Kehebatan Cypress


Bansa Rom purba telah mempopularkan penanaman pokok cypress sepanjang pemerintahan Empayar Roman, meskipun Orang Mesir telah menggunakan kulit pokok cypress untuk membuat keranda batu dan orang-orang Phoenicia dan Kretan menggunakan kayu pokok tersebut untuk kapal mereka. Shakespeare telah menulis di dalam drama Twelfth Night mengenai keranda yang diperbuat daripada cypress. Di Latin, Sempervirens (Cypress) bererti kehidupan untuk selama-lamanya atau kehijauan selama-lamanya, simbolik untuk kehidupan selepas kematian.

Cypress dikaitkan dengan berkabung kerana sehingga hari ini, pokok cypress digunakan sebagai hiasan di tanah perkuburan. Namun begitu, pokok cypress mempunyai kelebihan yang jauh lebih banyak berbanding untuk tujuan hiasan semata-mata. Menurut sejarah, daun cypress yang direndam boleh digunakan untuk membuat teh bagi tujuan kesihatan. Minyak esensial daripada dahan-dahan pokok tersebut boleh dimanfaatkan dalam banyak cara.

Meskipun boleh digunakan secara topikal atau aromatik, Cypress memiliki banyak kelebihan. Jika anda belum pernah menggunakan Cypress, kini tiba masanya untuk anda mengetahui kenapa ia perlu ditambahkan dalam koleksi minyak anda.

  1. Memberikan daya tahan dan tenaga dengan bernafas di dalam haruman Cypress, tenaga anda dapat dinaikkan secara semula jadi. Anda juga boleh menghirup bauan minyak tersebut daripada telapak tangan anda.
     
  2. Menenangkan kegelisahan Cypress juga dapat membantu apabila anda hendak bermeditasi sebab ia dapat mengurangkan kegelisahan. Simpan alat penyebar pada meja anda atau tempat anda bekerja.
     
  3. Boleh digunakan pada kulit anda sebelum melakukan senaman Urut otot-otot anda dengan beberapa titis minyak esensial Cypress sebelum melakukan apa-apa aktiviti yang serius.
     
  4. Menenangkan emosi Haruman Cypress dikatakan dapat menenangkan fikiran dan emosi seperti kemarahan. Menggunakan minyak Cypress selepas hari yang memenatkan dapat menenangkan hati anda.
     
  5. Memperbaiki kulit anda Jika anda pernah ke spa, anda mungkin dapat mengecam bauan hijau ini. Ini kerana minyak Cypress sangat bagus untuk kulit dan ianya sering digunakan di spa untuk facial dan urutan keseimbangan kulit yang berminyak dan merehatkan anda.
     
  6. Deodoran semula jadi Haruman Cypress sangat segar, berbau kehijauan, kayuan dan herba yang mana menjadikan ia haruman yang bagus untuk sabun, deodoran dan juga minyak wangi lelaki.

Disebabkan haruman herba Cypress dicampur bersama-sama dengan minyak citrus seperti Lime, Lemon, dan Wild Orange, melengkapkan lagi aroma tersebut dengan baik. Bergamot, Clary Sage, Frankincense dan Lavender juga adalah pilihan yang bagus.

Dapatkan botol minyak Cypress doTERRA di sini.


There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda