Minyak Jasmine Touch kini mudah didapati berbanding sebelum ini yang hanya boleh didapatkan semasa promosi khas. Sebagai sebahagian daripada doTERRA Touch, Minyak Jasmine dibotolkan dalam botol roll-on 10 mL. Dikenali sebagai “King of Flowers”, Jasmine diekstrak daripada bunga putih yang mengeluarkan bau aroma wangi dan tahan lebih 36 jam.
Kelebihan:
Di samping bunga Jasmine mengeluarkan bau wangi bunga yang menyenangkan, Jasmine mempunyai ciri topikal dan berbau wangi selain banyak kelebihannya. Berikut merupakan ciri-ciri yang digemari:
Sapu pada pergelangan tangan dan leher sebagai minyak wangi. Aroma Jasmine mengeluarkan bau bunga, tenang, eksotik dan bau seperti kasturi. Kombinasi bau yang amat digemari dalam minyak wangi. (Ianya mempunyai kebaikan menaikkan semangat)
Jasmin berfungsi mengurangkan ketidaksempurnaan kulit dan menggalakkan kulit yang sihat dan berseri. Ia mudah digunakan dalam botol roll-on dan dicampurkan dengan Fractionated Coconut Oil untuk disapu di atas kulit yang bermasalah pada waktu siang dan malam. Bukan sahaja mampu mengurangkan ketidaksempurnaan kulit malah mampu memberikan kulit yang bersinar dan kelihatan sempurna.
Disebabkan Jasmine mengeluarkan bau yang menaikkan semangat, dengan sentuhan bunga Jasmine pada saluran nadi dapat membangkitkan mood yang baik. Dari segi emosi, Jasmine membantu memberi perasaan gembira, tenang dan yakin. Dengan menggunakan Jasmine pada waktu pagi akan membantu dalam menghadapi hari anda tenang dan bersemangat.
Fakta Menarik
Jasmine ialah minyak esensial yang paling berharga kerana ia memerlukan tenaga buruh yang tinggi. Pengekstrakan bunga mesti dipetik ketika waktu fajar kerana pada waktu itu bunga menjadi paling harum dan ia mengandungi peratus komponen aroma yang tertinggi.
Disebabkan ia memerlukan bunga yang banyak untuk mengeluarkan minyak yang sedikit, Jasmine sering menjadi buruan dalam industri minyak wangi dan aromaterapi.