Penerangan Produk Minyak Sandalwood
Sejak berabad zaman dahulu, aroma kayuan kering pokok sandalwood menjadikan tumbuhan ini sangat sesuai untuk upacara keagamaan, meditasi dan juga tujuan pengawetan pada zaman kuno orang Mesir. Kini, minyak esensial yang diambil daripada pokok sandalwood milik orang India sangat berguna untuk merancakkan suasana, memberikan kulit yang licin apabila digunakan secara topikal dan membangkitkan perasaan semasa meditasi apabila digunakan secara aromatik. Aroma manis minyak esensial Sandalwood menjadikan ianya unik dan sangat berguna untuk kehidupan harian.
Di manakah untuk Membeli Minyak Sandalwood
Apabila anda sudah bersedia untuk merasai kelebihan minyak esensial Sandalwood yang banyak ini, layari laman Minyak Sandalwood untuk mengetahui tentang cara pembelian. Dengan botol doTERRA minyak esensial Sandalwood, anda boleh merasai kelebihan minyak yang manis dan melegakan ini. Sama ada anda menggunakan minyak esensial Sandalwood ini di dalam rutin penjagaan kulit anda, untuk membangkitkan semangat anda atau untuk meditasi, anda pasti akan menerima minyak yang
selamat, asli dan berkualiti tinggi sekiranya anda membelinya daripada doTERRA.
Kegunaan dan Kelebihan Minyak Sandalwood
- Salah satu kegunaan minyak esnsial Sandalwood ialah keupayaannya untuk memberikan kulit tampak licin dan sihat bermaya. Menyapukan Sandalwood pada kulit bukan sahaja dapat memberikan kompleksi kulit yang licin, malah membantu untuk mengurangkan penampakan kecacatan pada kulit. Kini terbukti terdapat banyak kelebihan menjadikan minyak Sandalwood sebahagian daripada rutin penjagaan kulit anda.
- Untuk menggunakan minyak esensial Sandalwood pada kulit anda, cipta pengalaman seperti di spa di rumah anda dengan mengikuti langkah ini: isikan satu mangkuk besar dengan air panas, letakkan satu ke dua titis minyak esensial Sandalwood pada wajah anda dan tutup kepala anda dengan tuala. Kemudian, letakkan kepala anda di atas wap air panas sebentar tadi. Rawatan ala-ala spa di rumah akan memberikan kulit anda kesuburan dan keremajaan.
- Minyak esensial Sandalwood sangat berguna untuk menaikkan mood anda. Aroma Sandalwood yang seimbang akan membantu anda untuk berehat dan menyeimbangkan emosi anda. Untuk mendapatkan kelebihan yang sepenuhnya, sapukan satu ke dua titis minyak esensial Sandalwood ke tapak tangan anda. Kemudian, tekapkan tangan anda di sekeliling hidung anda dan hirup bauan tersebut selama 30 saat. Cara ini akan membantu mengurangkan ketegangan dan menyeimbangkan emosi.
- Meskipun terdapat banyak cara-cara penggunaan minyak esensial Sandalwood pada tubuh badan dan di dalam rumah, ia juga tidak dinafikan boleh menjadi rakan baik tukang kebun. Kajian telah menunjukkan bahawa minyak esensial Sandalwood mempunyai kesan yang positif terhadap tanaman di kebun. Menurut satu kajian lagi, seorang pengkaji telah menyembur beberapa spesis tumbuhan menggunakan minyak esensial Sandalwood. Selepas disembur, keputusan menunjukkan yang minyak esensial membantu tanaman tersebut untuk mengadaptasikan diri dengan persekitaran yang stres. Sekiranya anda mempunyai tanaman kebun yang memerlukan bantuan untuk hidup di dalam persekitaran yang stres, gunakan lah minyak esensial Sandalwood.
- Selain kelebihannya pada kulit, minyak esensial Sandalwood juga mempunyai kelebihan pada rambut. Sekiranya anda menggunakan minyak esensial Sandalwood pada rambut anda, hanya sapukan satu atau dua titis minyak tersebut pada rambut yang masih basah. Sandalwood akan memberikan sinaran yang lebih kepada rambut anda dengan menyimpan kelembapan yang ada pada setiap helaian rambut. Satu cara untuk menjadikan minyak esensial Sandalwood sebagai rutin penjagaan rambut anda ialah dengan menambahkan beberapa titis minyak tersebut pada syampu atau perapi rambut anda.
