Produk Tumpuan: HD Clear

Essential Oil Spotlight

 


Dibuat khas untuk merawat kawasan kulit yang bermasalah, minyak esensial yang terdapat di dalam campuran topikal HD Clear bersama-sama dengan produk HD Clear yang lain dapat membantu untuk mendapatkan kulit yang licin dan bersinar. Sama ada anda mahu mengurangkan jerawat, menghidratkan kulit, merawat masalah kulit atau cuma mahu memperbaiki keseluruhan wajah dan kesihatan kulit anda, campuran topikal HD Clear membolehkan anda untuk mendapatkan semua itu hanya dengan sapuan sahaja. Penambahan yang bijak terhadap rutin penjagaan kulit, campuran topikal HD Clear dapat membantu anda untuk mendapatkan kulit yang licin dan bersih seperti yang anda idamkan.

Dimanakah untuk membeli HD Clear

Campuran topikal HD Clear ialah sebahagian daripada sistem doTERRA HD Clear Skin Care. Sekiranya anda ingin membeli HD Clear campuran topikal, layari laman produk HD Clear untuk maklumat selanjutnya.  

Kegunaan dan Kelebihan HD Clear

  1. Adakah anda sedang mengalami masalah warna kulit yang tidak sekata? Pernahkah anda menghadapi masalah kulit yang teruk sehingga anda berharap anda boleh menyelesaikannya? Campuran topikal HD Clear dapat membantu anda untuk mengsekatakan tona kulit dan membersihkan serta menghidratkan kulit anda. Formula minyak esensial direka untuk membersihkan kulit di samping merawat masalah kulit anda yang kusam dan suram. Sama ada anda memerlukan rawatan tona kulit secara berkala, atau anda sedang menghadapi masalah kulit, campuran topikal HD Clear boleh membantu anda untuk mendapatkan kulit yang licin dan sekata.
  2. Sekiranya anda sering mengalami kulit yang berjerawat atau iritasi kulit, anda berkemungkinan telah mencuba pelbagai produk untuk merawat kulit anda. Meskipun terdapat produk yang dikatakan dapat membersihkan dan melicinkan kulit anda, rumusan HD Clear mengandungi minyak esensial yang mempunyai ciri-ciri pembersihan kulit yang tinggi. Minyak esensial CPTG® yang digunakan dalam HD Clear menyediakan cara yang selamat dan semulajadi untuk mengurangkan jerawat dan masalah kulit yang kadang kala melanda. Jadi, pertimbangkanlah untuk meninggalkan produk penjagaan kulit yang umum dan gunakanlah HD Clear yang menjanjikan kulit yang bersih. Manfaatkan kuasa pembersihan minyak esensial untuk kulit anda menggunakan HD Clear.
  3. Mengekalkan kulit yang sihat bergantung kepada rutin penjagaan kulit anda, termasuklah dengan cara anda menjaga kulit anda sebelum anda masuk tidur dan selepas anda bangun dari tidur. Dengan botol roll-on, campuran topikal HD Clear menyediakan cara yang mudah dan pantas untuk membersihkan dan menghidratkan kulit anda sepanjang hari dan ketika anda sedang tidur. Jika anda ingin bangun dari tidur dengan kulit yang bersih dan licin pada waktu pagi, sapukan campuran topikal HD Clear campuran topikal pada wajah sebelum anda tidur (selepas mencuci wajah anda). Apabila anda bangun daripada tidur pada waktu pagi, cuci muka anda menggunakan HD Clear Foaming Face Wash dan sapukan satu lapisan campuran topikal HD Clear untuk mengekalkan kulit yang bersih dan berseri sepanjang hari.
  4. Disebabkan formula campuran topikal HD Clear mengandungi minyak esensial yang mempunyai ciri-ciri pembersihan, ia dapat membantu dalam mengurangkan jerawat. Dengan setiap hari pada kulit yang bermasalah, anda dapat mengekalkan kulit agar sentiasa licin dan bersih serta dapat mengurangkan penampakan jerawat dan iritasi pada kulit anda. Sama ada anda mengalami masalah jerawat pada muka secara berkala atau risau dengan kewujudan jerawat yang setiap minggu naik pada kulit anda, HD Clear campuran topikal dapat memberikan kulit yang bersih serta membantu dalam mengurangkan penampakan jerawat dan iritasi kulit yang tidak diingini.
  5. Apabila masalah kulit timbul, campuran topikal HD Clear dapat merawat kulit dengan sangat berkesan. Meskipun anda mempunyai kulit yang bersih, masalah iritasi kulit tetap boleh melanda anda untuk beberapa waktu. Dengan adanya HD Clear, ia dapat membantu anda untuk menangani semua masalah kulit yang anda alami. Simpan botol roll-on HD Clear di dalam dompet, kereta atau almari bilik air untuk mengurangkan iritasi pada kulit.

 

Bahan-bahan Utama

  • Minyak esensial Black Cumin Seed  
  • Daun Ho Wood  
  • Daun Melaleuca  
  • Beri Litsea  
  • Daun Eucalyptus
  • Tumbuhan Geranium  

 Arahan Penggunaan

Penggunaan topikal: Sapu dengan lapisan nipis pada kawasan yang menjadi sasaran pada kulit, atau gunakan sebagai rawatan tompok. untuk mengurangkan sebarang sensitiviti kulit. Lihat langkah berjaga-jaga di bawah.

Langkah berjaga-jaga

Kemungkinan sensitiviti kulit. Jauhkan daripada kanak-kanak. Jika anda mengandung, menyusukan anak, atau di bawah jagaan doktor, berunding dengan doktor anda. Jauhi sentuhan pada mata, dalam telinga dan kawasan sensitif.


There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda