Asal: perkataan Latin yang bermaksud
"Hadiah dari Bumi".
Video disabled by your privacy settings
Days for Girls menerima sumbangan berjumlah USD $250,000 USD daripada doTERRA Healing Hands Foundation dan 1,000 kit kebersihan yang disediakan oleh para pekerja doTERRA.
PLEASANT GROVE, UT—Oktober 21, 2015—Begitu mudah untuk kita mengambil mudah tentang kebersihan wanita apabila terdapat produk yang murah dan senang untuk didapati. Tetapi di negara-negara yang belum maju, produk wanita bukan sahaja mahal, malah sukar untuk didapati bagi kebanyakan wanita. Tanpa bekalan produk feminin yang ada, pelajar perempuan akan terlepas sekolah, terlepas kerja dan tidak akan mempunyai pendapatan, serta akan duduk di rumah sahaja, setiap bulan.
Days for Girls, sebuah badan bukan kerajaan antarabangsa, membantu wanita dan perempuan menemui potensi dan nilai diri mereka dengan memastikan kebersihan wanita yang mampan, dan doTERRA Healing Hands Foundation sedia membantu.
doTERRA mengumumkan sokongan mereka untuk Days for Girls dengan sumbangan $250,000 di konvensyen global bulan lepas. Tambahan kepada sumbangan tersebut, lebih daripada 350 pekerja doTERRA dan Wellness Advocates menyusun kit kebersihan, yang akan memberi manfaat kepada lebih 1,000 pelajar perempuan dan wanita.
"Begitu mengejutkan apabila menyedari bahawa pelajar perempuan di seluruh dunia tidak mempunyai akses kepada sesuatu yang asas seperti bekalan kebersihan wanita,” kata Debbie Young, pengarah Utah untuk Days for Girls. “Ini kerap menghalang mereka daripada aktiviti harian, lebih-lebih lagi menghadiri sekolah. Apabila seorang kanak-kanak perempuan lahir dalam kemiskinan dan tidak mendapat pelajaran, masa depannya akan menjadi kelam. Namun apabila dia menerima kit Days for Girls, seluruh laluan masa depannya berubah kerana dia dapat pergi ke sekolah, tempat kerja, dan mengubah masa depannya sendiri. Mendidik kanak-kanak perempuan membolehkan mereka mengangkat diri sendiri keluar daripada kemiskinan dan masa depan keluarga serta komuniti, berkemungkinan mengubah kitaran kemiskinan dalam satu generasi!”
Visi Days for Girls adalah sangat mendalam. Badan bukan kerajaan tersebut mahu memastikan bahawa setiap kanak-kanak perempuan dalam dunia mendapat akses kepada kebersihan yang berkualiti dan pendidikan kesihatan menjelang 2022. Ini merupakan matlamat yang besar dan organisasi ini akan memerlukan banyak pertolongan untuk menjayakannya.
"Apabila kami mendapat tahu bahawa wanita menggunakan daun-daun, isi tilam, surat khabar, sekam jagung, dan bahan-bahan lain untuk kebersihan wanita, kami amat kecewa dan kami tahu kami perlu memberi bantuan,” kata Emily Wright, naib presiden eksekutif jualan dan pemasaran di doTERRA. "Kami amat teruja untuk membuat kit kebersihan ini dan melalui bantuan ini, kami dapat menyokong kanak-kanak perempuan ini menerima pendidikan dan meningkatkan keyakinan diri mereka.”
Setiap elemen dalam kit Days for Girls direka khas dengan maklum balas daripada kanak-kanak perempuan yang menggunakannya, dan termasuk barangan seperti pelindung kain, lapik, kain basahan, sabun, arahan, dan beg bertali yang cantik yang boleh digunakan untuk tugasan di sekolah. Kit ini direka untuk bertahan sehingga tiga tahun dan mempertingkatkan maruah dan kebebasan kepada wanita di seluruh dunia.
"Days for Girls telah mengubah banyak kehidupan melalui penciptaan kit dan mengajar tentang kesihatan wanita kepada seluruh komuniti,” kata Dave Stirling, CEO doTERRA. "Kami sepenuh hati menyokong niat mereka dan menyanjung kepercayaan mereka bahawa setiap wanita di dunia ini layak mendapat pendidikan, keselamatan, dan maruah.”