Penerangan Produk Minyak Spikenard
Disanjung semenjak zaman purba untuk aroma yang menenang, relaks dan keupayaan untuk menggalakkan kulit yang bersih, minyak esensial Spikenard masih lagi sangat berguna dan bermanfaat hari ini. Digunakan untuk menggalakkan kulit yang sihat, ketenangan, dan meningkatkan semangat, minyak Spikenard terkenal dengan baunya yang unik seperti berkayu dan pedas, yang menghasilkan aroma menyenangkan apabila disebar atau digunakan sebagai minyak wangi peribadi.
Di Manakah Membeli Minyak Spikenard
Adakah anda berminat untuk membeli minyak Spikenard anda sendiri? Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang pembelian dengan melawat halaman maklumat produk minyak Spikenard.
Pengeluaran minyak esensial doTERRA Spikenard diumumkan pada Konvensyen doTERRA 2016, bersama dengan produk baru yang lain. Sebelum mengeluarkan produk baru, doTERRA sentiasa memastikan kami dapat mengekalkan sumber dengan bertanggungjawab dan ujian yang cekap, dan memberi minyak
CPTG® yang paling tulen dan kuat kepada pengguna. Seperti minyak esensial doTERRA yang lain, minyak Spikenard didapati daripada sumber yang bertanggungjawab, diuji dengan teliti, dan mengekalkan unsur semula jadi yang tulen, menjadikannya produk yang berkualiti tinggi.
Penggunaan dan Faedah Minyak Spikenard
- Salah satu faedah besar minyak Spikenard adalah aromanya yang dapat meningkatkan perasaan tenang dan relaks. Sepanjang sejarah, Spikenard lazimnya digunakan untuk mengurus dan meningkatkan mood, atau untuk membantu menggalakkan ketenangan. Hari ini, minyak Spikenard dapat membantu menggalakkan perasaan tenang, relaks, atau meningkatkan semangat apabila digunakan secara topikal atau aromatik.
- Minyak Spikenard bukan sahaja dikenali untuk sifat meningkatkan semangat, tetapi ia juga merupakan minyak yang memberikan kestabilan. Sifat kestabilan minyak Spikenard menjadikannya pilihan yang terkenal untuk aromaterapi dan meditasi. Aroma semula jadi berkayu dan kasturi daripada Spikenard menjadikannya minyak yang berguna untuk aromaterapi dan urutan, manakala sifat kestabilan menjadikannya berguna untuk meningkatkan ketenangan semasa meditasi.
- Minyak Spikenard boleh digunakan secara topikal untuk membantu menggalakkan perasaan tenang atau relaks. Apabila anda ingin mengalami faedah ketenangan daripada minyak esensial Spikenard, sapu satu atau dua titik pada pelipis atau belakang leher. Sebelum sapu Spikenard pada kulit, pertimbangkan untuk mencairkan minyak dengan doTERRA Fractionated Coconut Oil untuk membantu mengurangkan sensitiviti kulit.
Penerangan Tumbuhan
Berasal dari kawasan alpine Himalaya, Nardostachys jatamansi adalah tumbuhan berbunga dalam keluarga Valerian. Tumbuhan itu menghasilkan bunga merah jambu yang kecil dan halus, dan tumbuh pada ketinggian tinggi, itulah sebabnya ia bertumbuh begitu mudah di pergunungan Himalaya. Minyak esensial Spikenard boleh didapati pada akar tumbuhan dan dihasilkan menggunakan proses penyulingan stim. Selama berabad-abad, Spikenard telah digunakan secara tradisional dalam amalan kesihatan Ayurveda yang berasal dari India, dan telah digunakan dalam sejarah untuk memberkati orang-orang yang mendapat penghormatan tinggi.
Sumber
Sumber minyak Spikenard doTERRA berasal dari Nepal, di mana mereka boleh memberikan pendapatan yang stabil kepada para penuai Spikenard dan penyuling. Oleh sebab kebanyakan kawasan penuaian ini terpencil, ia boleh menjadi sukar bagi para penyuling dan penuai untuk menerima pendapatan yang diperlukan untuk menyokong keluarga mereka. Dengan inisiatif doTERRA Co-Impact Sourcing® di Nepal, para penuai Spikenard dan penyuling boleh menikmati pembayaran yang adil dan tepat pada masanya. Inisiatif ini bukan sahaja membantu para penuai sendiri, malahan doTERRA juga membantu kawasan luar bandar ini dengan projek komuniti khas yang bertujuan meningkatkan kualiti hidup.
Langkah berjaga-jaga
Kemungkinan sensitiviti kulit. Jauhkan daripada kanak-kanak. Jika anda mengandung, menyusukan anak, atau di bawah jagaan doktor, berunding dengan doktor anda. Elakkan sentuhan pada mata, dalam telinga dan kawasan sensitif.