Produk Tumpuan: PastTense

Pilihan Minyak Esensial


Penerangan Produk PastTense
Dengan campuran baik CPTG (Certified Pure Therapeutic Grade) minyak esensial, PastTense Tension Blend menawarkan cara yang mudah dan sesuai untuk mengimbangi dan menenangkan emosi. Campuran unik ini dihasilkan secara penuh berhati-hati dengan minyak esensial yang mengandungi ciri-ciri penyejukan dan ketenangan yang dapat digunakan dalam pelbagai cara, secara langsung mampu mengurangkan stres dan kegelisahan. Kesan-kesan ketenangan yang dapat diperolehi daripada minyak esensial PastTense dapat dirasai dengan segera apabila digunakan di bahagian leher, bahu ataupun di belakang telinga. PastTense juga datang dalam 10mL botol roll-on yang tidak memakan ruang dan mudah digunakan pada bila-bila masa.
 
Di manakah untuk Membeli PastTense
Untuk membeli botol tulen PastTense, layari laman produk PastTense Tension Blend.
 
Apabila kualiti minyak esensial dikenal pasti sebagai CPTG, ia menunjukkan bahawa produk tersebut telah melalui ujian yang spesifik untuk memastikan ketulenan produk tersebut. Setiap kumpulan produk minyak esensial doTERRA melalui protokol CPTG berikut yang mengandungi pelbagai ujian yang ketat untuk menguji ketulenan setiap minyak esensial tersebut. Proses CPTG tersebut adalah untuk memastikan minyak esensial yang dijual oleh doTERRA adalah tulen dan tinggi kualitinya. Penghasilan minyak yang tulen adalah penting bagi doTERRA kerana mereka tahu bahawa apabila sesuatu minyak itu tulen, bermakna minyak itu sangat kuat dan efektif.
 
 
Kelebihan dan Kegunaan PastTense
  1. Apabila digunakan secara topikal, minyak esensial PastTense membantu memulihkan emosi yang terbantut. Untuk akses yang mudah pada kelebihan ini, gunakan PastTense pada leher, bahu dan telinga.
     
  2. Hindari dari perasaan yang tidak diingini sambil menjemput ketenangan yang dapat diterima apabila menggunakan sedikit minyak PastTense. Ia direka untuk memulih perasaan stres dan sesuai digunakan apabila berada dalam keadaan tegang.
     
  3. Bawa minyak esensial PastTense ke mana saja anda pergi. PastTense direka untuk kesesuaian atas sokongan emosi. Dengan hanya isi padu 10mL struktur roll-on amat mudah untuk dibawa dan diletakkan di dalam poket, beg tangan dan lain-lain. Usah risau, hanya simpan minyak PastTense untuk kegunaan harian apabila diperlukan.
     
  4. Satu cara untuk menangani perasaan tegang adalah melalui urutan ke bahagian-bahagian yang penting. Selepas melalui hari yang penat, sapu minyak PastTense ke bahu, leher dan belakang untuk sensasi yang sejuk dan menenangkan. Minyak esensial PastTense akan membantu dalam melepaskan perasaan stres dan teman yang sempurna untuk urutan yang mendalam. Campurkan PastTense dengan doTERRA Fractionated Coconut Oil untuk membantu memaksimumkan tahap campuran sambil mengurangkan sensitif kulit.
     
  5. Sebelum menghadapi ujian mahupun pembentangan, pastikan minyak esensial PastTense digunakan di bahagian bahu dan leher. Ini akan membantu menenangkan emosi dan mengurangkan perasaan cemas dan stres.
     
  6. Menaiki kapal terbang, kereta dan bot selalunya membangkitkan ketegangan dalam minda. Sebelum bertolak, sapukan PastTense ke pergelangan tangan. Ciri-ciri daripada minyak esensial tersebut akan menenangkan emosi, membuka ruang untuk anda menikmati perjalanan ke destinasi.
     
  7. Sebelum menghadiri mesyuarat . Sapukan PastTense di tapak kaki. Minyak tersebut akan diserap melalui tapak kaki dan membuka ruang untuk pengguna menerima kelebihan PastTense dengan lebih cepat. Ia akan membantu dalam mengurangkan ketegangan dan tekanan secara langsung mengimbangi perasaan emosi anda ketika berada di dalam mesyuarat.
     
  8. Apabila menghadapi perubahan hidup yang besar, pastikan minyak esensial PastTense berada bersama anda. Sudah pasti bahawa perubahan akan memberi pengalaman yang baru, akan tetapi boleh menyebabkan peningkatan perasaan tekanan. Oleh itu, sapukan PastTense di belakang telinga untuk selanjutnya mengurangkan perasaan negatif yang akan menemani anda dalam menghadapi perubahan hidup.
     
  9. Pastikan badan dan minda anda berada dalam keadaan yang tenang sebelum menghadapi peperiksaan. Gunakan minyak esensial PastTense di leher, bahu dan belakang telinga untuk mengurangkan tekanan sebelum menghadapi ujian. Ini akan mengurangkan emosi yang negatif supaya anda boleh meningkatkan tahap kepekaan terhadap perkara yang penting.
          
Bahan-bahan
  • Daun Wintergreen
  • Bunga Lavender
  • Tumbuhan Peppermint
  • Kulit Frankincense
  • Herba Cilantro
  • Daun Marjoram
  • Bunga Roman Chamomile
  • Daun Basil
  • Daun Rosemary
Langkah Berjaga-jaga
Tidak digalakkan untuk kulit sensitif. Jauhi daripada kanak-kanak bawah umur. Jika anda hamil ataupun di bawah penjagaan doktor, sila hubungi doktor anda. Hindari dari mata, dalaman telinga dan bahagian sensitif.

 


There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda