Produk Tumpuan: InTune

Essential Oil Spotlight


Deskripsi Produk InTune 
 
Apabila terlalu banyak perkara yang perlu diberikan perhatian, untuk tetap fokus pada sesuatu perkara kadang-kadang menjadi satu cabaran. Campuran minyak esensial InTune adalah campuran yang dirumus khas yang berfungsi untuk membantu anda ketika anda merasa terganggu. Minyak ini boleh digunakan secara topikal untuk meningkatkan dan mengekalkan fokus anda. Diperkaya dengan minyak esensial terpilih, InTune mengandungi minyak esensial Frankincense, Hawaiian Sandalwood, dan Lime untuk membantu menjelaskan fikiran dan meningkatkan fokus. Kombinasi minyak esensial ini adalah teman yang sempurna ketika anda sedang belajar dan dapat membantu sesiapa yang mempunyai kesukaran untuk memberi tumpuan dan tetap fokus dalam sesuatu pekerjaan. 
 
Cara untuk mendapatkan InTune 
 
Untuk membeli sebotol minyak esensial InTune, lawati laman produk InTune Focus Blend
 
Seperti minyak dalam InTune Focus Blend, kesemua minyak esensial doTERRA adalah tulen dan berkesan. Untuk memastikan minyak ini berkualiti tinggi dan tulen, setiap kumpulan minyak esensial doTERRA mesti menjalani protokol CPTG Certified Therapeutic Grade®. Protokol ini merangkumi satu siri ujian yang menilai ketulenan setiap minyak. Sekiranya minyak tersebut melepasi ujian yang ketat ini, maka ia sedia untuk dipasarkan. Proses ini adalah sebahagian daripada apa yang menjadikan minyak esensial doTERRA tulen, hebat, dan berkesan untuk memenuhi keperluan individu dan keluarga. 
 
Kegunaan dan Kelebihan InTune 
 
  1. Jika anda sedang mengulangkaji untuk menghadapi peperiksaan atau membaca bahan bacaan yang panjang, gunakan campuran InTune Focus. Hanya sapukan minyak InTune pada pelipis kepala dan di belakang leher anda semasa melakukan kerja untuk membantu anda memberikan tumpuan. 
     
  2. Sekiranya anda merasakan fikiran anda bercelaru, sapukan campuran minyak esensial InTune di pergelangan tangan atau di belakang tangan anda dan tarik nafas sedalamnya untuk mendapatkan fikiran yang jelas. 
     
  3. Untuk membantu mengekalkan dan meningkatkan tumpuan, gunakan campuran minyak esensial InTune secara aromatik atau topikal. Minyak InTune akan membantu anda kekal menjalankan tugas dan sentiasa fokus apabila anda berasa tidak bermaya di waktu petang. 
     
  4. Duduk di dalam bilik darjah atau mesyuarat untuk jangka masa yang panjang boleh menyebabkan fikiran anda hanyut dan hilang tumpuan. Untuk memastikan anda tetap memberi perhatian semasa dalam kuliah atau perbincangan yang penting, sapukan campuran minyak esensial InTune pada pelipis dan leher anda untuk membantu meningkatkan dan mengekalkan konsentrasi. 
     
  5. Zaman kanak-kanak dipenuhi dengan detik-detik belajar dan membesar yang mengajar kita asas-asas penting dalam kehidupan. Bantu anak-anak anda memanfaatkan sepenuhnya pengalaman pembelajaran mereka dengan menggunakan minyak InTune. Apabila anak anda mengalami kesukaran untuk menumpukan perhatian semasa sekolah atau aktiviti kurikulum, bantu mereka menggunakan minyak InTune supaya mereka sentiasa fokus dalam menjalankan tugas. 
     
  6. Ketika belajar bersendirian atau berkumpulan, sebarkan InTune Focus Blend untuk membantu anda supaya terus fokus pada bahan pelajaran anda.  
     
  7. InTune Focus Blend boleh didapati dalam botol roll on 10 ml. Ciri-ciri roll-on memudahkan ia untuk digunakan secara topikal dan botol yang kecil menjadikannya mudah untuk disimpan dan dibawa. Ciri-ciri ini sangat sesuai, membolehkan minyak InTune dapat dicapai dengan mudah di mana sahaja anda berada, bila-bila masa anda mahu. Simpan InTune di dalam beg pejabat, beg sandang atau dompet anda dan sentiasa pastikan ia sentiasa berada berhampiran anda apabila anda memerlukan sesuatu untuk meningkatkan fokus anda. 
 
Bahan-bahan 
  • Amyris Bark
  • Daun Patchouli 
  • Frankincense Resin 
  • Kulit Lime 
  • Bunga Ylang Ylang 
  • Kayu Sandalwood Hawaii
  • Chamomile Rom
Amaran 
 
Kemungkinan sensitiviti kulit. Jauhkan daripada kanak-kanak. Jika anda mengandung, menyusukan anak, atau di bawah jagaan doktor, sila berunding dengan doktor anda. Jauhi sentuhan pada mata, dalam telinga dan kawasan sensitif. Cairkan dengan doTERRA Fractionated Coconut Oil untuk meminimumkan kesensitifan kulit. Elakkan sinar matahari atau sinaran UV sehingga 12 jam selepas memakai produk. 

There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda