Produk Tumpuan: Veráge® Toner


Deskripsi produk Verage Toner

Mencari toner yang berkesan, tidak terlalu kasar pada kulit adalah bahagian yang penting bagi mana-mana rutin penjagaan kulit. Dengan menggunakan toner yang betul, anda boleh mendapat kulit yang sihat dan segar serta menikmati tona kulit yang sekata. doTERRA mencipta Verage Toner sebagai elemen yang penting dalam rangkaian produk Verage Skin Care untuk menyamaratakan, menutup dan melicinkan kulit dengan penggunaan minyak esensial yang berkualiti tinggi. Apabila anda ingin memperbaiki tekstur kulit, Verage toner dapat membantu untuk menyamaratakan tona kulit tanpa mengeringkan atau menyebabkan iritasi pada kulit. Sekiranya anda sangat komited dalam mengekalkan kulit yang sihat dan bersinar, Verage Toner dapat memberikan anda wajah yang licin dan tona kulit yang sekata yang anda mahukan pada bila-bila masa dan dimana jua.

Dimanakah untuk Membeli Verage Toner

Verage Toner merupakan salah satu produk daripada koleksi doTERRA Verage Skin Care dan menggunakan minyak esensial yang tulen untuk mendapatkan kulit yang sihat. Layari laman produk Verage Toner untuk mengetahui tentang cara pembelian produk tersebut, atau laman rangkaian Verage Skin Care untuk membeli keseluruhan koleksi produk ini. Verage Toner sangat berguna apabila digunakan bersama-sama dengan rangkaian Verage Skin Care yang lain kerana setiap produk tersebut mempunyai manfaat kuasa minyak esensial pada kulit. Dengan minyak esensial CPTG (Certified Pure Therapeutic Grade®) yang ada pada setiap produk Verage, anda boleh mendapatkan kulit yang bersinar, sihat dan bangun dengan perasaan yang gembira melihat kulit anda pada setiap hari.

Kegunaan dan Kelebihan Verage Toner

  1. Meskipun kebanyakan toner yang dijual di luar sana kasar dan menyebabkan iritasi pada kulit, Verage Toner mempunyai bahan-bahan semulajadi yang dapat menyegarkan, melegakan dan memberikan galakan awet muda apabila diperlukan. Menggunakan beberapa minyak esensial yang bagus untuk kulit seperti Cypress, Coriander dan Ylang Ylang, formula Verage Toner bekerja untuk menguat, menyegarkan, melegakan, menyamaratakan tona kulit dan mengetatkan kulit. Lupakan tentang toner kasar yang menyebabkan iritasi pada kulit dan biarkan kuasa kelegaan minyak esensial memberikan anda pengalaman kesegaran dan toning.
  2. Disebabkan Verage Toner mengandungi minyak esensial yang asli dan berpotensi tinggi, bukan sahaja ia dapat memperbaiki penampakan kulit anda, malah membantu untuk menyegarkan deria untuk peningkatan tenaga. Apabila kulit anda terasa kusam dan suram, ianya pasti mudah untuk anda berasa muram atau hilang semangat. Walau bagaimanapun, aroma yang menyegarkan milik Verage Toner akan memberikan kesegaran segera pada wajah anda disamping membangunkan dan menyegarkan deria-deria anda. Sama ada anda mempunyai masalah untuk meneruskan pagi anda atau mula terasa tiada semangat pada waktu tengahari, semburan Verage Toner dapat memberikan peningkatan kepada tenaga dan kompleksi yang bersinar.
  3. Sama ada anda mengunakan alat solek yang banyak atau tidak menggunakannya langsung, Verage Toner boleh digunakan pada bila-bila masa untuk memberikan wajah yang segar dan lembut. Sekiranya anda sering memulakan pagi anda dengan memakai produk solekan kegemaran anda, anda boleh ‘set’ gaya anda pada hari tersebut dengan menghabiskan rutin solekan anda dengan menggunakan semburan Verage Toner. Sekiranya anda memerlukan kesegaran pada waktu tengahari atau petang, semburkan Verage Toner pada wajah anda untuk mendapatkan kulit yang segar dan seperti baharu.

Bahan-bahan Utama 

Ylang Ylang: Dikenali dengan keupayaannya untuk memberikan kompleksi wajah yang sihat, minyak Ylang Ylang membantu untuk melegakan dan menyuburkan kulit.

Coriander: Dikenali dengan ciri-ciri pembersihannya, minyak Coriander dapat membantu untuk mendapatkan kulit yang bersih, khas untuk mereka yang mempunyai kulit yang berminyak.

Palmarosa: Dikenali dapat membantu menyeimbangkan dan menghidupkan semula kulit, Palmarosa ialah tambahan formula yang sempurna untuk Verage Toner.

Witch Hazel: Merupakan bahan yang mengandungi pelbagai khasiat untuk kulit, Witch Hazel membantu untuk menenangkan kulit.

Cypress: Minyak Cypress mempunyai kelebihan toning, melegakan dan meremajakan kulit yang dapat menyumbang kepada kulit yang sihat.

Aloe: Sering digunakan untuk melegakan dan melembapkan kulit, aloe menyumbang kepada kelegaan dan kesegaran semulajadi di dalam formula Verage Toner. 

Video disabled by your privacy settings

Cara untuk Menggunakan Verage Toner

Verage Toner boleh digunakan pada setiap pagi dan malam, atau sepanjang hari mengikut keperluan. Verage Moisturizer sangat berkesan apabila digunakan bersama-sama dengan rangkain Verage Skin Care. Gunakan Verage Toner sebelum menggunakan Verage Immortelle Hydrating Serum.

Langkah berjaga-jaga

Untuk kegunaan luar sahaja. Pejamkan mata sebelum melakukan semburan pada muka dan elakkan semburan pada mata. Sekiranya berlaku iritasi kulit, hentikan penggunaan.


There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda