Produk Tumpuan: Minyak Patchouli

Pilihan Minyak Esensia


Deskripsi Produk Minyak Patchouli

Untuk kulit yang sihat, aroma dan suasana merangsangkan, minyak Patchouli membuktikan ianya ialah minyak esensial yang ideal. Diekstrak daripada daun tumbuhan Patchouli, minyak Patchouli mempunyai banyak kegunaan dan kelebihan pada minda dan tubuh badan. Minyak esensial Patchouli mengandungi pelbagai kelebihan pada kulit dan membantu mengurangkan penampakan kedutan-kedutan, kerosakan dan kecacatan pada kulit. Minyak Patchouli juga dapat menggalakkan kompleksi wajah yang licin dan bersinar. Haruman minyak Patchouli yang manis sering digunakan di dalam minyak wangi dan cologne serta boleh mengeluarkan haruman kasturi semula jadi apabila disapu pada kulit. Aroma manis dan herba minyak Patchouli sangat bagus untuk penyerapan dan ciri-ciri kimianya mempunyai kesan stabil dan keseimbangan pada emosi apabila digunakan secara aromatik atau secara topikal.

Dimanakah untuk Membeli Minyak Patchouli

Untuk membeli sebotol Patchouli yang asli, layari laman produk minyak Patchouli.

Apabila membeli minyak esensial, ianya sangat penting untuk mencari minyak yang asli. Keaslian minyak esensial menentukan keberkesanan minyak esensial tersebut. Semakin kurang keaslian minyak esensial tersebut, semakin kurang kesannya. Kebiasaannya, minyak esensial yang terdapat di pasaran adalah tidak asli dan mengandungi bahan pencemar serta bahan penambah yang berbahaya. Produk-produk seperti ini menghadkan kegunaan dan kelebihan minyak esensial serta mengurangkan kehebatannya dalam memenuhi kehendak pengguna dan para keluarga di luar sana.

Sewaktu doTERRA diasaskan, mereka tahu betapa hebatnya minyak asli esensial, sejurus itu, mereka membuat satu misi untuk menyediakan minyak esensial gred asli. Sejak awal lagi, doTERRA memang sudah mengotakan janji mereka dengan sentiasa memastikan setiap minyak yang dihasilkan mesti diuji keasliaannya melalui protokol CPTG Certified Pure Therapeutic Grade®. Protokol ini mengandungi pelbagai ujian yang akan menguji setiap kumpulan minyak esensial secara menyeluruh untuk memastikan keasliannya. Sekiranya minyak-minyak tersebut disahkan asli, minyak-minyak tersebut akan dijual kepada pengguna-pengguna di seluruh dunia untuk merasai kehebatan keberkesanan minyak esensial yang asli.

Kegunaan dan Kelebihan Minyak Patchouli

  1. Minyak Patchouli kaya dengan Patchoulol, komponen kimia stabil yang sangat tinggi. Disebabkan konstituen ini dan seangkatan dengannya, minyak esensial Patchouli mempunyai kesan stabil dan keseimbangan pada emosi. Untuk memperolehi ciri-ciri harmoni Patchouli, sapukan satu atau dua titik Patchouli pada leher atau dahi anda ataupun gunakan tiga ke empat titis minyak Patchouli ke dalam alat penyebar udara pilihan anda.
  2. Jangan terlepas kelebihan minyak Patchouli pada kulit anda, jadikan ianya sebahagian daripada rutin seharian penjagaan wajah anda. Untuk mendapatkan kompleksi wajah yang licin dan bersinar, sapukan satu ke dua titik minyak esensial Patchouli pada wajah anda. Anda pasti akan menyukai hasilnya nanti!
  3. Untuk pembersihan oral yang ringkas dan berkesan, cuba DIY Patchouli dan Peppermint untuk berkumur. Minyak Peppermint kebiasaannya digunakan atas keupayaannya untuk menyegarkan nafas dan memberikan rasa pudina pada mulut anda. Minyak esensial Patchouli berfungsi secara berpasangan dengan perisa pudina milik minyak Peppermint dan membantu untuk menyeimbangkan dan menyegarkan mulut anda.
  4. Selepas seharian bekerja, campurkan minyak Patchouli dengan minyak Peppermint dan sapukan campuran ini pada dahi, pelipis atau belakang leher anda. Minyak Patchouli akan membantu memberikan kesan stabil dan menstabilkan emosi sementara Peppermint berfungsi untuk melegakan ketegangan.
  5. Untuk mendapatkan kelebihan kulit yang bagus daripada minyak esensial Patchouli, tambahkan beberapa titisan minyak Patchouli pada pelembab semula jadi pada kulit anda. Menggunakan minyak Patchouli akan membantu mengurangkan kedutan, kerosakan atau kecacatan pada kulit.
  6. Apabila emosi anda mula menghantui anda, campurkan minyak esnsial Patchouli dengan minyak esensial Vetiver dan sapukan campuran minyak itu pada tapak kaki anda. Ciri-ciri stabil dan keseimbangan emosi milik minyak esensial Patchouli dan Vetiver akan membantu menenangkan emosi.
  7. Minyak Patchouli sering digunakan di dalam industri minyak wangi dan cologne untuk aroma kasturi. Cipta haruman semula jadi milik anda dengan DIY Essential Cologne. Untuk mendapatkan cologne haruman kasturi yang manis, campurkan minyak Patchouli (16 titis), minyak Lime (32 titis), minyak Fennel (24 titis) dan doTERRA Fractionated Coconut Oil (280 titis). Minyak esensial Patchoulli juga boleh digunakan untuk mencipta minyak wangi kasturi dan boleh ditransfomasikan menjadi aroma yang berbau manis apabila digabungkan dengan minyak esensial bungaan.

Deskripsi Tumbuhan

Tumbuhan Patchouli, Pogostemon cablin, ialah herba berumput yang merupakan sebahagian daripada keluarga pudina. Batang tumbuhan tersebut boleh mencapai dua hingga tiga kaki tinggi dan mempunyai bunga-bunga kecil yang berwarna merah jambu dan putih. Tumbuhan Patchouli juga menghasilkan daun hijau yang bergerigi hujungnya. Minyak esensial doTERRA Patchouli diekstrak daripada daun-daun tumbuhan Patchouli.

Kimia Minyak

Patchouli Komponen Kimia Utama: Patchoulol, α-Bulnesene, α-Guaiene

Kimia utama di dalam minyak Patchouli ialah Patchoulol. Patchoulol mempunyai tulang belakang sesquiterpene dan merupakan ahli kumpulan fungsi alkohol. Patchoulol mengandungi ciri-ciri stabil dan disebabkan ciri-ciri stabil ini, minyak esensial Patchouli mempunyai kesan stabil pada emosi.  

Minyak yang Boleh Bercampur dengan Minyak Patchouli

Minyak Patchouli boleh bercampur dengan minyak esensial Bergamot, Peppermint, Geranium, Lavender, Rose, dan Clary Sage untuk tujuan penyebaran.

Langkah berjaga-jaga

Tidak digalakkan untuk kulit sensitif. Jauhi daripada kanak-kanak. Sekiranya sedang mengandung, menyusu atau di bawah pantauan doctor, sila dapatkan nasihat pakar. Elakkan terkena mata, bahagian dalaman telinga dan tempat-tempat sensitif.


There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda