Produk Tumpuan: Minyak Hawaiian Sandalwood


Penerangan Produk Minyak Hawaiian Sandalwood

Selepas melalui proses yang panjang untuk penceraian, pemotongan, penapisan dan penyulingan Hawaiian Sandalwood heartwood, minyak esensial Hawaiian Sandalwood dihasilkan dan digunakan untuk pelbagai kegunaan dan kebaikan. Komponen kimia utamanya, santalol, memberikan Hawaiian Sandalwood ciri-ciri pembumian dan peningkatan semangat. Minyak ini kebiasaannya digunakan untuk tujuan kebaikan aromatik di atas sebab keupayaannya untuk menceriakan suasana, mengurangkan ketegangan dan menggalakkan kesejahteraan. Bau Hawaiian Sandalwood sangat kaya, bauan seperti kayu dan madu. Dengan aromanya yang menyenangkan dan dapat menaikkan semangat, Hawaiian Sandalwood adalah minyak yang sangat bagus untuk urutan dan aromaterapi. Minyak Hawaiian Sandalwood juga terkenal dengan kebaikannya pada kulit dan ianya sering digunakan di dalam produk-produk penjagaan kulit. Minyak ini memberikan kulit yang sihat dan licin serta mengurangkan penampakan kulit yang rosak.

 

Dimanakah untuk Membeli Minyak Hawaiian Sandalwood

Untuk membeli minyak Hawaiian Sandalwood yang tulen, layari laman produk Minyak Sandalwood.

Ketika membeli minyak esensial, ianya sangat penting untuk mengetahui bahawa ketulenan minyak esensial ialah rahsia kehebatan di sebalik minyak esensial itu sendiri. Kebanyakan minyak esensial yang terdapat di pasaran sekarang mempunyai bahan tambahan atau bahan tercemar yang berbahaya, di mana ia menjadikan minyak esensial itu lemah dan kurang berkesan dalam memenuhi kehendak si pengguna. Namun, sekiranya minyak esensial tersebut adalah asli, ianya lebih berkesan dan mampu memberikan hasil yang lebih sihat dan kuat. Ketulenan ialah elemen utama bagi kualiti sesuatu minyak esensial tersebut.

Untuk memastikan ketulenan dan kualiti minyak tersebut, doTERRA meletakkan setiap kumpulan minyak esensial melalui protokol CPTG Certified Pure Therapeutic Grade®. Protokol ini mengandungi satu siri ujian yang akan menilai ketulenan dan kualiti minyak esensial tersebut. Sekiranya minyak tersebut disahkan tulen, ianya akan dijual kepada pengguna-pengguna dan keluarga-keluarga di seluruh dunia supaya mereka dapat merasai kelebihan minyak esensial yang unik dan bersifat semulna jadi.

 

Kegunaan dan Kelebihan Minyak Hawaiian Sandalwood

Alami kelebihan dan kegunaan minyak esensial Hawaiian Sandalwood dengan mencuba tips dan DIY berikut.

  1. Hawaiian Sandalwood sangat dikenali dengan ciri-ciri kehebatannya pada kulit dan ianya sering digunakan di dalam rutin serta produk-produk penjagaan kulit. Masukkan sedikit Hawaiian Sandalwood ke dalam rutin penjagaan kulit anda untuk mendapatkan kulit yang sihat dan mengurangkan penampakan kulit yang bermasalah. Hanya sapukan satu atau dua titis pada kawasan yang bermasalah dan gosokkan minyak tersebut secara perlahan-lahan. Untuk mengurangkan sensitiviti kulit, cairkan minyak Hawaiian Sandalwood bersama-sama dengan doTERRA Fractionated Coconut Oil.
  2. Gabungkan minyak Hawaiian Sandalwood ke dalam rutin yoga atau meditasi anda. Minyak Hawaiian Sandalwood diperolehi daripada kimia semula jadi yang dapat memberikan emosi yang stabil dan ianya sering digunakan ketika bermeditasi untuk ciri-ciri tabil dan peningkatan semangat. Untuk meningkatkan suasana meditasi atau yoga anda, gunakan minyak Hawaiian Sandalwood secara topikal atau secara aromatik dan biarkan diri anda diselubungi suasana stabil dan menaikkan mood dari kebaikan minyak esensial Hawaiian Sandalwood.
  3. Hilangkan perasaan tegang itu dan nikmati mandian hangat minyak esensial Hawaiian Sandalwood. Mandian ini adalah solusi yang sempurna untuk menutup hari yang memenatkan anda. Penuhkan tab mandi anda dengan air mengikut suhu kesukaan anda dan tambahkan satu atau dua titis minyak esensial Hawaiian Sandalwood. Kombinasi ini akan merehatkan dan mengurangkan ketegangan anda.
  4. Minyak Esensial Hawaiian Sandalwood diperkaya dengan ciri-cirinya yang bagus untuk kulit dan hanya perlu disapu. Untuk mendapatkan kulit yang berseri dalam satu malam, tambahkan satu atau dua titis Hawaiian Sandalwood pada pelembab atau krim malam kesukaan anda dan sapukannya pada kawasan yang anda ingini. Aplikasi pada malam hari ini akan meninggalkan kulit yang sihat, licin dan bersinar pada keesokan harinya.
  5. Buihkan, bilas dan ulang lagi menggunakan minyak Hawaiian Sandalwood dan serlahkan kecantikan rambut anda. Tambahkan minyak esensial Hawaiian Sandalwood pada syampu pilihan anda dan nikmati rambut yang segar dan sihat.
  6. Mempunyai presentasi, majlis perkahwinan atau penggambaran dalam masa terdekat? Jangan risau tentang kulit anda. Untuk mendapatkan kulit yang sihat dan licin, sapukan minyak esensial Hawaiian Sandalwood pada kulit anda sehari sebelum majlis tersebut. Minyak ini akan mengurangkan penampakan masalah pada kulit anda dan bakal memberikan kulit anda sinaran yang sihat dan cantik.
  7. Disebabkan ciri-ciri penstabilan dan peningkatan mood milik minyak Hawaiian Sandalwood, ia boleh digunakan dalam pelbagai cara untuk mengurangkan ketegangan dan mengelakkan daripada tekanan. Selepas menjalani hari yang panjang dan penuh tekanan, gunakan tiga ke empat titis minyak Hawaiian Sandalwood pada alat penyebar udara anda untuk menaikkan suasana dan mengurangkan ketegangan. Untuk mendapatkan tidur yang nyenyak, gunakan tiga hingga empat titis minyak esensial Hawaiian Sandalwood pada alat penyebar udara anda dan sapukan beberapa titis pada leher dan bahu sebelum tidur. Untuk mengurangkan ketegangan atau menstabilkan emosi, hidu bauan minyak Hawaiian Sandalwood secara terus daripada tapak tangan anda.
  8. Dapatkan pengalaman seperti di spa tanpa anda keluar dari rumah. Mulakan dengan memenuhkan satu mangkuk besar dengan air yang panas, kemudian sapukan satu hingga dua titis minyak esensial Hawaiian Sandalwood pada wajah anda. Posisikan muka anda di atas mangkuk air yang panas tadi dan letakkan tuala di atas kepala anda serta menutupi mangkuk tersebut seperti bentuk khemah. Pengalaman ini akan menyihatkan dan meremajakan kulit anda.
  9. Berikan sinaran kepada rambut. Sapukan satu atau dua titis Hawaiian Sandalwood pada rambut anda yang basah setelah anda keluar dari mandian. Ini akan mengembalikan kelembapan rambut anda dan memberikan rambut anda sinaran bak sutera.

 

Fakta Menarik

Orang Cina menggunakan haruman heartwood Hawaiian Sandalwood untuk tujuan kemenyan, perubatan, pengukiran objek dan projek seni bina.

 

Deskripsi Tumbuhan

Hawaiian Sandalwood, Santalum paniculatum, boleh jadi sama ada dalam bentuk semak atau sebuah pokok. Apabila mencapai usia kematangannya, tumbuhan ini boleh mencapai dari 6 hingga ke 50 kaki bergantung pada bentuknya. Dalam bentuk pokok, kanopi pokok ini ialah 10 sehingga lebih 30 kaki keluasannya. Anggaran diameter kanopi ini setengah daripada ketinggian pokok tersebut. Daun-daun tumbuhan Hawaiian Sandalwood berwarna hijau dan berkilat pada permukaan atas dan pucat serta mempunyai banyak warna pada permukaan bawahnya. Tumbuhan ini juga menghasilkan bunga-bunga yang mempunyai campuran warna hijau, coklat, jingga dan salmon. Bunga-bunga tersebut mengeluarkan aroma yang sangat manis. Heartwood Hawaiian Sandalwood juga berbau harum. doTERRA Hawaiian Sandalwood diekstrak daripada kayu tumbuhan tersebut.

 

Kandungan Kimia Minyak Hawaiian Sandalwood

Komponen Kimia Utama: α-santalol, ß-santalol, lanceol Hawaiian Sandalwood diperkaya dengan komponen kimia santalol, yang mana merupakan sebahagian daripada kumpulan fungsi alkohol dan mempunyai tulang belakang sesquiterpene. Konstituen kimia ini menyumbang kesan kestabilan minyak Hawaiian Sandalwood kepada emosi.  

 

Minyak yang Boleh Bercampur dengan Minyak Hawaiian Sandalwood

Minyak esensial Hawaiian Sandalwood boleh bercampur dengan minyak esensial Basil, Frankincense, Lavender, Rosemary, Peppermint, Ylang Ylang, dan Bergamot.

 

Sumber

Minyak esensial Hawaiian Sandalwood diperolehi dari Hawaii. Untuk mendapatkan minyak daripada kayu sebenar, lapisan luar kayu mesti diceraikan untuk mendapatkan heartwood. Heartwood tersebut kemudiannya dipotong menjadi cebisan kecil dan diletakkan ke dalam alat penyuling yang dapat menampung 700 pound cebisan kecil sandalwood. Seterusnya, cebisan kecil sandalwood akan melalui 36 jam proses penyulingan menggunakan wap. Proses ini memerlukan tenaga dan haba yang tinggi. Secara keseluruhannya, pembuatan minyak esensial yang sangat bernilai ini memerlukan bahan api, tenaga dan masa yang panjang.   


There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda