencergaskan semula tubuh anda. Apa yang membuatkan aktiviti-aktiviti ini sangat elok adalah ia memberi anda masa untuk menjernihkan minda dari pemikiran yang tidak perlu atau kegusaran. Untuk memberi pengalaman yoga atau meditasi yang lebih baik, tambahkan minyak Eucalyptus dalam praktis yoga anda, kerana ia boleh membantu mengosongkan minda.
Fakta Menarik
Pokok eucalyptus juga dikenali sebagai Pokok Gum.
Deskripsi Tumbuhan
Pokok eucalyptus adalah pokok malar hijau yang boleh tumbuh sehingga 50 kaki tinggi. Dari pokok perennial ini tumbuhnya beratus-ratus daun eucalyptus. Daun-daun eucalyptus adalah nipis, panjang, dan berwarna hijau. Minyak esensial Eucalyptus diekstrak dari daunnya.
Bahan Kimia Minyak Eucalyptus
Komponen Kimia Utama: Eucalyptol, alpha-terpineol
Dua komponen kimia utama minyak Eucalyptus adalah Eucalyptol dan alpha-terpineol. Eucalyptol adalah salah satu daripada unsur oksida utama yang terdapat di dalam satu-satu kumpulan minyak esensial. Oksida ini memberikan banyak faedah yang berguna, yang kebanyakannya terdapat dalam minyak Eucalyptus. Banyak oksida, seperti Eucalyptol, menawarkan manfaat pembersihan yang berkuasa dan menghasilkan wap yang melegakan dan menyejukkan. Apabila suatu oksida digunakan secara topikal, ia juga boleh meremajakan dan menyegarkan kulit. Minyak Eucalyptus mengandungi kepekatan Eucalyptol yang sangat tinggi, yang menjadikan minyak Eucalyptus minyak yang ideal untuk menyerlahkan manfaat oksida yang banyak ini.
Kombinasi Minyak yang Baik dengan Minyak Eucalyptus
Amaran
Kemungkinan sensitiviti kulit. Jauhkan daripada kanak-kanak. Jika anda mengandung, menyusukan anak, atau di bawah jagaan doktor, berunding dengan doktor anda. Jauhi sentuhan pada mata, dalam telinga dan kawasan sensitif.