Kegunaan dan Kelebihan Minyak Vetiver

Pilihan Utama Minyak Esensial


Penerangan Produk Minyak Vetiver
Akar tumbuhan vetiver sangat unik kerana keupayaan akar tersebut untuk membesar ke bawah dan menjadikan akar tersebut menebal dan berserabut di dalam tanah. Akar tanaman hati tumbuhan vetiver ialah asal minyak esensial Vetiver dan menghasilkan satu haruman yang kuat seperti tanah. Aroma ini telah digunakan di dalam industri minyak wangi dan merupakan ciri-cirinya yang agak ketara di dalam minyak esensial Vetiver. Minyak Vetiver terbentuk daripada sesquiterpenes, menjadikan minyak Vetiver untuk mempunyai kesan pembumian pada emosi. Kesan pembumian menjadikan minyak Vetiver sebagai minyak esensial yang sering digunakan di dalam latihan-latihan urutan dan untuk kegunaan topikal dan aromatik.  
 
Di manakah untuk Membeli Minyak Vetiver
Untuk membeli sebotol Vetiver yang asli dan berkualiti tinggi, layari laman produk minyak esensial Vetiver atau lakukan pesanan daripada doTERRA Wellness Advocate.
 
Apabila membeli minyak esensial, terdapat dua faktor penting yang harus dipertimbangkan iaitu kekuatan dan keaslian minyak tersebut. Semakin kuat dan tulen minyak esensial tersebut, semakin tinggi keberkesanannya untuk memenuhi kehendak pengguna.
 
Untuk mendapatkan minyak esensial yang kuat, tumbuhan minyak esensial tersebut mestilah ditanam dan dituai di kawasan yang mempunyai suhu, jenis tanah dan iklim yang ideal. Dengan itu, doTERRA mencipta inisiatif Co-impact Sourcing® untuk menjamin tumbuhan yang mereka gunakan untuk minyak esensial ditanam di kawasan yang optimum oleh pakar penanam tempatan. Inisiatif ini memastikan kekuatan minyak doTERRA dan juga menyediakan sumber pendapatan yang berpatutan untuk petani seluruh dunia.
 
Dengan misi untuk menyediakan minyak esensial yang asli, doTERRA menghantar setiap kumpulan minyak tersebut kepada protokol CPTG Certified Pure Therapeutic Grade®. Protokol ini mengandungi beberapa siri ujian yang ketat yang dapat membuktikan keaslian setiap kumpulan minyak esensial tersebut. Apabila minyak tersebut disahkan asli, ianya akan dijual kepada semua pengguna di seluruh dunia.  
 
Kegunaan dan Kelebihan Minyak Vetiver
  1. Apabila anda mengalami keresahan, gementar atau tertekan, gunakan minyak Vetiver secara aromatik atau secara topikal. Minyak esensial Vetiver diperkaya dengan sesquiterpenes, yang mana mengandungi ciri-ciri pembumian. Apabila digunakan pada kulit atau dihidu, minyak esensial Vetiver boleh membantu untuk menyediakan kesan pembumian dan ketenangan kepada emosi.
     
  2. Kadangkala, sekolah boleh memenatkan dan memberikan tekanan kepada kanak-kanak. Selepas hari yang memenatkan di sekolah, bantu anak anda untuk berehat di rumah dengan menyapukan minyak Vetiver pada leher dan kaki mereka. Ini akan memberikan perasaan pembumian dan ketenangan kepada mereka.
     
  3. Berikan badan anda sedikit TLC dengan minyak esensial Vetiver pada mandian anda. Untuk keputusan yang memuaskan, penuhkan tab mandi anda dengan air suam dan tambahkan beberapa titis minyak esensial Vetiver ke dalam air tersebut. Langkah-langkah mudah ini akan memberikan anda mandian ideal yang sesuai untuk ketenangan yang berpanjangan. Kelebihan aromatik minyak Vetiver ini juga boleh membantu untuk memberikan suasana yang menenangkan dan melegakan.
     
