Penerangan Produk Minyak Geranium
Digunakan sebagai ejen kecantikan pada zaman Mesir Purba. Minyak Geranium dapat diekstrak daripada seluruh tumbuhan Geranium. Kegunaan dan kelebihan pokok ini amatlah versatil dan digunakan untuk mencantikkan kulit dan rambut. Geranium menjadi pilihan industri wangian kerana aromanya yang manis dan dapat membantu emosi dengan menghasilkan ketenangan. Ia juga dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan saraf. Ciri-ciri kecantikkannya digunakan untuk kelihatan rambut yang sihat. Apabila digunakan untuk badan, ia akan mampu menjernihkan kulit. Kelebihannya juga dapat dilihat apabila digunakan di rambut untuk memberi sinaran yang indah. Komponen kimia yang kuat daripada minyak Geranium juga dapat menghindari serangga.
Di manakah untuk Membeli Minyak Geranium
Dengan kepelbagaian minyak esensial yang berada di pasaran, susah untuk menentukan tahap ketulenan suatu produk tersebut. Ia amat penting untuk mencari minyak yang berpotensi untuk memastikan keberkesanan minyak itu ke tahap maksima. Banyak minyak esensial mempunyai bendasing yang pengguna tidak dapat dikenal pasti. Oleh itu, doTERRA mencipta protokol
CPTG® Certified Pure Therapeutic Grade. Ia mengandungi beberapa siri ujian untuk menentukan kualiti setiap kumpulan minyak esensial. Apabila setiap kumpulan tersebut disahkan asli dan kuat, minyak esensial tersebut akan dibungkus dan dijual. Ujian yang ketat ini memberikan keyakinan kepada pelanggan bahawa minyak doTERRA yang diterima bukan sahaja kuat dan asli, malah sangat berkesan.
Kelebihan dan Kegunaan Minyak Geranium
- Tingkatkan rutin harian penjagaan kulit anda dengan menambahkan sedikit dos minyak Geranium. Gunakan satu hingga dua titisan minyak Geranium pada muka anda untuk mendapatkan kulit yang bersinar dan tona kulit yang sekata. Minyak esensial Geranium sudah digunakan sejak berabad dahulu kerana kelebihannya untuk mencantikkan kulit.
- Minyak Geranium sangat sesuai digunakan untuk urutan. Hal ini kerana ciri-ciri minyak Geranium akan membantu meningkatkan penampilan kulit yang sihat seterusnya memberi ketenangan kepada emosi. Gabungkan minyak Geranium dengan doTERRA Fractionated Coconut Oil untuk memberi pasangan anda urutan yang menenangkan.
- Ubahkan penampilan rambut anda dengan menggabungkan minyak Geranium dengan syampu anda. Ia akan menjadi lebih baik apabila digunakan bersama-sama dengan minyak Geranium. Mulakan transformasi ini dengan menambahkan beberapa titisan minyak Geranium pada syampu dan perapi rambut anda. Penambahan ini akan memberikan sinaran dan menjadikan rambut anda lebih sihat.
- Selepas mandi, sapukan minyak Geranium pada kulit anda bagi melicinkan kulit. Salah satu kunci Geranium ialah membantu meningkatkan penampakan kulit anda yang bersih dan sihat. Ambil kelebihan ini dengan menggunakan minyak Geranium kepada kulit anda apabila kelihatan kurang bermaya.
- Ingin mencari cara yang baik untuk menggunakan minyak Geranium pada kulit? Selepas berpeluh melakukan aktiviti senaman, sapukan minyak Geranium untuk pemulihan kulit.
- Pada masa-masa tertentu, perasaan stres dan cemas akan menganggu kehidupan seharian. Bagi mereka yang sedang menghadapi masalah tersebut, Pastikan anda guna minyak Geranium bagi mendapat kelebihan aromanya. Titiskan satu titisan minyak Geranium pada telapak tangan. Setelah disapu, tutupkan mulut anda dan bernafas secara perlahan, membuat perkara ini akan menenangkan emosi anda.
- Praktikkan kemahiran anda dan berkongsi bauan aroma bunga minyak Geranium dengan membuat DIY Potpurri. Kumpulkan rempah ratus kegemaran anda dan tambah Minyak Geranium. Potpurri tersebut akan lebih efektif apabila dijadikan sebagai dekorasi kawasan rumah anda seperti di ruang tamu dan tandas.
- Minyak Geranium amat berguna untuk membunuh serangga. Atas komponen kimia yang terdapat dalam Minyak Geranium, Ia akan menangkis serangga sekitar anda. Tambah titisan Minyak Geranium di bebola kapas dan letakkan di kawasan yang terdapat banyak serangga yang terdapat di kawasan rumah anda.
- Aromaterapi stim untuk muka ialah cara yang baik untuk memulihkan kulit muka anda. Cara yang terbaik ialah mencampurkan minyak tersebut dengan herba-herba. Ciri-ciri tumbuhan Geranium akan bantu untuk mencantikkan kulit sambil mendapat kelebihan-kelebihan pemulihan kulit.
- Oleh sebab keupayaan minyak Geranium yang memberi kulit dan rambut kelihatan bersih. Geranium adalah suatu minyak yang boleh dicampur dengan produk pemulihan yang lain. Tambahkan setitis ataupun dua kepada sabun tangan, syampu, penyembur rambut dan lain-lain lagi. Dengan ini, menambahkan minyak esensial Geranium ini akan memberi rambut dan kulit yang lebih sihat.
Fakta Menarik
Daun dan bunga pokok Geranium boleh dimakan dan kerap digunakan sebagai pencuci mulut, kek, jeli dan lain-lain. Pada zaman viktoria, daun geranium yang segar sering digunakan sebagai hiasan dan digunakan dalam majlis rasmi. Daunnya pula boleh dimakan sebagai sprig yang segar jika diingini.
Penerangan Tumbuhan
Pohon Geranium ialah pokok yang wangi di bawah spesis Pelargonium. Juga dikenali sebagai Pelrgonium graveolens, pohon in berasal dari Selatan Afrika. Pokok ini menghasilkan wangian, berdaun hijau dan bunga yang berwarna ros sehingga boleh mencecah ketinggian sehingga satu meter. Pohon geranium bagus dalam pancaran matahari penuh dan tanah yang subur. doTERRA minyak esensial Geranium diambil daripada seluruh tumbuhan.
Kimia Minyak Geranium
Komponen Kimia Utama: citronellol, citronellyl formate, geraniol
Salah satu komponen utama minyak Geranium adalah cintrinellol. Citronellol ialah monoterpene alkohol yang menyumbang kepada keupayaan minyak Geranium untuk mengusir serangga. Salah satu komponen utama lain ialah Geraniol. Ia juga merupakan monoterpene alkohol. Kajian menunjukkan bahawa memakan genariol memberi kesan kepada kolon yang akan membantu mengekalkan kesihatan sel-sel kolon.
Minyak yang Boleh Bercampur dengan Minyak Geranium
Langkah Berjaga-jaga
Tidak digalakkan untuk kulit sensitif. Hindari dari pencapaian kanak-kanak bawah umur. Jika anda hamil ataupun di bawah penjagaan doktor, hubungi doktor anda. Hindari dari mata, dalaman telinga dan bahagian sensitif.