Deskripsi Produk Minyak Myrrh
Disebabkan ia serba boleh dan berkesan, myrrh dianggap berharga bagi kebanyakan budaya selama berkurun-kurun lamanya. Dengan kegunaannya yang tidak terkira banyaknya, myrrh telah digunakan pada zaman kuno untuk segala tujuan dari perubatan hinggalah keagamaan. Pada hari ini, resin yang diekstrak daripada pokok myrrh diproses menjadi minyak esensial herba dan kayu, yang masih relevan digunakan. Sama ada anda ingin mendapatkan kulit licin, nampak muda, meningkatkan keseimbangan emosi, atau membersihkan badan, minyak
Myrrh memiliki kegunaan tanpa had untuk kehidupan seharian.
Cara untuk Mendapatkan Minyak Myrrh
Selama ribuan tahun, minyak Myrrh mempunyai pelbagai kegunaan — yang kebanyakannya masih diguna pakai sehingga ke hari ini. Bagi mengetahui sendiri kegunaan dan faedah minyak esensial Myrrh, lawati halaman minyak Myrrh kami dan tempah sebotol untuk anda sendiri. Walaupun zaman telah lama berlalu, anda akan mendapati bahawa minyak esensial Myrrh masih mempunyai banyak aplikasi pada zaman moden kita. Lebih penting lagi, dengan membeli minyak esensial dari doTERRA, anda akan mendapat jaminan bahawa setiap botol selamat digunakan di rumah dan bagi orang tersayang. doTERRA mendapatkan sumber dan menghasilkan minyak yang tulen dan berpotensi yang memberikan pengguna manfaat yang tidak terkira banyaknya. Sebaik sahaja anda menerima sebotol minyak Myrrh, anda mungkin mencari cara baru untuk menggunakannya. Teruskan membaca untuk mengetahui tentang kegunaan dan faedah minyak esensial ini.
Kegunaan dan Kelebihan Minyak Myrrh
- Minyak esensial Myrrh dikenali ramai kerana kebolehannya untuk membersihkan mulut dan tekak. Untuk memanfaatkan ciri pembersihan minyak Myrrh, cuba selitkan ia ke dalam rutin harian pembersihan mulut anda. Tambahkan satu atau dua titis minyak esensial Myrrh pada ubat gigi jika anda ingin menambah manfaat pembersihan. Untuk bilasan mulut yang berkesan, campurkan satu titik minyak Myrrh dan dua auns air. Kumur kombinasi ini selama 30 saat bagi pembersihan tambahan.
- Ciri bermanfaat lain minyak Myrrh adalah ia membantu kulit supaya kelihatan muda dan ia menawarkan sensasi melegakan pada kulit. Untuk menggunakan minyak Myrrh pada kulit, tambah satu atau dua titis minyak ke dalam losen harian atau pelembap anda. Campuran ini boleh membantu mengurangkan penampakkan garis-garis halus dan kedutan, terutamanya apabila digunakan setiap hari.
- Selain itu, minyak esensial Myrrh juga membantu menghasilkan kuku tangan atau kuku kaki yang sihat.
- Walaupun ia bukan sejenis minyak esensial bunga atau buah sitrus yang kuat, minyak Myrrh masih dianggap sebagai pilihan popular untuk sebaran. Cuba sebar minyak Myrrh apabila anda berasa tahap tekanan anda tinggi untuk mendapatkan keseimbangan emosi dan kesejahteraan. Anda juga boleh menyebar minyak Myrrh jika anda ingin membangkitkan emosi atau meningkatkan daya tumpuan. Myrrh adalah minyak yang popular digunakan semasa cuti, kerana ia dapat membantu mengekalkan rasa damai di seluruh rumah.
- Manfaat minyak esensial Myrrh yang melegakan menjadikan ia sangat berguna ketika bercukur.
- Adakah anda peminat rawatan spa di rumah? Minyak esensial Myrrh berguna bagi mewujudkan suasana spa malam di rumah. Sebagai contoh, anda boleh mencampurkan dua atau tiga titis minyak Myrrh dengan doTERRA Spa Hand & Body Lotion untuk membantu menambah sentuhan lembut pada kawasan kasar atau kaki yang kering. Anda juga boleh menggabungkan Lemon, Frankincense, dan minyak Myrrh (10 titis masing-masing) dengan doTERRA Fractionated Coconut Oil untuk membantu melembutkan kutikel (kulit kuku).
Fakta menarik: Dalam bahasa Arab, perkataan myrrh bermaksud "pahit."
Deskripsi Tumbuhan
Berasal dari wilayah Afrika dan Arab, Commiphora myrrha adalah pokok kecil yang menghasilkan getah yang mengeras menjadi resin yang dikenali sebagai myrrh. Kelihatan seperti pokok renek biasa yang berduri, pokok myrrh mengeluarkan sedikit daun dan dahan-dahan yang berselerak dan kasar. Oleh kerana sifatnya yang sangat aromatik, myrrh telah digunakan sejak zaman purba untuk tujuan perubatan, minyak wangi, kemenyan, keagamaan, dan pengebumian. Apabila diekstrak, getah dari pokok myrrh, juga dirujuk sebagai myrrh gum, akhirnya mengeras dan mengering menjadi resin myrrh. Apabila pokok myrrh tadi dituai, ia "mengalirkan" getah pokok, yang kemudian berubah menjadi keras dan berkilat. Melalui penyulingan wap, resin myrrh ditukar menjadi minyak esensial yang beraroma kering dan kayu.
Bahan Kimia Minyak Myrrh
Komponen Kimia Utama: Furanoedudesma, 1,3-diena, kurzerena
Disebabkan pembentukan kimianya, minyak Myrrh telah terbukti dapat membantu membersihkan, membaik pulih penampilan kulit, dan menggalakkan keseimbangan perasaan atau menstabilkan emosi. Eter sesquiterpene dalam minyak esensial Myrrh dikenali dengan ciri-ciri yang menenangkan, oleh sebab itu Myrrh berguna untuk melegakan kulit atau emosi. Salah satu eter sesquiterpene utama dalam minyak Myrrh adalah curzerene, lazimnya ditambah kepada produk penjagaan kulit kerana mempunyai keupayaan untuk memperbaiki penampilan kulit.
Kombinasi Minyak yang Baik dengan Minyak Myrrh
Aroma minyak esensial Myrrh yang berasap dan kering adalah agak unik; walau bagaimanapun, sifat berkayu dan herba minyak ini membolehkannya digabungkan dengan minyak esensial pedas, bunga, atau sitrus. Cuba campurkan minyak esensial Myrrh dengan minyak hangat, pedas seperti Frankincense,
Sandalwood, atau
Clove. Untuk bau yang menarik dan segar, campurkan Myrrh dengan minyak bunga atau daun seperti Lavender,
Eucalyptus, atau Jasmine. Jika anda ingin menghasilkan bau manis dan herba, cuba campurkan Myrrh dengan minyak esensial Lemon,
Juniper Berry, atau
Grapefruit.
Amaran
Kemungkinan sensitiviti kulit. Jauhkan daripada kanak-kanak. Jika anda mengandung, menyusukan anak, atau di bawah jagaan doktor, berunding dengan doktor anda. Jauhi sentuhan pada mata, dalam telinga dan kawasan sensitif.