- Salah satu kegunaan minyak Sandalwood ialah untuk meditasi kerana ciri-ciri kenaikan suasananya. Aroma kayuan manis Sandalwood dikenali dapat membangkitkan suasana, salah satu sebab mengapa minyak ini digunakan untuk meditasi sejak berabad zaman dahulu. Gunakan Sandalwood di dalam bilik tidur anda selepas menjalani hari yang memenatkan atau sebelum meditasi untuk mendapatkan atmosfera yang membangkitkan.
- Bukan sahaja minyak esensial Sandalwood sangat bagus untuk kompleksi, namun ia juga menyumbang kepada cukuran yang licin dan selesa. DIY Shaving Cream, menggunakan beberapa minyak terbaik untuk kulit seperti Peppermint, Sandalwood dan Tea Tree Oil. Menggabungkan ketiga-tiga minyak ini dengan shea butter dan minyak kelapa akan menjadikan kulit anda licin dan lembap selepas setiap cukuran. Sesuai untuk kegunaan lelaki dan perempuan, campuran ini sangat mudah untuk dibuat dan akan memberikan anda cukuran yang terbaik setiap kali penggunaan.
- Minyak esensial Sandalwood sangat membantu ketika sesi meditasi dan ia juga memberikan atmosfera yang menenangkan serta melegakan walaupun anda tidak bermeditasi. Sekiranya anda sukakan mandian panas, Sandalwood boleh mencipta atmosfera yang melegakan ketika mandian anda. Selepas seharian bekerja atau menjaga anak-anak anda, atau bila-bila masa sahaja yang anda perlukan keseimbangan, tambahkan satu atau dua titis minyak esensial Sandalwood ke dalam mandian panas anda untuk mengurangkan tekanan dan memberikan ketenangan.
- Disebabkan ciri-ciri pembumiannya, minyak esensial Sandalwood sangat membantu pada waktu tidur. Gunakan Sandalwood di sebelah katil anda sebelum anda tidur untuk mendapatkan suasana tidur malam yang menenangkan. Anda juga boleh menyapukan beberapa titis minyak esensial Sandalwood pada belakang leher anda sebelum tidur untuk mendapatkan suasana yang akan menyebabkan anda terlentok.
Penerangan Tumbuhan
Pokok Sandalwood dikenali mempunyai aromatik hutan yang dapat mengekalkan harumannya selama beberapa dekad. Santalum album, atau Indian Sandalwood, ialah asal pokok India yang telah digunakan sejak berbada lamanya di dalam budaya masyarakat orang India. Dengan potensi untuk hidup selama 100 tahun, Indian Sandalwood boleh tumbuh di kawasan yang kering dan gersang. Minyak esensial Sandalwood diambil dari empulur heartwood atau kayu yang paling tua pokok tersebut. Heartwood pokok kebiasaannya gelap dan keras yang menghasilkan minyak esensial dengan aroma yang manis kayuan.
Kimia Minyak Sandalwood
Komponen Kimia Utama: santalol
Sandalwood mempunyai konstituen kimia yang dikenali sebagai santalol iaitu sejenis alkohol yang mempunyai kesan pembumian. Selain ciri-ciri pembumiannya, Sandalwood juga dikenali dapat mencantikkan kulit apabila digunakan secara topikal dan memberikan perasaan yang menenangkan untuk tidur malam yang menyenyakkan sekiranya digunakan secara aromatik. Terdapat 90 peratus kepekatan santalol di dalam minyak esensial sandalwood, menjadikan ianya berguna untuk kulit, suasana tidur yang menyenyakkan dan pembumian emosi.
Minyak yang Boleh Bercampur dengan Minyak Sandalwood
Disebabkan aromanya yang unik yang mana mempunyai kemasan kayuan dan manis, minyak Sandalwood boleh bercampur dengan pelbagai jenis minyak yang lain. Bauan manis minyak esensial Sandalwood menjadikan ianya pasangan yang sesuai untuk minyak esensial bungaan seperti
Lavender,
Jasmine dan
Geranium. Sandalwood juga boleh dicampurkan dengan minyak sitrus seperti
Bergamot dan
Grapefruit kerana sifatnya yang manis dan membangkitkan. Anda juga boleh mencampurkan minyak esensial dengan minyak yang tajam dan panas seperti
Frankincense.
Langkah berjaga-jaga
Tidak digalakkan untuk kulit sensitif. Jauhi daripada kanak-kanak. Sekiranya anda mengandung, menyusu atau di bawah jagaan doktor, dapatkan nasihat pakar. Elakkan terkena mata, dalaman telinga dan tempat-tempat sensitif.