  4. Aroma manis, seperti kayu minyak Vetiver mengeluarkan haruman tanah yang kuat. Gunakan tona tanah minyak esensial Vetiver sebagai asas untuk campuran alat penyebar DIY kegemaran anda. Penambahan minyak esensial Vetiver pada campuran alat penyebar akan memberikan kelebihan aromatik yang mempunyai kesan pembumian yang menenangkan pada emosi.
     
  5. Tidur adalah sangat penting untuk kesihatan minda dan tubuh badan. Apabila seseorang individu tidak mendapat tidur yang mencukupi atau tidak tidur selama beberapa malam, fungsi badannya akan mula menurun. Untuk mendapatkan tidur malam yang nyenyak, gosokkan minyak Vetiver pada tapak kaki anda. 
     
  6. Selepas seharian berdiri, sapukan beberapa titis minyak esensial Vetiver pada tapak kaki anda dan urutkan kaki anda perlahan-lahan. Urutan minyak Vetiver sangat sesuai selepas menjalani seharian yang memenatkan dan ciri-ciri aromatiknya boleh memberikan kesan pembumian dan ketenangan pada emosi.
     
  7. Untuk kegunaan yang bagus, di sini terdapat satu tip ringkas minyak esensial. Gunakan pencungkil gigi untuk mengeluarkan minyak esensial daripada botolnya sekiranya teksturnya terlalu tebal untuk dikeluarkan.  
Penerangan Tumbuhan
Tumbuhan Vetiver, Vetiveria zizanioides ialah ahli keluarga rumput. Rumput tumbuhan tersebut berwarna hijau terang dan tumbuh secara lurus dan menegak. Tidak seperti rumput lain, sistem akar Vetiver menumbuh ke bawah, menjadikan ianya sangat sesuai untuk mengelakkan hakisan dan memberikan kestabilan pada tanah. Akar-akar tumbuhan tersebut membesar secara kelompok yang banyak di bawah tanah. doTERRA mendapatkan minyak esensial Vetiver daripada akar tumbuhan vetiver.
 
Kimia Minyak Vetiver
Komponen Kimia Utama: Carvone, isovalencenol, khusimol
 
Konstituen kimia utama minyak esensial Vetiver ialah Carvone, isovalencenol, khusimol. Kedua-dua isovalencenol dan khusimol adalah sesquiterpenes yang mana merupakan sebahagian daripada kumpulan berfungsi alkohol. Kimia ini mempunyai ciri-ciri pembumian dan menjadikan minyak esensial Vetiver sebagai minyak pembumian. Carvone ialah monopertene yang mana merupakan ahli kumpulan berfungsi ketone. Carvone mengandungi ciri-ciri peningkatan tenaga yang dapat menambahkan ciri-ciri kelebihan kimia pada minyak esensial Vetiver. 
 
Minyak yang Boleh Bercampur dengan Minyak Vetiver
Minyak Vetiver boleh bercampur dengan minyak esensial Lavender, doTERRA Balance®, dan Lemongrass.
 
Langkah Berjaga-jaga
Tidak digalakkan untuk kulit sensitif. Jauhi daripada kanak-kanak. Sekiranya anda mengandung, menyusu atau di bawah jaga doktor, sila dapatkan nasihat pakar. Elakkan terkena mata, dalaman telinga dan tempat-tempat sensitif.

There are no customer reviews yet.

Purata Penilaian Penilaian / Komen

Bagaimana anda menilai siaran ini?

dōTERRA mengalu-alukan komen anda yang bernas!

Komen terhad kepada 200 aksara, perlu diperiksa untuk kelulusan, dan disiarkan apabila lulus.

200 characters remaining

Pilih Benua Anda

Pilih Wilayah Anda

Pilih Lokasi Anda

Pilih Bahasa Anda