Deskripsi Produk Minyak Juniper Berry
Diekstrak daripada buah beri dari pokok konifer, minyak esensial Juniper Berry dikenali kerana mempunyai pelbagai kegunaan dan kelebihan. Bau minyak Juniper Berry adalah berkayu, pedas, dan bersih. Apabila digunakan untuk aromanya, minyak esensial Juniper Berry mempunyai kesan yang menenangkan dan juga boleh disebarkan untuk membantu membersihkan dan menyucikan udara. Digunakan secara topikal, minyak esensial Juniper Berry bertindak sebagai toner kulit semula jadi dan mengurangkan cela.
Cara untuk Mendapatkan Minyak Juniper Berry
Untuk membeli sebotol Juniper Berry, kunjungi laman produk minyak esensial Juniper Berry.
Minyak esensial adalah berkuasa dan berkesan apabila ia tulen dan berpotensi. Jika tidak tulen dan berpotensi, kegunaan dan manfaat minyak esensial menjadi lemah serta kurang memenuhi keperluan individu. Malangnya, kebanyakan minyak yang berada di pasaran mengandungi bahan tercemar dan tambahan yang mengurangkan ketulenan, potensi, dan keberkesanan minyak esensial. Misi doTERRA adalah untuk membawa satu standard baru minyak esensial kepada dunia dengan menghasilkan minyak esensial yang sangat tulen dan berpotensi agar sesiapa sahaja dapat menikmati manfaatnya yang luar biasa. doTERRA memastikan kualiti minyak mereka dengan meletakkan setiap kumpulan minyak esensial melalui protokol
CPTG Certified Pure Therapeutic Grade®. Protokol ini merangkumi satu siri ujian yang ketat yang menentukan kandungan setiap minyak. Sekiranya minyak tersebut didapati berpotensi dan tulen, kemudian ia dibungkus dan dijual supaya semua orang dapat merasai faedah minyak esensial.
Kegunaan & Kelebihan Minyak Juniper Berry
- Minyak esensial Juniper Berry dikenali kerana keupayaannya bertindak sebagai toner kulit semulajadi dan mengurangkan cela pada kulit. Untuk menghasilkan kulit yang licin dan sihat, gunakan satu titis minyak esensial Juniper Berry pada kulit anda. Anda pasti akan menyukai kulit anda yang kelihatan segar dengan minyak ini!
- Penuhi rumah anda dengan aroma menyegarkan dari minyak esensial Juniper Berry dan Bergamot dengan campuran penyebar yang luar biasa ini. Untuk aroma yang optimum, sebarkan tiga titis Juniper Berry dan empat titis Bergamot untuk bau yang ringan dan segar. Minyak Juniper Berry sangat sesuai untuk disebarkan kerana kesannya yang menenangkan, dan keupayaannya membersihkan udara. Bergamot adalah salah satu gandingan minyak esensial yang terbaik untuk Juniper Berry, dan akan menambahkan kebaikan gabungan aromatik ini dengan memberikan kesan menenangkan dan menaikkan semangat. Apabila digandingkan, campuran ini akan meningkatkan perasaan positif dan mewujudkan suasana yang menenangkan.
- Masa untuk menjemput rakan-rakan terdekat anda untuk parti facemask doTERRA! Buat facemask yang semua rakan-rakan anda akan sukai dengan menambahkan satu hingga dua titis Juniper Berry kepada Bentonite clay mask. Juniper Berry berharga kerana keupayaannya membantu mengurangkan cela pada kulit dan bertindak sebagai toner kulit semula jadi. Dengan banyak ciri yang sangat baik untuk wajah, anda tidak akan terlepas untuk mendapatkan facemask yang menyegarkan ini.
- Memperkayakan kulit anda dengan minyak esensial yang terbaik, sambil menikmati urutan yang menenangkan. Untuk campuran urutan yang luar biasa, gabungkan minyak esensial Juniper Berry dengan doTERRA Fractionated Coconut Oil untuk urutan yang melegakan dan membersihkan. Minyak Juniper Berry mengandungi manfaat pembersihan topikal yang bagus yang akan membantu membersihkan kulit. Aroma minyak Juniper Berry akan membantu memberikan kesan yang menenangkan dan sesuai untuk semua jenis urutan.
- Tidak diketahui apakah masalah yang mungkin berlaku ketika sedang bercuti? Untuk pengalaman percutian yang positif, sentiasa membawa minyak esensial Juniper Berry dalam pek percutian anda. Minyak Juniper Berry mempunyai banyak kegunaan dan kebaikan yang dapat membantu meredakan masalah emosi dan fizikal yang mungkin timbul ketika sedang bercuti.
- Banyak perkara yang perlu dilakukan dan kesuntukan masa? Apabila hidup anda membuatkan anda merasa tertekan, letakkan satu hingga dua titis minyak esensial Juniper Berry di atas telapak tangan anda dan gosok tangan dengan lembut. Tekupkan tangan anda ke hidung dan tarik nafas untuk membantu memerangi perasaan tertekan. Minyak Juniper Berry mempunyai faedah aromatik yang luar biasa yang memberikan kesan yang menenangkan — sempurna untuk hari-hari yang sibuk.
Fakta Menarik
Dikatakan bahawa jika anda bermimpi mengumpul buah beri juniper pada musim sejuk, anda akan berjaya. Dikatakan juga bahawa buah beri dari pokok common juniper melambangkan kehormatan atau kelahiran anak lelaki.
Deskripsi Tumbuhan
Common juniper, Juniperus communis, adalah pokok konifer malar hijau yang boleh tumbuh sehingga 10 meter tinggi dan boleh hidup selama 200 tahun. Kulit pokok itu berwarna kelabu-coklat manakala ranting pokok berwarna coklat kemerahan. Daunnya adalah seperti jarum dengan hujung yang tajam serta berwarna hijau. Pokok ini juga menghasilkan bunga jantan dan betina. Bunga jantan adalah kecil dan berwarna kuning dan tumbuh berhampiran hujung ranting manakala bunga betina berwarna hijau dan akhirnya berkembang menjadi pokok berbuah ungu. Buahnya adalah sejenis kon beri yang berisi dan beraroma. Minyak esensial doTERRA Juniper Berry diekstrak dari beri tumbuhan common juniper.
Bahan Kimia Minyak Juniper Berry
Komponen Kimia utama: α-pinene, sabinene
Salah satu unsur kimia utama yang terdapat dalam minyak esensial Juniper Berry ialah alpha-pinene. Alpha-pinene adalah monoterpene di mana kerana ciri-ciri kimianya, boleh membantu membangkitkan dan memperbaharui emosi apabila digunakan secara aromatik. Satu lagi komponen kimia utama dalam minyak Juniper Berry adalah sabinene.
Kombinasi Minyak yang Baik dengan Minyak Juniper Berry
Amaran
Kemungkinan sensitiviti kulit. Jauhkan daripada kanak-kanak. Jika anda mengandung, menyusukan anak, atau di bawah jagaan doktor, sila berunding dengan doktor anda. Jauhi sentuhan pada mata, dalam telinga dan kawasan sensitif.