Produk Tumpuan: TerraShield


Deskripsi Produk TerraShield 
 
Sekiranya anda ingin melindungi diri dari gangguan di luar rumah, bukankah lebih baik anda melindungi diri dengan menggunakan manfaat alam semula jadi itu sendiri? Walaupun jarang dilihat, banyak tumbuhan mengandungi pelindung wap yang dihasilkan dari minyak esensialnya sendiri yang melindunginya daripada risiko ancaman persekitaran. Campuran minyak esensial TerraShield doTERRA mengambil manfaat daripada minyak esensial yang melindungi tumbuhan ini menjadikannya satu produk yang berkesan untuk digunakan ketika aktiviti luar. Dengan menggabungkan Cedarwood, Ylang Ylang, Catnip, Lemon Eucalyptus, Litsea, Nootka, Arborvitae, dan Absolut Kacang Vanila, TerraShield adalah campuran yang topikal dan aromatik yang dapat memberi pengalaman beraktiviti luar yang lebih baik kerana bahan semula jadinya dapat membantu melindungi dari gangguan persekitaran. Oleh kerana sifat organiknya, minyak TerraShield adalah selamat untuk digunakan oleh semua. 
 
Cara untuk Mendapatkan TerraShield 
 
Tidak kiralah jika anda seorang pendaki, penunggang basikal, pengembara, atau peminat aktiviti luar, anda pasti menyukai keselesaan dan perlindungan yang ditawarkan oleh rumusan baru TerraShield. Jika anda ingin membeli sebotol TerraShield untuk aktiviti luar anda yang seterusnya, lawati halaman produk TerraShield Outdoor Blend. TerraShield adalah produk yang sangat berkesan yang diformulasi menggunakan minyak esensial CPTG® . Minyak CPTG® adalah minyak esensial yang mempunyai ketulenan dan potensi yang berstandard tinggi, dan telah diuji dengan teliti untuk mengesahkan keberkesanannya. Minyak esensial CPTG® ini memastikan bahawa minyak esensial, campuran, atau produk doTERRA yang anda terima terhasil dari kualiti yang terbaik untuk memenuhi keperluan anda dan seisi keluarga. 
 
TerraShield Outdoor Blend kini boleh didapati dalam botol semburan 30 ml. TerraShield Spray akan memberikan anda segala manfaat minyak doTERRA TerraShield di samping  memberi keselesaan tambahan dengan adanya penutup semburan, membolehkan anda menikmati manfaatnya dengan lebih pantas dan mudah. Bentuk bekasnya juga menjadikannya sesuai untuk diletak dalam poket atau beg dan mudah dibawa dan disimpan untuk kegunaan segera. 
 
Kegunaan dan Kelebihan TerraShield 
 
  1. TerraShield biasanya dikenali kerana keupayaannya bertindak sebagai pelindung semulajadi dan efektif untuk melindungi daripada ancaman luar. Kesan yang melindungi ini adalah terhasil dari Cedarwood, Arborvitae, dan minyak esensial pokok catnip yang mengandungi ciri pelindung semulajadi. Jika anda mencari pelindung semulajadi untuk diri anda atau orang tersayang, TerraShield adalah campuran minyak esensial yang sesuai untuk digunakan. 
     
  2. Disebabkan campuran minyak esensial TerraShield terdiri daripada minyak esensial tumbuh-tumbuhan, ianya adalah semula jadi dan selamat untuk digunakan oleh seisi keluarga. Oleh itu, lupuskan semua semburan, cecair, atau losen luar rumah yang bertoksik, dan gunakan produk yang lebih organik iaitu minyak doTERRA TerraShield. 
     
  3. Untuk membantu anak anda menikmati aktiviti luar rumah, pastikan mereka dilindungi dengan sempurna dan bersedia untuk melakukan aktiviti luar dengan menggunakan campuran minyak esensial TerraShield. Untuk hasil terbaik, sapukan TerraShield pada lengan dan kaki anak anda sebelum dia keluar, dan pastikan anda juga  menyapu pada lengan dan kakinya.
     
  4. Anda sedang membuat persiapan untuk barbeku di luar? Bagi menghalang gangguan persekitaran, tambahkan tiga hingga empat titis minyak TerraShield ke dalam alat penyebar pilihan anda, dan sebarkan. TerraShield akan membantu membolehkan anda dan tetamu anda menikmati hidangan yang menyelerakan di luar rumah. 
     
  5. TerraShield bukan sahaja melindungi anda ketika berada di luar, ia juga boleh digunakan untuk melindungi anda semasa berada di dalam rumah. Semburkan campuran minyak esensial TerraShield di sekitar pintu dan tingkap untuk melindungi rumah anda. Anda juga boleh menggunakan TerraShield di sekitar pintu khemah dan tingkap semasa berkhemah.  
     
  6. Untuk perjalanan memancing anda seterusnya, sapukan minyak TerraShield pada lengan dan leher anda atau letakkan setitis TerraShield pada barang kemas Aromaterapi dan pakai semasa anda keluar.  
     
  7. Aktiviti di luar rumah memberikan keseronokan dan kenikmatan tanpa had yang optimum. Dengan campuran minyak esensial doTERRA TerraShield, anda boleh memberi tumpuan untuk menikmati pelbagai keindahan alam tanpa dihalang gangguan persekitaran. Minyak ini akan memberi tahap keselesaan menakjubkan di luar dan membolehkan anda menikmati setiap minit keindahan alam sekitar. 
Bahan utama 
  • Bunga Ylang Ylang  
  • Kayu Nootka  
  • Kayu Cedarwood  
  • Tumbuhan Catnip  
  • Daun Lemon Eucalyptus  
  • Buah Litsea  
  • Kayu Arborvitae  
  • Absolut  Kacang Vanila  
  • Fractionated Coconut Oil  
  • Biji Tamanu  
Amaran 
Kemungkinan sensitiviti kulit. Jauhkan daripada kanak-kanak. Jika anda mengandung, menyusukan anak, atau di bawah jagaan doktor, berunding dengan doktor anda. Jauhi sentuhan pada mata, dalam telinga dan kawasan sensitif. 

 


There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda