Sifat Unik Minyak Esensial


Bayangkan anda mempunyai kaca pembesar yang cukup kuat untuk melihat ke tahap molekul. Ambil kaca pembesar itu dan perhatikan setitik minyak esensial. Apa yang anda bakal dapati adalah pelbagai susunan bahan kimia tumbuhan semula jadi yang mengagumkan. Ianya telah disempurnakan dengan terperinci oleh evolusi ribuan tahun, diperoleh dan dituai secara cermat untuk mengekalkan aromanya yang unik, dan diekstrak dengan teliti untuk menangkap nisbah sebenar bahan komponen fisiologi yang aktif. Apa yang anda lihat dalam setitik minyak esensial tersebut adalah salah satu ciptaan terbaik Alam.

 

Apa itu minyak esensial?

Seperti manusia, tumbuh-tumbuhan perlu berkomunikasi dengan jirannya. Mereka perlu membanteras penceroboh dan menarik pembantu yang tepat. Sebilangan besar bahan kimia yang mereka gunakan dalam proses ini adalah apa yang kita ketahui sebagai minyak esensial.

Banyak jenis sebatian minyak esensial yang wujud seperti: monoterpen, diterpen, sesquiterpen, ester, alkohol, dan terpenoid. Ia berkemungkinan bahawa sesetengah minyak esensial mengandungi sebatian yang kita tidak pernah lihat sebelum ini - hanya sebahagian kecil daripada spesies tumbuhan telah dinilai untuk manfaat kesihatan mereka. Minyak esensial berguna dalam pelbagai cara, tetapi keistimewaannya terletak pada beberapa ciri: mudah meruap, sinergi, dan kemampuan menyesuaikan diri.

 

Mudah Meruap

Minyak esensial adalah unik dan berfungsi dengan elegan kerana mengandungi campuran komponen yang sangat mudah meruap. Ini adalah salah satu alat terbaik untuk tumbuhan yang pegun. Bagaimana tanaman pudina dapat berkomunikasi dengan jirannya? Mereka tidak dapat menarik akar, jadi, kita perlu hantarkan molekul yang mudah meruap. Bagaimana tanaman pudina dapat memberitahu serangga yang lapar untuk menjauhkan diri dari daun atau akar? Lepaskan molekul mudah meruap dan biarkan mereka mengelilingi tumbuhan seperti perisai halimunan.

Dari segi sejarah, manusia telah lama memanfaatkan kemeruapan kimia ini untuk tujuan kesejahteraan. Sains moden membolehkan kita memperoleh pemahaman yang lebih baik mengenai bagaimana minyak esensial berfungsi dan kini mula mengesahkan penggunaan tradisional minyak esensial.

Ambil Lavender, sebagai contoh. Banyak kajian menunjukkan bahawa minyak esensial Lavender menawarkan lebih daripada sekadar bau yang menyenangkan. Penyelidikan eksperimental menunjukkan bahawa minyak esensial lavender mungkin mempunyai sifat antioksidan* dan juga dapat membantu menyokong fungsi imun sel-sel tertentu*.  Semua bahan kimia yang mudah meruap tersebut berpotensi untuk berinteraksi dengan cepat dan berkesan dengan fisiologi kita. Ini adalah salah satu contoh kelebihan minyak esensial.

 

Sinergi

Kunci lain untuk kimia minyak esensial terletak pada keseimbangan komponen yang halus. Setitik minyak esensial adalah seperti gambaran mengenai susunan unik tumbuhan dan alam sekitar. Semua bahan kimia di dalam minyak esensial (beratus-ratus bahan kimia, dalam beberapa kes) memainkan peranan dalam fisiologi tumbuhan.  

Kita tidak memahami sepenuhnya sinergi minyak esensial. Kita tahu bahawa dalam kebanyakan kes, minyak mengandungi beberapa komponen aktif utama – seperti pinene, eugenol, limonene, linalool, dan carvacrol - dan sejumlah komponen "jejak". Kadang kala ini adalah produk pendahuluan atau reaksi bahan utama. Kadang-kadang ini hanya bahan kimia individu yang dimasukkan ke dalam campuran. Sedikit daripada ini dan sedikit daripada itu, semuanya menyumbang kepada produk akhir yang luar biasa.

Menariknya, terdapat pelbagai kajian yang telah menggambarkan sinergi komponen minyak esensial. Satu kajian baru-baru ini, misalnya, menggunakan tujuh minyak esensial dan menguji sifat antioksidan mereka, serta membandingkan hasilnya dengan ujian yang sama terhadap satu komponen paling banyak dalam setiap minyak. Kajian mendapati bahawa keupayaan antioksidan minyak tidak dapat sentiasa dikesan pada satu komponen utama. Selalunya, ia adalah bahan kimia "jejak" yang memodulasi dan saling berinteraksi dengan cara yang belum kita ketahui.

 

Kebolehsuaian

Manusia berkembang dengan tumbuh-tumbuhan. Susunan fizikal kita berdasarkan molekul organik yang sama. Kita juga menghadapi tekanan persekitaran yang serupa. Oleh sebab itu, tidak hairanlah bahawa bahan kimia yang dihasilkan oleh tumbuhan untuk perlindungan dan penyesuaian persekitaran juga merupakan agen yang berkuasa dalam tubuh manusia.

Minyak esensial berubah. Mereka menyesuaikan diri. Mereka berubah menjadi apa sahaja koktel kimia yang terbaik untuk membantu menyokong kelansungan hidup tumbuhan. Kebolehsuaian inilah yang menarik minat para saintis dan profesional perubatan. Tumbuhan berjuang keras untuk kelansungan hidup; kita mendapat manfaat daripada perjuangan evolusi tersebut.

 

Satu titik. Itulah unit di mana kita mengukur minyak esensial, dan membincangkan komponen kimianya. Ia juga sejauh mana pengetahuan saintifik kita setakat ini - satu titik di lautan yang luas dengan pelbagai kemungkinan menunggu untuk diterokai. Kita akan memperoleh maklumat mengenai betapa unik dan berkuasa minyak esensial melalui satu demi satu kajian penyelidikan yang dijalankan. Satu titik pada satu masa. 
 

There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda