Menggunakan Minyak Esensial Secara Topikal: Panduan Asas


Menggunakan Minyak Esensial Secara Topikal: Panduan Asas  

Penggunaan setempat minyak esensial popular sejak zaman dulu lagi. Namun, memakai minyak-minyak esensial pada kulit anda adalah lebih rumit daripada menyapu losyen badan. Secara umum, minyak esensial dipakai di bahagian yang memerlukan untuk mendapatkan kesan spesifik. Sebagai contoh, bagi melegakan badan selepas senaman, anda boleh memakai minyak esensial Deep Blue® pada otot belakang dan kaki anda. Sebab tambahan bagi penggunaan minyak setempat adalah untuk menghayati aromanya dengan memakainya pada pergelangan tangan, tapak tangan, atau belakang telinga anda.

Sebelum menggunakan mana-mana minyak esensial atau campurannya pada kulit anda, sila pastikan anda mengikuti garis panduan asas demi faedah yang sebaiknya.

 

Meneliti sama ada pencairan diperlukan.

Semua minyak esensial dan campuran doTERRA dikelaskan kepada tiga kategori, iaitu Keras, Cair atau Sensitif. Keras bermakna pencairan tidak diperlukan, Cair bermakna minyak berkenaan wajib dicairkan untuk semua pengguna, dan Sensitif bermakna ia harus dicairkan untuk penggunaan oleh kumpulan sensitif termasuk kulit yang lembut atau sensitif.

Jangan lupa mencairkan sesuatu minyak untuk menjadikannya kurang keras. Jika kurang yakin, minyak Keras boleh juga dicairkan mengikut keselesaan anda. Terutamanya apabila anda julung-julung kali menggunakan sesuatu minyak, anda dinasihatkan untuk cairkan minyak sahaja.  

 

Penggunaan hanya pada bahagian tertentu.

Kemujaraban minyak esensial bermakna anda harus mencegah penggunaan pada bahagian sensitif, tetapi ia selamat digunakan pada kebanyakan bahagian lain:

·         Muka (bermanfaat untuk mencerahkan dan mencantikkan kulit)

·         Dahi, leher dan bahagian pelipis (bahagian sasaran untuk menangani tekanan)

·         Lelangit mulut (untuk membantu mengimbangi emosi dan mood anda)

·         Pangkal tengkorak (pilihan luaran bagi kestabilan emosi dan mood)

·         Perut (digunakan untuk memanfaatkan organ penghadaman utama)

·         Dada (penyelesaian untuk melancarkan pernafasan)

·         Tapak kaki (untuk mengurangkan kepekaan, melegakan kaki, atau untuk urutan. Urutan kaki dapat merangsang hujung-hujung saraf dan memanfaatkan seluruh badan.

 

Tindakan sekiranya terdapat reaksi.

Reaksi terhadap sesuatu minyak esensial jarang berlaku, namun begitu, ia boleh berlaku. Anda akan mendapatinya sekiranya anda mengalami reaksi berdasarkan kepada tindakbalas pada kulit, seperti kerengsaan atau kenyerian yang serius. Apabila mencuba minyak esensial yang baru, jalanilah ujian tompok dengan memakai setitik minyak (dengan lima hingga sepuluh titik minyak pembawa bagi minyak jenis "panas" atau "sensitif") pada tompok kulit pada lengan bawah. Perhatikan tompok kulit berkenaan selama satu jam untuk sebarang reaksi, meskipun reaksi biasanya berlaku dalam masa 10 minit.

Sediakan Fractionated Coconut Oil untuk kegunaan segera untuk mengurangkan kesan reaksi jika ia berlaku.

 

Petua Keselamatan Lain 

Minyak-minyak esensial tertentu, khususnya minyak sitrus seperti Bergamot, Grapefruit, Lemon, Lime, Tangerine, Wild Orange dan sebagainya adalah minyak peka terhadap cahaya. Minyak seumpama ini menjadikan kulit anda lebih sensitif terhadap pancaran UV dan selaran matahari. Setelah memakai minyak berkenaan, elakkan daripada pendedahan kepada sama ada pancaran matahari atau pancaran ultra-ungu tiruan secara langsung.

Perhatian khusus harus diambil dengan mana-mana minyak yang bersifat “panas”. Ini termasuk semua minyak dalam kategori Cair yang disentuh di atas. Minyak-minyak ini wajib dicairkan dan berwaspada jika digunakan pada bahagian selain daripada kulit. 


There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda