Asal: perkataan Latin yang bermaksud
"Hadiah dari Bumi".
Deskripsi Produk Verage Immortelle Hydrating Serum
Walau apa jua umur anda, ianya sangat penting untuk menggunakan produk penjagaan kulit yang dapat melindungi kulit anda dan memberikan kulit yang licin dan sihat. Kombinasi ciri-ciri pembersihan dan keremajaan minyak esensial bersama-sama dengan bahan-bahan semulajadi yang lain, Immortelle Hydrating Serum dapat mengekalkan kelembapan, menyuburkan dan melicinkan kulit anda, sama seperti apa yang anda mahukan apabila menggunakan serum pelembap. Ramai orang menggunakan cara yang pelik dan menakutkan untuk mendapatkan kulit yang senantiasa muda dan segar, tetapi anda sebenarnya boleh mendapatkan kulit yang licin, awet muda dengan mencampurkan produk-produk minyak esensial ke dalam rutin produk penjagaan kulit anda setiap hari. Sama ada anda menggunakan produk anti-penuaan atau tidak, kuasa penentang usia milik Verage Immortelle Hydrating Serum boleh membantu dalam melembapkan kulit anda, menjadikannya sihat dan awet remaja.
Dimanakah untuk membeli Verage Immortelle Hydrating Serum
Adakah anda bersedia untuk membeli sebotol Immortelle Hydrating Serum? Sekiranya anda bersedia untuk merasai kelebihan kelembapan dan anti-penuaan produk ini, layari laman Verage Immortelle Hydrating Serum.
Kegunaan dan Kelebihan Verage Immortelle Hydrating Serum
Bahan-bahan Utama
Frankincense: Dikenali dapat mengurangkan masalah pada kulit, minyak Frankincense sangat berguna untuk ditambah pada mana-mana rutin penjagaan kulit.
Hawaiian Sandalwood: Dengan kebaikannya dapat melegakan kulit, Hawaiian Sandalwood menyumbang kepada kompleksi wajah yang licin dan sihat.
Helichrysum: Sebagai salah satu minyak esensial yang baik untuk kulit, minyak Helichrysum membantu untuk memperbaiki keseluruhan penampakan kulit dan ianya sering digunakan di dalam produk-produk anti-penuaan kerana keupayaannya yang dapat mengurangkan penampakan garisan-garisan halus.
Lavender: Minyak yang popular untuk penjagaan kulit, minyak esensial Lavender boleh digunakan untuk melegakan iritasi kulit.
Myrrh: Bukan sahaja minyak Myrrh mempunyai ciri-ciri pembersihan yang signifikan, tetapi ia juga dikenali dapat memberikan kulit yang lembut dan awet muda
Rose: Bukan sahaja minyak Rose memiliki haruman yang menarik yang menjadikan ia sangat bagus untuk produk penjagaan kulit, tetapi ia juga dapat membantu mengurangkan penampakan kulit yang bermasalah dan memberikan tona kulit yang sekata serta kompleksi wajah yang sihat.
Video disabled by your privacy settings
Cara Menggunakan Verage Immortelle Hydrating Serum
Sapukan Verage Immortelle Hydrating Serum pada wajah dan leher dalam urutan membulat. Gunakan produk ini pada waktu pagi dan malam diikuti dengan Verage Moisturizer.
Langkah berjaga-jaga
Untuk kegunaan luar sahaja. Elakkan daripada bersentuhan dengan mata. Sekiranya berlaku iritasi, hentikan peggunaan.